what do you think about...

Ada 5 persenoliti yang paling gua minat. Setiap hari wa akan cuba dengar talk dorang. Sape mereka tu? Kita mula dari bawah la ye..

No 5. Ustaz Don Danial Don Biyajid.


Kenapa wa suka Ustaz muda ni.

Ok, 1st jujur wa cakap, wa sangat jeles dengan Ustaz ni. Bila gua tengok die, wa rase kesal , ruginya dulu wa tak sambung belajar dalam bidang agama dulu. Tapi wa kena pikir positif, Allah maha mengetahui. Pasti ada sebab atas segala qada' dan qadar.

Wa tabik dengan Ustaz ni. Pada gua, dia ikon pemuda zaman sekarang. Generasi muda perlu contohi dia. Termasuk gua la kan.

Ni clip dia yang buat gua terkedu..


No 4.  Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah




Kalau sebut pasal motivasi, wa akan sebut die dulu. Dari kecik wa suka dengar cd die. Gua kagum dengan die, sebab setiap soalan yang di tanya, pasti akan dia bagi jawapan yang pada sangat baik. Bila dengar jawapannya, pasti hati akan terasa tenang.

Wa pernah ikuti kursus dengan Dr ni di MOF. Dan satu amalan yang paling gua tak boleh lupa yang di ajar dengannya ialah, bila nak blah dari satu pertemuan, salam orang tu sambil ucapkan," maafkan saya."

Cantikkan amalan tu..musuh pun boleh luntur kebenciannya pada kita kalau kita ungkapkan perkataan tu..

Ni clip yang hot pasal Dr Fadzilah ni..


No 3. Ustaz Azhar Idrus..



Tak payah cakap la, sape tak kenal, memang tak suka majlis ilmu. Tu pandangan gua. Gua sangat kagum pada hamba Allah ni. Majlis ilmu die, Allahurabbi, penuh sesak. Bukan ratusan, tapi ribuan yang membanjiri bila tahu dia datang nak bagi kuliyah. Ustaz ni adalah idola generasi muda sekarang ni. Termasuk gua. Setiap hari tak best kalau tak dengar kuliyah beliau melalui youtube.

Sebab tu ramai panggil die ustaz youtube. Tapi pada gua, apa yang menarik adalah, kuliyah amat menyetuh pada pendengarnya.

Meh usha sikit clip die..clip ni mase sambutan tahun baru hari tu.



No 2. Ustaz Ismail Kamus..


Kenapa wa minat die? 1st bila wa beli salah satu buku die. Kedua, die ni giat berdakwah masa gua tadika lagi. Gua membesar dengan dengar ceramah dia. Sebab tu bila dengar dia bagi ceramah, gaya penyampaian die umpama bapa-bapa je.

Pada gua , cara dia berdakwah ni lebih kurang macam Ustaz Azhar Idrus. Cuma bezanya die tak berloghat terengganu. Ustaz ni terkenal dengan pusat perubatannya iaitu Darussalam. Beb, lu orang dengar ceramah die, pasti lu orang akan terfikir sesuatu..

meh dengar sikit clip die.



No 1. Tuan Guru Ustaz Haron Din.


Apa gua nak cakap pasal Tuan Guru ni?

Satu je, gua rasa sangat bangga sebab, dalam banyak-banyak guru gua, tercatat satu nama yang bernama Ustaz ini. Dia la yang telah mengajar gua tentang erti pengaduan pada Allah dengan bersungguh-sungguh. Keperibadian dia yang cantik , buat gua rasa kagum.

Syukur, gua sempat belajar dengan Ustaz ini. Kadang-kadang gua fikri, beb sapalah gua ini untuk jadi anak muridnya. Baca quran pun tak betul, banyak buat dosa pula tu. Tapi Allah maha mengetahui akan segalanya. Alhamdulillah, Allah temukan gua dengan Ustaz ini.

Sampai, bila-bila apabila ditanya pada gua," siapa Ustaz Haron Din ni pada kau?"

Gua akan jawab, " hamba Allah ini yang telah mengajar aku, erti pengaduan bersungguh-sungguh pada Allah."


" Ya Allah, aku tidak layak menjadi salafulsoleh, namun aku pohon pada-Mu, berilah aku kekuatan untuk beribadat seperti mereka, berikan aku peluang untuk menimba ilmu mereka, ya Allah tuhan yang maha penyayang..."

Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

3 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Abah cakap..

Flasher bodoh!

Takbir raya