Khamis, 28 Jun 2012

Akan ke puncak juga satu hari nanti

Jun 28, 2012
Best pula layan citer Pukul 7 kat TV 3 tu. Ape tajuk die Dejavu di kinabalu. Agaknye sebab gua dah pernah pegi sabah kot.

Masa pi sabah tu sempat wa snap gambar Aqasha..

Ni ha gambar die..

Dejavu di kinabalu
Macam kebetulan pula ek. Wa pi sana dia pun ade lepak kat sana. Bila layan cite ni, wa rasa macam ade suara dari atas puncak gunung kinabalu tu calling gua je. Teringin rasa nak panjat gunung tu. View gunung tu memang cantik gila. 

I wish i'll be there..nak bawa nono pi sana nanti la pi sana. Nak panjat ke puncak kinabalu same2

One dey wa akn ke puncak juga nanti.


this song for my ...nono..


Rabu, 27 Jun 2012

Nak dekat nak beranak ke?

Jun 27, 2012

Cuak gile gua bile nono cakap perut memulas. Gua bawa die pi klinik untuk check. Klinik semua soh pi hospital.

Minta jumpa pakar sakit puan.

Aiyo nak bersalin ke? Dalam hati risau je gua rasa. Kesian kat nono, minggu depan die ada present untuk projek papar. Pastu 14 julai dia ada final of the finale test untuk degree die. Oh Allah, permudahkanlah. Beri la peluang die habiskan study dia dalam semester ni.

Alhamdulliah, rupany die sakit perut sebab salah makan. Oh , thank you Allah. Kau sentiasa dengar doa hamba-hamba-Mu.

Gegar juga ek jiwa ni bile bini nak dekat2 time due date..

Khamis, 21 Jun 2012

#@spontanouse#*- Dejavu di kinabalu

Jun 21, 2012

Betul punya dejavu di kinabalu. Pehal tetiba gua agak menggelabah  di dada. Haha ni semua pengaruh drama melayu pukul 7 tu.

Rabu, 20 Jun 2012

Tengah bulan ni kering jer poket

Jun 20, 2012

Tengah bulan ni mesti ramai pokai..meh berita gembira dari Rasulullah s.a.w untuk yang sedang pokai..

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Selasa, 19 Jun 2012

Cantiknya kau, siap tuan kau ye?

Jun 19, 2012
ni bukan kuliyah kat opis gua
Semalam ade kuliyah kat surau opis gua...kehadiran ramai, entah sape wa tak kenal..sebab jisim dorang semua lain dari gua.

Ah tak penting, sebab setiap majlis ilmu depa mesti datang Syayyaroh kan name mereka.

Satu info menarik perhatian gua adalah, bila amalan kita akan di bawa naik ke langit? Lu orang tau? Gua pun tak tahu, Ustaz semalam cakap, amalan kita di bawa naik ke langit setiap hari waktu asar. Makna katanya, andai kita solat subuh, pastu buat dhuha, pastu baca quran, pastu solat zohor, pastu dengan sengaja kita tinggal solat asar, hancus la , sia-sia je ape yang kita buat. Kata Ustaz tu. Gua share je.

Setiap solat akan di bawa ke naik ke langit. Macam yang kita tau kat langit kan ade malaikat penjaga, malaikat tu akan tanya," cantiknya kau solat, siapakah tuan kamu?"

Solat akan jawab," tuan itu si polan bin polan, semoga Allah memberi rahmat pada dia.

Tapi kalau solat kita lagi 5 minit habis waktu, bila di tanya malaikat, solat tu akan jawab, " tuan itu si polan bin si polan, semoga Allah melaknat dia."

Hah camne tu? Solat laknat kita dulu, belum Allah lagi. Nauzzubillah..

Gua bukan nak tunjuk alim dan warak, cuma sekadar nak share ape yang gua dengau semalam, semoga gua dan luorang peroleh pengjaran..

Isnin, 18 Jun 2012

de wad bersama 'abah'

Jun 18, 2012

Weekend ni gua agak sibuk dengan tastmith herba di DS. Sabtu gua ke Sg. Rambai. Nak buat discussion tentang tasmith. Agak penat juga la kali ni. Antara penyebabnya gua balik ke Melaka kali dengan motor(kapcai) je. Mau patah pinggang.

Alhamdulillah, bab tasmith heba complete.

Agenda kedua adalah pergi usha abah gua yang sedang kena tahan wad. Abah dah banyak kali masuk wad, tapi dalam bebanyak kali, gua tengok kali ni paling sonang 'melayan' abah. Tu maknanya abah semakin sihat. Kalau dulu, abah masuk wad je, abah tak boleh jalan dan boleh di katakan abah akan lumpuh. Kali ini abah boleh jalan, dan boleh survive sendiri. Tak perlu orang teman dia di hospital di waktu malam. Kalau tunggu juga, abah akan ," dah balik2, abah nak tidor."

Insyaallah, dalam satu dua hari ni abah akan discharge dari wad. Pada gua yang tak bestnya satu je, Abah tak dapat wad yang sepatutnya. Patut abah dapat wad yang 1st class berdasarkan kelayakan abah. Tapi sebab katil penuh, abah kena di letakkan di wad yang 2nd class. 'Agak buruk ' la wad ni. Nak buat macam mana, wad zaman british.

bawa abah pergi jenjalan

Tak apa lah, harus gembira sebab antara pesakit-pesakit dalam wad abah, abah antara paling ceria. Teringat akan pesan rasulullah, supaya kita sentiasa melihat orang yang kurang bernasib baik, supaya kita akan sentiasa bersyukur.

Ok, gua akhiri posting ni dengan satu pesanan dari Rasulullah s.a.w

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Jumaat, 15 Jun 2012

Abah masuk wad !?

Jun 15, 2012
Esok pepagi gua akan ke melaka, ade discussion sikit dengan group DS gua. Lepas tu gua akan cargas ke hospital untuk tengok abah gua.

Risau juga dengan abah gua ni. Kali ni abah masuk sebab berlaku pendarahan dalaman kat kaki, akibat jatuh hari tu. Semoga Allah beri kesembuhan pada abah. Lame gak tak tulis pasal abah kat blog ni. Gua pun dah lame tak menulis blogkan.

Nak kate bizi, tak le sangat. Agaknya kekurang idea kot.

Bila tengok abah makin uzur, gua rasa gua dah kena keluar dari kepompong budak. Ya, gua harus keluar. Gua tak boleh mengadu pada insan lagi, perlu mengadu pada yang mencipta insan.

kenangan abah meminangkan nono untuk gua

Khamis, 14 Jun 2012

*#sponta@neous#

Jun 14, 2012

Mari tengok, baca, dan faham...

Rabu, 6 Jun 2012

Petikan gitar tu...

Jun 06, 2012

Terharu...

Bila dengar, dapat rasa pada siapa petikan gitar ini di tuju ... pada Maha Esa. Allahurabbi..indahnya jika setiap perbuatan itu kerana yang Maha Esa.

Syahdu gua dengar. Sham Kamikaze...

Gua tau lu tak pandai agama(gua lagi teruk)..gua pernah hadir ceramah lu. Tapi gua tau lu pandai main gitar. Lu tau tak petikan gitar lu itu mampu berdakwah. Sebab lu petik guna hati yang sentiasa mengadu pada Allah. Ya Allah besar sungguh kuasa-Mu.

Dengarlah petikan ini sambil hati kita ingat pada yang satu...

Selasa, 5 Jun 2012

Dah 30 minggu dah

Jun 05, 2012

Diam tak diam dah 30 minggu bini wa pregnent. Wow..cepatnye masa berlalu. Seperti kilasan cahaya la. Lebih kurang lagi 10 minggu untuk menuju ke minggu yang ke 40.

Dianggarkan minggu ke 40 jatuh pada 11 ogos nanti. Seminggu sebelum raya. Wah..gua sangat teruja nih.

Lately ni gua suka pegang perut nono , nak rase baby tu gerak-gerak. Gua imagine yang gua sedang main2 dengan baby tu. Semoga Allah pelihara la kandungan wife gua ni. Preparation masih dalam-dalam lagi. Gua bukan tau sangat nak beli ape. Tapi nampak gaya nono macam cakap hampir 70% complete je.

Gua notice satu benda la. Gua ni tak makan tempe. Dari kecik, nampak tempe, gua akan tolak. Tak kira la masak ape pun dengan tempe. Tapi sejak nono pregnent, gua suka betul makan tempe. Pastu , gua suka juga makan nasi arab kambing.

Apesal ek? Adakah gua ni berketurunan Arab jawa?

tuttu frutti wa di pow!
Adekah kami berdua semakin tembam?