Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Cuti jage A'isyah

Pengasuh a'isyah pergi hantar anak die ke PD. Nono dah tak banyak cuti. Papanya la kena cuti.

A'isyah dalam suam-suam suku demamnya plak. Bukan main manje betul. Pantang jauh sikit. Tapi best. sebab dapat luang masa banyak dengan A'isyah. Manje pun manje la. Bile masuk je opis rini rase cam nak cuti lagi la. nak lepak ngan A'isyah.

Sangat seronok bertalaqi quran

Best, gua sangat suka hari ni sebab dapat talaqi quran dengan Ustaz Rashid. Gua sangat suka bila dia buat lagu macam misyary.

Orang lain mungkin tak berapa minat bab ni. Tapi alhamdulillah wa rasa sangat bersyukur sangat Allah pertemukan wa dengan ni. Semoga banyak lagi ilmu yang gua dapat cedok dari die. Banyak die perbetulkan bacaan quran wa.

Saranan die, cuba khatam quran seminggu sekali!

Main belasah je jogging

Rutin cam biasa setiap hujung minggu.

Sabtu dan ahad pagi wa akan jog selama 40 minit ke sejam. Pagi tadi wa cam biasa nak pi jogging. Tengah-tengah joging, wa noticed pehal mata ni cam kelabu je. Sekali pandang depan, jerebu teruk gile. Nak buat camne? Nak patah  balik dah jauh. Nak tak nak kena teruskan.

Patut mengah semacam je jog pagi ni.

Layan juga biker kental ni

Dah layan, kat astro 1st.

Ni citer pertama wa layan kat astro 1st. Nak komen citer ni pepanjang wa lagi baik tengok. Dari komen baik layan. Wa suke la tengok motor2 dalam citer ni . Nak2 motor awie. Macam dalam American Chopper la. Memang terbaik.

Rasa cam nak beli satu je nanti. Tunggu la kalau duit tak pakai langsung, tak tau nak buat ape, wa beli motor tu. Bile minat, kengkadang ni campur baur dengan nafsu.



ni baru biker kental beb!

Don't 4get fridey sunnah!

Jom kite ramai-ramai suburkan sunnah nabi s.a.w. Semoga rasa cinta dan rindu pada kekasih yang agung ini sentiasa ada di hati..

Asek tido lambat je

Aiyo..asek tido lambat je anak wa ni.

Masalah juga kalau anak wa tido lambat. Sekang ni die da lasak. Kalau dulu die main sorang-sorang tak risau. Tapi sekarang ni die dah start panjat-panjat. Berkali dah jadi , tu yang risau tu kalau die main sorang-sorang.

Kesian nono, die yang bersengkang mata. wa memang tak tahan ngantuk. Agaknya sebab badan wa ni letih sikit akibat dari exercise kot.

Wa amat suke bile tengok a'isyah akan terpegun bile wa buka azan kat TV. Mungkin die masih terngiang-ngiang laungan azan wa masa die baru lahir kot..Allahurabbi..

Cup for Ag

Ni semua piala-piala yang Ag menang!
Inilah piala Pesta Sukan Perbendaharaan. Rasa best sangat pasal acara gua telah mengkomfemkan Ag berjaya dapat piala ni.


Bergambar dengan ketua kontinjen, Dato' Akauntan Negara!

Stop sukan. Pas ni kita akan fokus pasal ramdhan . Tak lame lagi dah. semoga bertemu dengan ramadhan dan gua berpeluang untuk merainya dengan sebaik mungkin. Actually banyak plan gua untuk ramadhan ni. Macam -macam dalam kepala.
emoga ini Ramadhan yang terbaik gua.  

hari ini hari jumaat

Bila gua tengok 30 minit ustaz don..

Wa rasa sangat jeles. Bro yang sebaya gua ini boleh bagi kuliyah agama yang sangat best pada gua. Hebat cara penyampaiannya. Gua layan sampai habis. Gua tengok die sebaya gua. Sebaya gua, tapi boleh speak about quran fluantly..

Sangat mengkagumkan..

Dalam hati wa, nak sangat jadi macam dia. Pemuda yang boleh berhujah dengan quran, boleh mengajar quran, boleh membantu masyarakat dengan quran.

Semoga Allah beri gua kekuatan dan semangat yang kuat di dalam usaha untuk belajar quran..

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat),






a'isyah dah 10 bulan

Kejapnye masa tu jalan.
Pejam celik-pejam celik a'isyah dah 10 bulan. Patut tengok die dah pandai macam-macam. Makin ceria, makin manje, makin banyak bebelan manjenye..
Semakin die membesar, hati gua makin cuak memikir, cara untuk mendidik die jadi anak soleha. Kalau tanya gua, gua nak die jadi hufaz quran. Terpulang pada die untuk pilih bidang yang die minat. Tapi gua amat berharap, Allah bantu dan beri kudrat untuk gua mendidik anak-anak gua jadi para hufaz quran.
Semoga Allah beri bantuannya..bile tengok a'isyah, wa selalu terfikir, apa la yang wa buat sampai Allah beri anugerah yang begini hebat. Wa ni sangat hina..tapi Allah beri anugerah ini..segala puji bagi Allah..

Sport '13

 Lame betul tak post kat blog, agaknye orang dah kureng blogging . Ramai yang tertumpu kat FB je. Tapi kengkadang gua rasa blog ni ade kelebihan tersendiri.
Post kali ni wa nak post pasal wa main tarik tali lagi and lagi untuk tahun '13 ni. Tiap-tiap tahun sukan mesti lain sinetronnya. Biasala, sedangkan pasir di pantai boleh berubah inikan pula kita manusia yang comel-comel ni.

Beb, AG tug of war champ buat kali kedua berturut-turut. Sangat membanggakan. Bayangkanlah masa sebelum final, semua kontinjen tumpu kat kitorang. Hanya point tarik tali je bakal jadi penentu johan keseluruhan kejohan. Team gua Accountant General (AG) tie dengan Housing (BPP). Our big bos pun turun nak bak support moral kat kami. Tapi kami dalam hati ni, kami rasa tekanan yang amat gile la. Macam tengah kena hempap dengan bangunan AG yang 9 tingkat tu je.

Team Housing memang sangat obvious dengan kami. rata-rata berat depa jauh lagi berat dari kami. Tapi gua sangat yakin, atlit tug of war perlu f…