Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selamat Puasa Sunat Hari Arafah



Salam aidil adha, sempena aidil adha ni, wa akan bawa siaran live dari mekah untuk luorang tonton suasana di masjidilharam. Semoga kita semua akan ke sana .

Hari ni hari arafah, so jom kita puasa sunat hari arafah, then satu lagi, malam ni antara 5 malam yang rasulullah s.a.w sebut di mana doa kita makbul . Jom doa bebanyak, semoga Allah terima taubat dan makbulkan segala hajat.

Insyaallah gua akan bersolat sunat aidiladha di Melaka.!


0 buah fikiran!!!:

barakallah!


Tak ada ucapan selain alhamdulillah, semoga Allah sentiasa beri barakah. Anugerah yang bersama tanggungjawab.

Masih terngiang-ngiang lagi ni, seingat gua mase tu tahun 2003, "Dik , pergila cari ustaz Harun Din, belajar dengan dia. Ni dah belajar kat bangi senang nak cari Ustaz Harun," kata abah.

Dan gua amat yakin, hari ini apa yang ada di gambar atas ni, adalah salah satu doa Abah gua....

0 buah fikiran!!!:

Sukan lagi?

Dah seminggu lebih gua start training tarik tali. Kali MOF amek coach lain. Sebab? Malas nak pk, biau depa yang buat pilihan.

Fuh, bila dah start training, baru gua sedar, gua tak macam last year. Badan dah berat, pastu tahun ni gua kena start cari fitness from zero! Argh ! semua tu perit rasenya. Ruginya jadi seorang yang tak fit. Lepas ni sukan PSKK ni gua berazam untuk kembali fit balik!

its me but laste year!

                                                                           

0 buah fikiran!!!:

Tersentuh dengan satu kisah menarik yang di ceritakan oleh Ustaz Abdul Syed Kadir aljoofre



Ust. Abdul Syed Kadir Aljofre tadi ade story pasal satu kisah menarik, kisah seorang yang sangat tekun menimba ilmu Allah. Gua balik rumah seacrh kat tenet pasal citer tu.

Kisah Imam Baki.

Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi menyamar sebagai pengemis untuk mendengar ilmu dari Imam Ahmad bin Hanbal  rahimahullah.

Ini adalah kisah lain, termasuk kisah yang unik lagi menarik, yang terjadi pada diri seorang alim daerah Maghribi, dari kalangan ulama yang melakukan perjalanan dari Maghribi Aqsha ke arah timur. 

Seorang alim daerah Maghribi ini merantau ke timur untuk menemui salah seorang Imam dan mengambil ilmu darinya. Namun, semasa ia sampai kepadanya, ia mendapatinya sedang di isolasi dan di halang , tidak boleh menemui manusia. 

Maka, dia mencari taktik dan cara unik, sehingga dia boleh bertemu dengannya dan mengambil ilmu darinya. Cara yang mungkin tak pernah dibayangkan, kalau seandainya itu tidak terjadi. Dan, sejarah adalah bapanya keajaiban dan keunikan.
Terkandung di dalam Al-Manhajul Ahmad fi Tarajim Ashhabil Imam Ahmad, karya Al-Ulaimi, I: 177; dan dalam Ikhtisarun Nablusi li Thabaqatil Hanabilah, karya Ibnu Ya’la, hal.79, tentang biografi Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi. 

Dia adalah Abu Abdurrahman Baqi bin Makhlad Al-Andalusi Al-Hafidz, lahir tahun 201 H. Dia melakukan perjalanan ke Baghdad dengan kedua kakinya. Keinginan besarnya adalah bertemu dengan imam Ahmad bin Hanbal dan mengambil ilmu darinya.


Dikisahkan darinya, bahawa ia berkata, ‘Ketika aku hampir tiba di Baghdad, aku mendengar berita ujian yang menimpa Ahmad bin Hanbal. Dan, ia pun dilarang berkumpul dan mendengarkan ilmu dari beliau. 

Aku sangat sedih kerananya, lalu aku pun memilih tempat untuk singgah. Setelah aku letakkan barang aku bawa di bilik yang aku sewa di sebuah penginapan, maka aku tidak melakukan apapun selain pergi ke masjid jami’ yang besar. Aku ingin duduk bersama halaqah-halaqah yang ada, dan mendengarkan apa yang mereka bicarakan.

Aku masuk ke sebuah halaqah yang mulia, ternyata ada seorang lelaki yang menghuraikan keadaan para perawi, dia men-dha’if-kannya dan menguatkan mereka. 

Aku bertanya kepada orang yang berada hampir denganku, ‘Siapa dia?’ Dia menjawab, ‘Yahya bin Ma’in.’ Maka, aku melihat celah yang terbuka berhampirannya. 

Aku bergegas dekat kepadanya, lalu berkata, ‘Wahai Abu Zakariya, semoga Allah merahmatimu. Aku adalah seorang lelaki perantau, yang negerinya jauh. Aku ingin bertanya, mohon jangan menghampakanku.’ 

Dia berkata kepadaku, ‘Katakanlah.’ Maka, aku bertanya kepadanya tentang sebaagian ahli hadits yang aku temui. Dia mengesahkan baik sebahagian dari mereka, dan mengesahkann cacat sebahagian yang lainnya.

Di akhir pertanyaan, aku bertanya kepadanya tentang Hisyam bin Ammar, aku sendiri banyak mengambil ilmu darinya. Yahya berkata, ‘Abul Walid Hisyam bin Ammar, ahli solat dari Damaskus, tsiqah bahakan di atas tsiqah. Dan, kalau pun di balik pakaiannya terdapat kesombongan atau dia membawa kesombongan, maka itu tidak berpengaruh apa pun terhadapnya, kerana kebaikan dan kemuliannya.’ 

Maka, orang-orang yang berada di halaqah berteriak, ‘Cukup bagimu, semoga Allah merahmatimu, yang lainnya juga ada pertanyaan.’

Akupun berkata sambil berdiri, ‘ Aku bertanya kepadamu tentang seorang lelaki, Ahmad bin Hanbal?’ Maka, Yahya bin Ma’in memandangku hairan, dia berkata kepadaku, ‘Orang seperti kita menceritakan Ahmad bin Hanbal? Dia adalah Imam kaum muslimin, orang terbaik dan termulia dari mereka.’

Aku pun keluar mencari rumah Ahmad bin Hanbal. Kemudian,ada orang menunjukkan padaku. Aku mengetuk pintu rumahnya. Dia pun keluar dan membuka pintu. Dia melihat lelaki yang belum dikenalinya. 

Aku berkata, ‘Wahai Abu Abdillah, inilah seorang lelaki perantau, yang negerinya jauh. Ini adalah pertama kali kedatanganku di negeri ini. Aku pencari hadits dan pengumpul sunnah. Aku tidak melakukan perjalanan, kecuali hanya kepadamu.’ 

Dia berkata kepadaku, ‘Masuklah lorong itu, dan jangan sampai dilihat oleh seorang pun.’

Dia bertanya kepadaku, ‘Di mana negerimu?’ Aku menjawab, ‘Daerah Maghribi yang jauh.’ Dia bertanya kepadaku, ‘Afrika?’ Aku menjawab, ‘Lebih jauh lagi. Aku menyeberangi lautan untuk tiba di Afrika. Negeriku Andalusia.’ Dia berkata, ‘Negerimu benar-benar jauh. 

Tidak ada sesuatu yang lebih aku sukai daripada membantu orang sepertimu dengan baik, untuk mewujudkan keinginannya. Walaubagaimanapun, semasa ini aku sedang menghadapi ujian dengan sesuatu yang mungkin kamu telah mendengarkannya.’ 

Aku berkata, ‘Benar, aku telah mendengarkannya, semasa aku berjalan ingin menemuimu dan hampir tiba di sini.’

Aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Abu Abdillah, ini adalah kedatanganku yang pertama kali. Aku adalah orang yang tidak di kenali di kalangan kamu semua. Jika anda berkenan, aku akan datang setiap hari dengan menyamar sebagai pengemis. 

Di depan pintu, aku akan mengucapkan apa yang sering diucapkan para pengemis. Lalu, anda keluar ke tempat ini. Seandainya anda tidak menyampaikan setiap hari kecuali hanya satu hadits saja, maka itu sudah cukup bagiku.’ 

Dia menjawab, ‘Ya, dengan syarat kamu jangan muncul di halaqah-halaqah, dan tidak pula kepada para ahli hadits.’ Aku menjawab, ‘Aku janji.’

Pada hari berikutnya, aku mengambil ranting pohon dengan tanganku, kemudian mengikat kepalaku dengan kain. Kertas dan tinta aku sembunyikan di balik lengan bajuku. Lalu, aku mendatanginya pintunya sambil teriak, ‘Pahala, semoga Allah merahmati kalian.’ 

Begitulah yang diteriakkan oleh para pengemis di sana. Maka, dia keluar kepadaku dan menutup pintu. Dia menyampaikan dua, tiga hadits atau lebih kepadaku.

Aku terus melakukan perkara itu sehingga orang yang menimpakan ujian kepadanya telah mati. Setelah itu, kepemimpinan di ambil alih oleh orang yang berpegang kepada madzhab ahlus sunnah. 

Maka, Ahmad bin Hanbal kembali muncul, namanya naik harum. Dia dihormati di mata manusia, ketokohannya terkenal, orang-orang berduyun-duyun mendatanginya. Dan, dia semakin mengetahui kesabaranku yang sebenarnya. 

Jika aku mendatangi halaqahnya, dia melapangkannya untukku dan mendekatkanku kepada dirinya. Dia berkata kepada para ahli hadits, ‘Orang ini berhak lulus sebagai pencari ilmu.’ 

Kemudian, dia menceritakan kisahku bersamanya. Dia menyampaikan hadits kepadaku, membacakannya untukku, dan aku membacakannya kepadanya.

Suatu ketika, aku jatuh sakit. Aku berusaha untuk segera sembuh. Imam Ahmad bin Hanbal mencariku, kerana aku tidak hadir di majlisnya. Dia bertanya tentang diriku, dan ada yang memberi tahu perihal sakitku kepadanya. 

Maka, dia terus berdiri, berjalan untuk menjengukku bersama orang ramai. Semasa itu, aku terlentang di bilik yang aku sewa, beralaskan tikar, berselimut kain dan buku-buku yang ada di kepalaku.

Aku mendengar suara orang ramai di penginapanku. Aku mendengar mereka berkata, ‘Dia di sana. Lihatlah ini imam kaum muslimin datang.’ Pemilik penginapan pun datang kepadaku dengan tergopoh-gopoh. Dia berkata kepadaku, ‘Wahai Abu Abdirrahman, ini Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal, imam kaum muslimin datang menjengukmu.’

Imam Ahmad segera masuk. Dia duduk di sisi kepalaku. Bilik tersebut penuh sesak dengan orang-orang sampai tidak muat. Sebahagian dari mereka berada di luar bilik dengan berdiri, sementara tergenggam pena di tangan mereka. Imam Ahmad tidak mengatakan kepadaku melebihi dari kata-kata ini. 

Dia berkata, ‘Wahai Abu Abdirrahman, berbahagialah dengan pahala Allah. Engkau telah menjalani hari-hari sihat, yang tidak ada sakit padanya. Dan, engkau sekarang sedang menjalani hari-hari sakit, yang tidak ada sihat padanya. 

Semoga Allah meninggikanmu kepada keselamatan, dan mengusapkan kesembuhan kepadamu dengan tangan kanan-Nya.’ Aku melihat pena-pena menulis lafaz yang Imam Ahmad ucapkan.

Kemudian, dia keluar meninggalkanku. Maka, penghuni penginapan berbondong-bondong mndatangiku, mengasihiku, dan melayaniku kerana kepentingan  agama dan ingin mendapatkan pahala dari Allah. 

Ada yang membawakan alas tidur, ada yang membawakan selimut dan makanan-makanan yang lazat. Dalam merawat diriku yang sedang sakit, mereka lebih perhatian daripada keluargaku, seandainya kau berada di tengah-tengah mereka. Hal itu kerana aku telah di jenguk oleh seorang lelaki solih.

Baqi bin Makhlad wafat pada yahun 276 H. di Andalusia. Semoga Allah merahamatinya.Kisah Muslim

1 buah fikiran!!!:

Jumper dah stroller A'isyah


Misi minggu ni nak cari stroller A'isyah. Al maklum la, A'isyah dah makin berat. Kalau tak silap dah hampir 6kg berat die.

Gua baru balik dari Manjaku kat bangi. Kat sane memang banyak pesen stroller ni. Sudah puas membelek, gua akhirnya amat berkenan dengan stroller ni. Sebab colour die same ngan colour motor elegent gua. Haha, hitam memang exclusive!

So lusa bawa A'isyah pi check up boleh naik stroller baru.

yeah! ade kete baru!

2 buah fikiran!!!:

Dinner opis

Semalam dinner opis gua. Best wo, ada kambing golek. Siap bleh tapau sekali. Tahun tema lebih kepada islamic.

Sebab agaknya sebab tu depa buat pertandingan busana muslim, sajak, pastu ade minta team saujana nyanyi nasyid. Dulu selalunya depa akan buat pertandingan karaoke(wa salah seorang candidatenye), this year no karaoke. Laghoooo!

Dalam tengah wa makan tu, team saujana ni sibuk panggil gua untuk nyanyi dengan depa. Tapi wa tetapkan pendirian, no more mic for sing to nite. Lantaklah, depa nak tarik gua ke panggil bagai nak gile ke, wa tetap tak naik. Cukup dah kot zaman2 nyanyi kat stage ni. Dulu tu, kire pengalaman je la.Tahun ni wa pegang mic just untuk baca doa aje.

Yes, tukang baca doa. Tak tahu kenapa orang suh wa, orang minta wa pegi je.

Cabutan bertuah semalam wa dapat hadiah. Untuk a'isyah la tu.


Actually cabutan bertuah yang no 39. Hadiah yang ade tulis MC tu dapat sebab baca doa. Baca doa pun dapat hamper..memang semua orang malam tadi dapat hadiah.

Balik rumah tengok a'isyah tengah golek2. Eh tak tido lagi anak papa ni.

Meh tengok a'isya senyum tergolek2.


ok dats all. Hari ni cuti tapi banyak sikit keje nak buat. Jom doakan anak buah gua yang seat pmr hari ni. Nama dia Umarul Aiman. Semoga Allah beri die 9A , dan jadi anak yang soleh!

Babai, meh a'isyah babai sekali untuk kawan blogger papa...babaiiii..

2 buah fikiran!!!:

Sharing is caring


Jom ikut cara Rasulullah s.a.w didik anak!

1 buah fikiran!!!:

Muka potostat


Ramai kate muka A'isyah ngan papa die..

Nak buat camne, kami due2 memang comel. Today wa kat melaka, buat pertama kalinya A'isyah jejakka kaki ke rumah neneknya kat Melaka.

3 buah fikiran!!!:

Pergi khatankan A'isyah



Balik keje tadi bergegas ke klinik annur. Memang hari ni plan nak bawa a'isyah ke sana. Nak khatankan die. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doktor cakap a'isyah comel sangat. Lpas sunat die punye senyum kat doktor bukan main besar lagi.

Agaknya die nak say thanks kat doktor yang sunatkan die tu kot. Tap tak pandai cakap lagi.

Wa telupa nak bawa kamera tadi. Kalau tak boleh snap segambar dua. Pasni plan nak buat aqiqah pula masa raya haji.

 Insyaallah jika Allah izinkan.

2 buah fikiran!!!:

#@wordless#*~melainkan Segala Puji Bagi Allah


Syukur ke hadrat Allah, semalam gua nono, abah dan ma berkesempatan dengan izin Allah membawa Nurul A'isyah Laila untuk di tahnik oleh TG Ustaz Haron Din. Semoga Allah beri barakah dan rahmatnya.

Bagi yang tak tahu ape itu tahnik, lu orang boleh rujuk memana ustaz. Orang melayu panggil belah mulut. Ia salah satu sunnah rasulullah s.a.w bagi anak-anak yang baru di lahirkan. Selebihnya pasa tahnik lu orang pi refer kat Ustaz ek.

Let the pic tell da stories..






Kelakar semalam, tukar pampers a'isyah kat dalam keter, boleh pulak die kencing kat seat keter.

2 buah fikiran!!!: