Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Dalam ngantuk dengar tazkirah subuh..

Semalam kuliya subuh dari Ust Azam(geng tadarus).

Main point yang wa ingat die citer pasal teraweh di basrah( kat iraq kot). Cerita ni kalau tak silap zaman hasan al- basri. Gua mase tu ngantuk sikit. Tu yang dengar tak dengar tu. Citernye gini. Kat sana , depa solat  terawih akan baca 10 juzuk untuk 1 malam. Maknanya 3 malam khatam.

Nak jadi citer, sekali imam tua tu sakit. Ganti ngan imam baru. Imam baru tu baca masa terawih 4 hari baru khatam quran. Jemaah die pun tak puas hati. Seolah-olah tak puas dengan tindakan imam baru tu.

Beb, teraweh 3,4 hari khatam quran beb. Kat sini paling expert pun 1 malam 1 juzuk. Wa calculate la, 1 juzul lebih kurang sejam la imam nak baca. Kalau 1 malam 10 juzuk, agak-agak tak 10 jam depa teraweh. Allahurabbi..dahsyatnya..bukan rase kecik lagi dah diri ni, rase hina dan malu lagi ade la.

Moralnya dari tazkirah yang wa dengar dalam stone tu, perkuatkan semangat untuk semarakkan ramadhan kita. Jangan persiakan ramadhan walau sesaat..insyaallah.

Wa te…

Perkara best mase bulan pose ni

Dulu yang best mase ramadhan ni, pi bazar .

Meriah tengok kuih , tak kurang juga meriah tengok orang yang menjual alah membeli. Kalau kat melaka tu mesti tengah riuh bazar kat pantai peringgit tu.

Kalau balik melaka wa mesti pi situ.

Alhamdulillah, tahun dapat gak join tadarus. Ala kat surau yang dekat rumah je. Tapi ahli tadarus ni otai2. Memang menarik la. Semuanya umur lebih kurang kali 2 dengan gua. Dah macam  bapa-bapa gua je. Gua dah mula syok bertadarus. Betul la, kalau tak kenal tu memang tak cinta la.

Masih dalam keadaan berdebar, entah ramadhan ke berapa baby dalam perut nono ni keluar.

Balighna ramadhan..

Dah dekat dah dengan ramadhan..

Alhamdulillah..sampai juga gua dengan ramadhan. Gua menanti kelahiran baby gua pada ramadhan ni. Tu yag neves tu. Baby 1st of ten kan. Tu yang cuak tu.

Semalam pegi cek. Doktor kata may be dalam seminggu dua ni nono akan bersalin. Fuh dah dekat beb. Macam nak tampar pipi sendiri beb , macam tak caya gua akan jadi daddy. Allahurabbi, besarnya kekuasaan Allah, gua yang hina ni Allah beri anugerah macam tu. Alhamdulillah.

Berat baby dalam anggaran 2.8 hingga ke 3 kg. Besar juga. Nampak gaya macam boy. Tak kesah samada yang keluar nanti Syakir Iyad ataupun Nur Aishah. Itu semua anugerah Allah.

Fuh..neves ni..nak trainning azan la..nanti baby lahir nak kene azan...


Best betul 30 minit Ustaz Don episod ni..

Part 1
Part 2
Episod kali ni kisah cinta rasul..jom kita hayati betul-betul. Jom kita sama-sama didik diri kita untuk cinta pada Nabi Muhammada s.a.w.

36 minggu

Alhamdulillah..kita minta, pasti Allah tunai..yakin la.

Hari ni bini exam. Dan sekarang ni bini wa dah 36 minggu pregnent. Selama nak tunggu hari ni, penuh cuak risau. Takut sangat terberanak awal. Risau andai la terberanak, comfirm bini wa kene extend semester ni. Dan baby pula tak cukup matang.

Tapi Allah dengar doa kami, hari ni nono akan ke final and last paper untuk degreenya. Sesuatu yang paling terharu dalam hidup ni, bila kita mengadu pada Allah, Allah dengar dan makbul. Syukur pada Allah.

