Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tak ikut, boleh dapat ke?

Ade orang tanya gua," kat fesbuk awek2 tak pakai tudung, gambar seksi2, pastu tulis status," semoga Allah merahmati diriku.."

Makbul ke doa tu?

Gua jawab, makbul atau tidak itu bukan kerje kita. Tu kan kerja Allah. Yang patut kita pikir makbul ke doa kita kalau kita tak ikut perintah Allah. Tu kan lagi bagus. Kalau kite asyik cakap orang tu salah, orang ni salah, kite je betul, agak2 Allah terima doa kita? Kita doakan mereka yang salah itu supaya di beri rahmat Allah kan lagi cun. Tu la yang Rasulullah s.a.w ajar.

So moralnya, tukar keji, komplen, dengan doa. Lets tranform bro...

1 buah fikiran!!!:

#@wordless#%@*



Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau yang menjadikan aku. Aku hambaMu dan aku dalam genggamanMu, aku dalam perjanjian beriman dan berta’at kepadaMu sekedar kesanggupan yang ada padaku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui atas dosaku, aku mohon keampunanMu, tidaklah ada yang dapat mengampuni dosa seseorang, hanya Engkaulah hai Tuhanku.”

0 buah fikiran!!!:

Steady la Himpunan sejuta belia!


Setady beb himpunan sejuta belia tahun ni.

Semalam baca paper pun dorang cakap, pengisian rohani buat belia mase konsert himpunan belia. Memang terbaiik la.

Mase openning tu mesti baca doa mohon rahmat pada Allahkan. Semoga himpunan ini di berkati. Ape benda la macam ni. Doa tu dorang anggap perkara teradisi agaknya. Sedih bila ade sesetengah orang fikir macam tu. Lupa ke yang rasulullah s.a.w ajar yang doa tu senjata bagi umat islam?

Main2 la dorang ni.

Dah la ceramah ustaz Azhar Idrus kat PICC di batalkan. Belia sekarang ni tak minat la nak tengok K-POP2 ni. Tahu tak generasi belia sekarang ni suka ape?


Generasi belia sekarang adalah generasi yang suka pada majlis ilmu

0 buah fikiran!!!:

Di sebalik...

Di sebalik kekalahan Jab. Akauntan Negara Malaysia(AG), pasukan AG tug of War muncul Juara Tug Of  War Pesta Sukan Perbendaharaan 2012.

Kali ini Team Ag beraksi di pentas Final buat kali ketiga. Sebelum ni, cuma mampu jadi finalis. Tapi semalam sejarah dah terukir, AG berjaya mengutip pingat Emas! Memang dah lama tunggu saat ni. Pada mulanya gua tak taruh harapan yang besar, sebab juara bertahan tu memang power. Pula tu, kitorang asyik kena belasah je time trainning dengan dorang.

Tapi, Allah kalau nak bagi rezeki, tiada apa yang mampu menidaknya.

orang kata team kami underdog je
Kunci kemenangan! Memohon pada yang Maha Perkasa!

This year gambar tak banyak. Sebab my personel kamerawomen berbadan dua. So tak dapat la nak lincah2 shoot gambar gua. Gambar dengan dia tahun ni pun tak sempat. Tu yang kuciwa sikit tu. Tapi takpe, die adalah wanita soleha yang sentiasa berada di belakang gua.

Tahun ni kami membawa langkah ke Pesta Sukan Treasury dengan kaedah yang agak islamc. Lepas streaching baca doa dulu. Lepas tu, kami akan jerit 'Allahuakbar' bagi membakar semangat kami. Kalah atau menang tak penting, yang penting doa dulu sebelum masuk game. Mohon kekuatan pada yang Maha Kuat!

Jom layan clip pentas finale Tug of war Pesta Sukan Treasury..


Congrat buat teammate gua yang pecah2 kaki, sengal-sengal ulang belakang, lutut tercabut le, ape lagi ek, kepale macam nak pecah, we have done a historical job for AG men! Walaupun bajet ciput, nak trainning tak ade tali, terpaksa menumpag dengan team lain, tapi kita dah buktikan yang kita mampu jadi juara.

Hopefully pihak pengurusan lepas ni buka mata sikit dengan Team tarik Ag.

Tamat untuk Pesta Sukan Treasury...bersedia untuk Pesta Sukan Kementerian Kewangan Nov nanti!

the gold medal!


2 buah fikiran!!!:

Mama!



Minggu depan bulan ke 7 mama syakir ni pregnen.

