Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Combat Fat!!


Ayuh Fight dengan fat!
Bersemangat tahun ni nak dropkan berat. Target tahun ni sampai raya, nak turun sampai 20 kg. Ni semua bukan aku punye sorang. Bebudak yang main gym yang punye. Gua pose je.

0 buah fikiran!!!:

baiti Jannati


" Satu hari saat NABI hendak masuk bilik,NABI ketuk
pintu,SITI KHADIJAH berkata tunggu dulu YA
RASULULLAH..jangan masuk lagi YA
RASULULLAH...Khadijah masuk bilik dia tukar
baju..dia pakai cantik-cantik..dia pakai baju
lawar (cantik2)..dia ambil minyak wangi..dia sembur minyak
wangi...lalu berkata Khadijah,SILAKAN MASUK YA
RASULULLAH...bila NABI masuk sahaja bilik Nabi kata
BAITI JANNATI...RUMAHKU..SYURGAKU...."

- Rumah Nabi pondok biasa sahaja... mana ade sofa
mewah-mewah..nabi tidur pun melekat bekas
pelepah tamar di belakang Nabi...tapi Nabi
mengungkapkan perkataan BAITI JANNATI kerana
didalamnya bukan saja ada sumai yang soleh..tapi
punya isteri yang cukup solehah (Siti
Khadijah).....:):):)

1 buah fikiran!!!:

friday night!


Malam jumaat , banyak perkara best.

Kat surau or masjid banyak yang isi ruang mereka dengan kuliyah mahupun majlis baca yassin. Beb, jom orang muda penuhkan surau dan masjid. Sekarang ni orang muda dah minat nak jadikan masjid dan surau tempat mereka berhibur.

Malam ni jom baca yassin, dan usaha baca surah al-kahfi, banyak kelebihan Rasulullah s.a.w bagitau pasal Al-kahfi ni.

0 buah fikiran!!!:

2013 - declare war with fat


Gua dah start gym balik!

Yes, dah masuk gym balik. Memang banyak kekangan masa. Tapi gua akan usaha 3x seminggu untuk ke gym.

Gym KBS. Bila masuk kali ni wa rasa amat asing. Ye la, banyak barang baru. Pastu gua masuk sebagai seorang loser yang berbadan fat. Gua sedang bertekad untuk turunkan berat badan dengan bersungguh. Setakat ni masih di peringkat membiasakan diri dengan besi dan mesin kat gym.

Tahun ni, perlu berdepan dengan dietry balik. Kena fight dengan malas dan kekangan masa. Man jadda wajadaa zul!

0 buah fikiran!!!:

I miss that thing


Orang lain mungkin tak rase ape..ala tak penting benda ni...

Biar apa orang cakap, itu hal dorang..hobi gua dengar kuliyah agama. Gua akan rasa amat terkilan kalau tak dapat pergi dan gua rasa amat rugi. Kenapa gua suka pegi, apa yang best kat sana, tu biar lu orang akan tau kalau lu orang pergi.

Gua amat jeles dengan orang muda yang rajin dengan kuliyah agama, yang beri tazkirah, yang baca hadith untuk jemaah, yang hafiz quran. Gua amat jeles dengan orang muda yang macam tu. Semoga gua tergolong dengan golong orang muda yang macam tu. Walaupun tak berapa muda lagi kan.

Jauh sudut hati wa, wa rasa amat sadist , sebab sampai sekarang wa masih tak berkesempatan nak pergi kuliyah UAI, sheikh Nuruddin, habib Ali zainal abidin, ust ismail Kamus, Ustaz haslin dan ramai lagi, ust yang best-best. Semoga satu hari nanti wa akan dapat hadir kuliyah-kuliyah mereka. Setakat ni wa hanya dapat ikut kuliyah dorang kat Youtube. Tu pun jadi lah.

Orang muda, jom kite sama penuhi majlis ilmu kat surau dengan masjid. Padamkan persepsi lapuk yang kata orang tua dan yang pencen je pegi mesjid ngan surau.

Zaman sekarang orang muda berhibur di masjid!

0 buah fikiran!!!:

Nak beli buku ni!


Beb, wa amat dan amat teringin nak beli buku tafsir ibnu katsir ni. Kat surau wa ade belajar kitab ni. Sejak wa belajar tu , rasa minat sangat dengan tafsir.

Kalau tak kenal maka tak cinta beb. Try la lu orang study pasal tafsir. Memang akan terpaku, rase macam-macam. Tak terkata, sedih dengan diri sendiri, kagum dengan kuasa Allah, semangat dengan motivasi dan nasihat yang directly Allah beri pada kita, semangat untuk aplikasikan perintah Allah dalam life.

Wa teringat kata Ust Don, " saya boleh bercakap dalam apa saja bidang walaupun saya bukan ahli dalam bidang tu selagi saya pegang Quran"

Azam la nak beli buku ni. Mahal memang mahal. Kat kedai wa ade tanya-tanya. Harga dia dekat 900. Memang tak mampu la. Tapi dalam internet wa nampak banyak yang jual arround 400-500. Insyaallah, wa yakin dalam tahun ni Allah akan rezekikan wa buku ni juga.


 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

1 buah fikiran!!!:

Johor DT buat gua tengok bola balik kat TV



Betul la kat orang , kalau team negari sendiri yang main kat TV, rakyat  negeri tu akan bangga beb, walau depa tu kengkadang cuma bapa depa je yang berdarah negeri tu.

Gua la tu.

Tetiba je boleh minat kat team Johor DT. And tetiba pula gua boleh perkembangan team bola tu.

Gua bukan anak johor. Tapi sebab bapa gua orang jawa piau and kampung gua kat johor, tetibe terinnfluenc plak dengan team ni. Rase semangat gua hari tu bile nengok game depa dengan N. Sembilan. Dah nak kalah dah, tapi semangat dorang kejor balik sampai menang. Tu yang best.

       
Gua rasa nak beli la jersey johor. Nak bagi kat abah gua. Nanti nak bagi tau abah gua yang Johor ade team bola yang power.

Actually ni sebab astro rumah gua cuma ade Astro arena je sportnye..

0 buah fikiran!!!: