Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Syukur kah?

Kengkadang kita jeles tengok orang kaya dengan harta. Mana tidaknya, kita tengok apa yang mereka nak semua mereka boleh dapat.

Dan ia sangat memperngaruhi orang yang tak kaya untuk kejar kekayaan.

Masih teringat lagi kata rasulullah s.a.w yang aku lupa akan perawinya supaya kita perlu sentiasa tengok orang yang lebih kekurang dari kita supaya kita sentiasa bersyukur akan setiap pemberian Allah. Dalam Quran pun Allah sebut jika kita bersyukur Allah akan tambah.

Susah nak didik diri ni jadi suka syukur, sebab bila dapat je sesuatu kita heppy semacam, dan tak terlintas untuk fikir itu semua Allah beri.

Aku kena latih. Sebab banyak sangat Allah beri pada aku ni, tapi aku macam buat tak tahu je. Jahil rasanya dirini.

Allah, maafkan diri ini kerana selalu lupa untuk syukur pada-Mu . Harap sangat KAU sentiasa beri ingatan padaku untuk sentiasa bersyukur.



Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,…

Jika Allah izin

Hidup..tak semestinya akan sentiasa indah..

Namun sebagai muslim kita harus sentiasa terima setiap detik adalah keindahan yang Allah beri..kerana kita ini adalah milik Allah.

Setiap minggu ada satu hari, aku akan melihat orang sakit. Dari sakit fizikal, hingga ke rohani. Sebab ni rutin. Banyak yang aku tengok, Allah bagi banyak sangat peringatan. Sungguh Allah tu sayang sangat hamba-Nya, kerana peringatan dan anugerah kesihatan ya Allah beri pada aku.

Dan hari ini aku menziarahi staff pejabat ku yang baru meninggal. Allah nak beri peringatan pada aku, yang aku ini hamba-Nya yang dia akan ambil bila-bila saja. Allahurabbi..

Bersediakah aku akan perkara yang comfirm akan berlaku ini. Kena buat perkara yang menguntungkan untuk masa depan, jangan lengah lagi.

Kena fikir pasal akhirat, dunia ni kejap sangat..10 , 20 tahun je lagi tinggal untuk aku..

 jika Allah izin...

Teruja dan tak sabar-sabar

Hujung minggu, aku dan my luvly family ke andalusia. Pergi kursus umrah. Bila dah sampai sana memang pack. Ramai gile orang kat sane.

Aku sangat teruja, kalau kursus dah ramai macam ni, pasti kat masjidilharam tu lagi ramai. Ada satu ayat yang pada aku sangat best bile dengar , Ustaz Daud che Ngah. " tuan-tuan , duit yang kita keluarkan untuk ke sana inysallah, Allah bayar pada kita balik 700K kali ganda!"

Pergi umrah, setiap wang tekad hanya untuk beribadah pada Allah.

Aku makin bersemangat bile dengar kursus. Banyak perkara yang dapat. Aisyah pun sama teku dengar. Semoga Allah jadikan  kami tetamu-Nya paling istimewa..

Dalam badan manusia ade seketul daging..namanya hati..

Kengkadang kita menulis dalam blog, bukan untuk orang baca.

Tapi sekadar nak cakap ape rasa hati ni. Yup hati. Selalu berkata-kata. Even dalam solat pun kita berucap bacaan solat, tapi hati kita, seolah sedang berlari ke langit.

Kata Ustaz Ismail kamus," hati ni bila badan kita bergerak, die diam. Tapi bila kita diam, hati kita ni bergerak. "

Perasan juga aku pasal hal tu.

Sekarang ni menulis dalam blog leboh privacy, sebab tak ramai yang suka baca blog. Semua beralih pada facebook. Tetambah dah ada zaman wassap ni.

Pagi ni aku berlari. Berlari nak cergaskan akal dan fizikal. Dalam kepala pikir pasal umrah. Aku mahu berlatih macam uwais al-qarni. Aku tahu, aku tak mampu jadi macam dia yang sanggup dukung ibunya dari rumah ke masjidl haram.

Namun aku harap sangat Allah beri kekuatan dengan berkat untuk aku membantu keluarga aku supaya kami semua merasakan umrah ini umrah yang teristimewa buat mereka.

Ibu dan abah, belum tentu mereka akan ke sana lagi lepas ini. Jadi biarlah m…

Jangan lupa an-nisa 64

Bermula dari beberapa hari sebelum ni, perbualan dengan nono pasti ada cerita pasal mekah. Tv al-hijrah sebelum azan, selalu ada live dari masjidil haram. Mesti rasa nak tengok. Nak tau keadaan macam mana kat sana.

Yup, inysaallah dengan izin Allah kami sekeluarga akan buat umrah dalam bulan 12 ni. Dah dekat dah. Perasaan tak sabar dan teruja memang sentiasa bermain. Tapi kursus tak pergi lagi ni. Cadang nak pergi hujung minggu ni. Mekah, kaabah, madinah, maqam nabi..semuanya bermain di minda. Semoga semuanya dapat berkat Allah.

Memang tak lari antara yang main dalam mindaku, macam mana nak jaga ibu abah, isteri yang sedang mengandung, anak kecik lagi. Memang benda bermain dalam minda aku. Cerita Uwais Al-Qarni menjadi sumber inspirasi. Semoga Allah beri cekal dan gembira bantu dan jaga mereka. Keluh tu, mohon Allah lupakan perasaan tu di sana.

Allah..kau la tempat aku nak ngadu benda ni semua.

Memang tak mampu, tapi kau ilhamkan aku cerita yang boleh aku jadikan inspirasi. Aku ada k…

Kena doa pada Allah kalau nak dapat ikhlas tu

Memang susah nak dapat ikhlas tu. Benda yang tak boleh nak di buat-buat. Kalau main buat-buat , memang nampak kekok dan cam menipu diri sendiri.

Ikhlas dan istiqomah..

Rasulullah s.aw. beruban rambut bila mendengar perkataan istiqomah..

Last week , aku hadir juga ke Ijtimak Darussyifa' 25 tahun. Akhirnya. Sumpah, pada mula amat berat. Betul kata Ustaz Harun, yang dapat datang ni memang bukan calang-calang. Sebab banyak komitmen yang kena di tinggalkan.

Aku hadir yang slot Ustaz Harun dan Masjlis zikir.

Masa nak habis Ijtimak tu, aku tengok betul-betul Ustaz harun, hebat dia ni. Ijtimak Dasussyifa' ini adalah kejayaan gemilang bagi dia dan anak muridnya. Masih terkenang Ustaz cakap pasal ikhlas. Amat di tekankan , buat kerja dakwah ni sematkan betul-betul untuk Allah. Yup, buat hanya untuk Allah. Jangan di kejar balasan dunia.

Satu benda yang amat penting malam tu, sanad fatihah. Mulanya aku tak pikir sangat, rupanya, bila tengok sanad fatiha tu, susur galur yang di ambil dari…

Masih ada modal

Semalam, gua terbahagi antara dua, nak tengok bola ke atau nak tengok Ustaz Ismail Kamus. Pikir punya pikir, wa telah memilih Ustaz Ismail kamus. Bukan senang wa nak jumpa dia.

Nak seribu daya, wa sampai awal. Nak dol saf depan.

Amat best sekali dengar kuliah Ustaz. Banyak ilmu dan gelak ketawa dalam kuliah dia. Perkara yang amat banyak di ketengahkan pasal mati, bangun malam, dan ibadah wajib. Betul kata ustaz, kenapa kita asyik berusaha untuk kesenangan hidup antara umur 30 hingga 60 umur kita. Kan lebih baik kita berusaha untuk kehidupan selepas umur kita 60 dan sampai bila-bila.

Allah, semuanya membuat wa rasa semangat untuk tahajud. Ustaz suruh kita banyak beramal. Kita tak pandai, ruginya kalau kita tak beramal.


Sambutan Maal hijrah di ofis

Cek darah 122 atas, 85 bawah

Baru-baru ni wa pergi cek darah, nak enjet vaksin pi umrahkan kena wat semua tu. Doktor kate, ok 122 atas, bawah 85. Walaupun wa tak paham, tapi yang wa tau tu normal. Mungkin sebab wa baru lepas sukan jabatan .

Sukan, PSKK. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke 39. MOF tewas dengan BSN final. Yes no 2. Kalah dalam kehinaan pada gua. Sudah la kalah dengan hina, kena gelak. Hampa, semuanya ada. Memang deserve BSN menang sebab dorang trainning lebih. Sebulan masuk kem. Kitorang trainning pagi je. Mana cukup.

Memang orang kata, next year buat lain. Tapi last year pun dapat 2nd place. Ni juga 'kata orangnya'. Sampai bila nak 2nd place.

Yes wa pernah menang 3 tahun berturut-turut dapat emas dalam game ni. Tapi itu dulu, bukan sekarang. Dulu kami teamwork, spirit fighter tu ade. Tapi sekarang wa rasa sangat hampeh. Yes wa kecewa, pada wa memang sangat kecewa, sebab wa nampak banyak sangat yang pincang dalam team wa. Tak macam dulu, solid. Belum game dah boleh semangat untuk champ. Ta…

Tahjud setahun...

Aku mula rasa diri ni jauh pada DIA..jauh. Saban hari aku melayari hidup dengan keenakkan hakiki, membuat aku makin lupa untuk ucap terima kasih pada DIA.

Allah...

Dia betul-betul sebenar-benar kekasih, tempat mengadu..tempat minta, tapi bila senang Dia lah, tempat paling senang aku lupa. Makin jauh diri ini dengan DIA. Maafkan aku Allah, aku rindu pada-Mu. Dulu hampir setiap malam aku bangun , mengadu. Air mata jadi bukti atas segalnaya. Bila KAU bagi segalanya, aku lupa untuk ucap terima kasih pada-MU.

Makin jauh diri ini dengan KAU . Maafkan aku..detik ini, aku rasa rindu sangat suasana malam pengaduan ku pada KAU. Airmata yang tercurah kerana aduaan sangat pada KAU. Rindu.

Aku kena patah balik. Aku kena cari balik. Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh.

Wahai Allah, tolong aku untuk seperti dulu..tolong aku yang hina ini....

Redha Allah..hijratul rasul...

Bertemu dengan alim ulama' memang best. Itu kata gua.

Selama ni hanya tengok kat tv al-hijrah je. Tapi last week malam jumaat, alhamdulillah Allah beri wa peluang untuk bertemu dan hadir majlis ilmu ulama' hebat ni. Sheikh Nuruddin. Gua malam tu macam bertemu dengan pemain bola sepak yang wa gila-gila.

Banyak ilmu yang wa timba. Terutamaanya, erti kesempurnaan. Salah satunya, tentang kecintaan terhadap rasulullah s.a.w.

Teringin nak jadi macam Sheikh ni, semoga Allah beri..