Satu harapan gua, semoga nono bersalin pada bulan ramadhan..gua sangat yakin Allah pasti tunaikan..insyaallah.

Ramai gile minat collection transfomers

Robot transformers ni memang ade tarikan tersendiri.

Tetambah pulak yang memang syok time nak ubah2 die. Kalau yang kreatif gile tu, beli yang tak pasang lagi. Yang masih cerai-cerai lagi. Kepuasan memasang part by part tu memang ada aura la orang kata. Pastu, kalau yang lagi kreatif, keboleh mentacap body robot tu ikut kaler dan corak yang kita nak. Bila dah jadi, pergh memang puas beb.

Kat opis gua ade dua orang yang buat koleksi. Depa memang minat gile dengan robot-robot ni. Tak di nafikan gua pun tabik dengan kreativiti dorang yang kumpul, pastu siap modified lagi. Memang terbaik la.

Orang selalu cakap, haram simpan menan kat rumah, nanti malaikat tak masuk la, rumah takde rahmat la, betul ke?

Meh refer pada Ustaz...


Dengar dengan jelas...

Anak kita..

Anak kita..ilmu agama yang membawa erti kenal akhirat. Andai kita mengajar dunia, dunia akan tinggal kita, akhirat pun tinggalkan kita. Andai kita kejar akhirat, akhirat kejar kita, dunia pun turut kejar kita.

@#wordless#@*%-Promosi Ramadhan-2

Promot habis-habis , paling kurang pada family kita

Gua tau perasaan tu

One of opismate gua admitted kat hospital serdang..

Sedih, may be satu opis ataupun 1 unit rasa. Tapi wa nampak family die sedih. Everydey tak putus berharap andai Allah beri kesembuhan pada sahabat gua tu. Namanya Mazni Ibrahim. Wa nyatakan namanya sebab amat perlu pada gua andai kita doa untuk kesembuhannya.

Gua tahu perasaan family die macam mana sekarang. Gua pernah rasa perasaan tu mase abah kena stroke. Life family akan berubah. Itu qada' dan qadar Allah.

Semoga Allah beri kesembuhan pada sahabat gua Mazni bt Ibrahim..


Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Promosi Ramadhan

Nak dekat dah kan puasa ni. Apa lagi mari kita kuatkan semangat, untuk penuhi ramadhan kali ini dengan yang terbaik dan kalau boleh bergandakan kesungguhan kita untuk cari taqwa.

Gua bukan cakap macam gua ni ostat ke ape. Gua cuma nak bagitau yang bestnye ramadhan nak sampai dah ni. Meh kita doa banyak-banyak, niat banyak2 untuk penuhkan bulan puasa ni dengan rancangan menghidupkan ramdhan ni. Kalau boleh rancangan tu kasi yang terbaik, macam nak buat projek rm 1bilion. Tapi ni Allah nak bagi ifiniti punya billion ganjaran beb.

Jom layan clip Ust. don pasal ramadhan. At least ulangkaji ni dapat bagi semangat sikit pada gua luorang dan kita semua.

Cuak beb hari tu nono masuk sepital

Nono sakit perut. Pegi la sepital. Ingat just nak cek je. Sekali kena tahan wad. Doktor kate ade kontraksi. Eh nak beranak ke nono?
Satu kampung gua call. Dari terengganu hingga ke Melaka. 
Cuak beb, baru 8 bulan lebih. Takkan nak bersalin dah? Alhamdulillah, tuhan dengar aduan gua d hati kecil. Jangan la bagi nono beranak sekarang, kesian kat baby, kesian kat nono. Die dah la nak exam. Gua pun masih ade kelas lagi tak habis. Nono cuma di tahan wad sebab observation je.
Sayu beb, balik rumah tak de orang. Biasa masuk uma je gua akan panggil nono. Ni masuk umah rase kosong je. 
Camne la nanti bila nono pantang..mau 2 bulan wa hidup sebagai teruna kesepian..