Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Ibu-bapa yang menentukan minat anak-anak

(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ)) “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)” (HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)
Berpandukan hadith ni.

Aku asyik memikirkan , bagaimana dan keadah terbaik untuk mendidik anakku. Aku amat mentah. Diri ni makin takut bila lihat persekitaran ku yang sangat elit tetapi, tahap sosialnya sangat meruncing.

Apa yang termampu , doa pada Allah supaya pandu aku untuk mendidiknya dengan cara yang terbaik. Mendidik anak , perlu didik diri sendiri dulu. I have to. Aku perlu berubah menjadi apa yang aku mahu. Jika mahu anak itu cinta pada Al-Quran, aku dan Al-Quran perlu bercinta dahulu.

The ring

Apa ada pada cincin?

Sunnah Rasulullah s.a.w memakai cincin. Banyak boleh kita search tentang hadith berkenaan pakai cincin. Apatah lagi cincin yang macam kat atas ni.

Cincin yang direka mengikut design cincin rasulullah s.a.w.

Actually aku beli ni sebab 1 adalah tertarik. Memang ada yang kata  tak lawa dan payah nak bawa ke mana-mana. Tapi aku rasa sangat lawa. Sebab desingn ni Rasulullah s.a.w yang pakai. Ada sebab kenapa Rasulullah s.a.w pakai design yang macam ni. Boleh cari di mana-mana buku berkenaan sifat Rasulullah s.a.w contohnya Syamail Muhamadiah.

Ok. Aku minta beberapa pandangan ust yang berkonteporori tentang cincin ini.

Antaranya Imam Muda Hassan Adli.
27 March 23:26

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanyakan soalan. Apa hukum memakai cincin yg terukir muhammad rasul allah. Saya mendapat beberapa hadis berkenaan larangan. Tetapi ada ulama berkhilaf yg larangan itu cumu waktu zaman rasulullah s.a.w saja. Bole ust beri pendapat
28 March 12:29 W'salam wbt. Ulama&#…

Halaqah TV-9 Secara Live

Seronok betul A'isyah p Masjid bosi. Kebetulan memang ada rakaman program halaqah di Masjid Bosi.

Sambil-sambil lepak kat sana aku bawa a'isyah pusing-pusing kat dalam masjid besi. Nampak ada program blajar silat. Bukan main minat A'isyah tengok dorang bersilat. Siap terikut-ikut die buat kuda-kuda.

Nanti dah besar sikit nak hantar A'isyah belajar silat kat masjid besi la.

Amat tersentuh dengan qiraatul quran

Seriusly aku amat tersentuh bila tengok episod 30 minit ustaz don dengan adik Lukman Hakim ni. Allah, apa lah amalan arwah ibu dan ayah budak kecil ni sampai Allah jadikan anak dia hebat macam tu.

Orang ramai mungkin pandang ini biasa. Tapi pada aku tidak. Aku ada anak, dan insyaallah akan Allah akan beri lagi anak lelaki yang bakal lahir dalam 2 bulan lagi. Adik Lukman ni ibu dan ayahnya dan meninggal. Dengan hanya hidup sebatang kara, Allah kekalkan dia dalam usia 10 tahun itu dalam jalan seorang hafiz quran.

Budak...boleh terpengaruh dalam macam-macam. Boleh campur dengan macam-macam, tapi Allah jaga dia.

Aku amat yakin antaranya arwah ibu dan ayah adik ni suka baca Quran. Sebab tu Allah jaga anak ini dengan Al-Quran.