Tak lama lagi syakir akan keluar dan melihat dunia. Yahuuu...! Hari dah makin dekat. Masa makin laju je jalan rasanye. Pejam celik-pejam celik dah tengah bulan 5. Di anggarkan baby gua akan di lahirkan pada bulan puasa.

Semoga Allah permudahkan segalanya.

Lately ni wa, serius memang tak sempat nak update blog. Keje kat opis agak menglibang libu sikit. Pagi trenning tarik tali untuk game esok. Esok ek game. Haha, macam tak game je. Musim sukan ni pada gua sebenarnya best . Cuma this agak tak best gua rase. Ape yang tak best bia wa pendam dalam-dalam. Menang kalah bukan ukuran bagi gua sekarang. Bagi, gua kepuasan gua punya game esok.

Sebelum mengakhiri posting gua hari ni, gua dah dapat nama anak perempuan yang gua rase cambest. Nanti next week scan, kalau comfirm jantinanya, baru wa bagi tau..

2 buah fikiran!!!:

Berbual dengan 'Dia'


Mari kita tambahkan ilmu, kenal erti surah Al-fatiha. Semoga perbualan kita dengan 'Dia' yag Maha besar itu menjadi lebih beerti..

0 buah fikiran!!!:

Kepulangan yang dirindui..

Sabtu ni, agak lapang sikit gua. Pagi gua menemani nono pergi die punye opis punya family dey.

Sebelah petang wa ke bangi. Pergi Darussyifa'. Bukan untuk rawatan atau merawat, cuma sekadar menjenguk Ustaz gua baru pulang dari San francisco.

Meh, biar gambar yang menceritakan segalanya..








Memang gua dah plan nak pergi jenguk die bila balik ke Malaysia. Insyaallah jika diizin Allah gua akn terus mengikuti kuliyah beliau.

Semoga beliau sihat sejahtera sentiasa.

Gua datang agak lambat. Sebelum ni gua di beritahu yang beliau akan sampai ke bangi dalam pukul 5. Dari KLIA pukul 3, gua pun sampai la dalam pukul 4. Tapi takpe, alhamdulillah, wa berkesempatan juga berjumpa dengan die.

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

0 buah fikiran!!!:

#wordless@wednesdey#


Mengadu pada Allah...

1 buah fikiran!!!:

Beli barang baby dah!


Amacam, ade gaya seorang papa-papa tak?

Sebelum bergaya dengan anak sendiri, bergaya dulu dengan anak sedara. Ni anak sedara gua. Kakak nono punya anak. Kebetulan last weekend tu depa datang rumah. Nak bagi tunjuk ajak cara-cara membeli  barang baby peringkat permulaan.

Gua mana pernah beli barang baby? Sebab tu kena minta tunjuk ajar. Kalau wa main hantam saja, memang tah hape2 tah gua beli. Silap2 wa cari seluar dalam baby. haha.

Beli barangan baby, satu pengalaman baru bagi. Baru gua sedar, Allah meraikkan seorang bayi itu sejak bayi itu di dalam perut lagi. Banyak gua dengar ceramah amalan dan persediaan menerima baby dalam keluarga. Inysaallah, gua akan buat semampu yang boleh. Segala puji bagi Allah, Dia yang beri gua anugerah anak ni. Semoga Allah mudahkan segalanya untuk gua menempuh alam baru.

Dalam kepala gua, berfikir, macam mana dulu agaknya ibu dengan abah gua mase depa nak terima gua dalam hidup mereka?

Ok, until now, wa jender anak wa masih menjadi satu tanda tanya. Wa tak kisah akan jendernya. Tapi kalau laki wa dah ade namenya. Bab kalau yang gegurl ni..belum jumpe lagi..

Ok, chow dulu, doakan wa jadi bapa yang soleh kepada anak yang soleh !

2 buah fikiran!!!:

Kembali bersukan balik

kenangan tahun lepas!

Badan dah berat. Stamina dah ak mantap!

Padan muka, sape suruh rest sampai 3, 4 bulan. Kan dah gemuk balik. Asyik layan nafsu makan je. Mana badan tak naik.

Sekarang ni masalah nafsu makan sedang menjadi-jadi kat gua la. Bukan gua tak tahu kaedah terbaik untuk menurunkan berat . Tapi pucuk pangkal nak buat ke tidak. Lama beb gua tak pegi gym. Sukan treasury datang lagi. Jadi , adekah gua akan seperti tahun-tahun sudah?

Agaknya lepas sukan ni gua kena jaga badan la. hui mat zul! Jaga makan, jangan asyik nak melantak je!

3 buah fikiran!!!:

what do you think about...

Ada 5 persenoliti yang paling gua minat. Setiap hari wa akan cuba dengar talk dorang. Sape mereka tu? Kita mula dari bawah la ye..

No 5. Ustaz Don Danial Don Biyajid.


Kenapa wa suka Ustaz muda ni.

Ok, 1st jujur wa cakap, wa sangat jeles dengan Ustaz ni. Bila gua tengok die, wa rase kesal , ruginya dulu wa tak sambung belajar dalam bidang agama dulu. Tapi wa kena pikir positif, Allah maha mengetahui. Pasti ada sebab atas segala qada' dan qadar.

Wa tabik dengan Ustaz ni. Pada gua, dia ikon pemuda zaman sekarang. Generasi muda perlu contohi dia. Termasuk gua la kan.

Ni clip dia yang buat gua terkedu..


No 4.  Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah




Kalau sebut pasal motivasi, wa akan sebut die dulu. Dari kecik wa suka dengar cd die. Gua kagum dengan die, sebab setiap soalan yang di tanya, pasti akan dia bagi jawapan yang pada sangat baik. Bila dengar jawapannya, pasti hati akan terasa tenang.

Wa pernah ikuti kursus dengan Dr ni di MOF. Dan satu amalan yang paling gua tak boleh lupa yang di ajar dengannya ialah, bila nak blah dari satu pertemuan, salam orang tu sambil ucapkan," maafkan saya."

Cantikkan amalan tu..musuh pun boleh luntur kebenciannya pada kita kalau kita ungkapkan perkataan tu..

Ni clip yang hot pasal Dr Fadzilah ni..


No 3. Ustaz Azhar Idrus..



Tak payah cakap la, sape tak kenal, memang tak suka majlis ilmu. Tu pandangan gua. Gua sangat kagum pada hamba Allah ni. Majlis ilmu die, Allahurabbi, penuh sesak. Bukan ratusan, tapi ribuan yang membanjiri bila tahu dia datang nak bagi kuliyah. Ustaz ni adalah idola generasi muda sekarang ni. Termasuk gua. Setiap hari tak best kalau tak dengar kuliyah beliau melalui youtube.

Sebab tu ramai panggil die ustaz youtube. Tapi pada gua, apa yang menarik adalah, kuliyah amat menyetuh pada pendengarnya.

Meh usha sikit clip die..clip ni mase sambutan tahun baru hari tu.



No 2. Ustaz Ismail Kamus..


Kenapa wa minat die? 1st bila wa beli salah satu buku die. Kedua, die ni giat berdakwah masa gua tadika lagi. Gua membesar dengan dengar ceramah dia. Sebab tu bila dengar dia bagi ceramah, gaya penyampaian die umpama bapa-bapa je.

Pada gua , cara dia berdakwah ni lebih kurang macam Ustaz Azhar Idrus. Cuma bezanya die tak berloghat terengganu. Ustaz ni terkenal dengan pusat perubatannya iaitu Darussalam. Beb, lu orang dengar ceramah die, pasti lu orang akan terfikir sesuatu..

meh dengar sikit clip die.



No 1. Tuan Guru Ustaz Haron Din.


Apa gua nak cakap pasal Tuan Guru ni?

Satu je, gua rasa sangat bangga sebab, dalam banyak-banyak guru gua, tercatat satu nama yang bernama Ustaz ini. Dia la yang telah mengajar gua tentang erti pengaduan pada Allah dengan bersungguh-sungguh. Keperibadian dia yang cantik , buat gua rasa kagum.

Syukur, gua sempat belajar dengan Ustaz ini. Kadang-kadang gua fikri, beb sapalah gua ini untuk jadi anak muridnya. Baca quran pun tak betul, banyak buat dosa pula tu. Tapi Allah maha mengetahui akan segalanya. Alhamdulillah, Allah temukan gua dengan Ustaz ini.

Sampai, bila-bila apabila ditanya pada gua," siapa Ustaz Haron Din ni pada kau?"

Gua akan jawab, " hamba Allah ini yang telah mengajar aku, erti pengaduan bersungguh-sungguh pada Allah."


" Ya Allah, aku tidak layak menjadi salafulsoleh, namun aku pohon pada-Mu, berilah aku kekuatan untuk beribadat seperti mereka, berikan aku peluang untuk menimba ilmu mereka, ya Allah tuhan yang maha penyayang..."

3 buah fikiran!!!: