Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jemputan Fasilitator Seminar

Alhamdulillah..seharian timba ilmu dan bertugas sebagai fasilitator di Masjid besi Putrajaya. Bersama sahabat-sahabat dari Darussyifa' putrajaya dalam menjayakan program. Antara yang manis adalah kehadiran tokoh ilmuan islam Tuan Guru Dr Ust Haron Din.

Banyak ilmu yang dapat di perolehi masa dengar kuliyah dia. Hanya jauhari mengenal manikam. Memang tak pernah rasa puas bila menuntut dengan tokoh ilmuwan ini.

Syukur Allah beri aku cebisan kenangan bersama  tokoh ini di dalam hidup. Rasa semangat untuk jadi macam beliau. Bukan untuk nama atau harta, sekadar nak dapat capai cita-cita.

Cita-cita ...ke syurga tanpa sentuhan api neraka. Itu sangat besar.

Lately ni Allah bagi banyak sangat anugerah. Rasa diri ini amat kerdil untuk semua tu. Dalam Allah beri susah, Allah beri lagi banyak kesenangan sampai aku boleh lupa saat aku angkat tangan berdoa " ya Allah tolong la aku," dulu.

Allah, tolong tetapkan diri ini di dalam mengejar cita-cita ku itu..

Semoga diri ini jadi seperti beliau

0 buah fikiran!!!:

Kosong..



Perasaan..minda..semuanya kosong.

Terasa amat asing dengan diri ni. Dulu dengan sekarang pada aku semuanya dah banyak berbeza. Aku rasa aku keseorangan sekarang. Walaupun sebulan lebih aku di tinggalkan oleh ibu, tapi aku tak boleh lagi nak berdikari.

Tak sama macam dulu, masa masuk kolej, rasa heppy sebab ibu jauh. Tapi hari ini ibu bukan lagi jauh. tapi ibu dah pergi dan takkan kembali.

Ibu, Allah uji adik banyak sangat lepas ibu pergi. Sampai menangis bila memikirkannya. Life tunggang terbalik. Orang sekeliling tak faham. Tapi adik sangat yakin , selain dari doa yang adik doakan, ibu pun doakan untuk adik di sanakan.

Ya Allah, di saat mereka menghina dan menuduhku berbagai-bagai.. kau tetap bersama ku. Doa ku tetap kau terima. Malah kau berikan rezeki yang sangat banyak. Dan perkara yang paling aku tak boleh lupa, kau anugerahkan aku untuk jadi anak yang mengimami solat jenazah ibuku. Allahurabbi..hanya kau yang mampu beri.

Dan aku cuba untuk tersenyum kembali..tapi senyuman ini tak lagi seperti dulu...

0 buah fikiran!!!: