Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Khatam Quran

Dari Ibnu Abbas, ia berkata: "Rasulullah SAW adalah orang yang paling murah hati, lebih-lebih ketika bertemu Jibril di bulan Ramadhan. Beliau bertemu Jibril pada pada setiap malam bulan Ramadhan untuk tadarus Al-Qur'an. Maka sifat murah hati Rasulullah melebihi hembusan angin."

Pejam celik pejam, pejam celik dah 23 ramdhan . Seperti yang di rancang majlis khatam quran surau al mizan berlangsung pada malam tu, malam 24 ramadhan. Kali rasanya penyertaan yang paling meriah dan ramai antara muslim dan muslimat. Semuanya seramai 60 orang plus plus.

Tadarus kali lebih bergaya lagi sebab , kami di ketuai oleh imam-imam terawih yang hafiz quran. Jadi qualiti bacaan peserta tadarus pun, menampakkan peningkatan yang sangat baik. Tahniah  !

Setiap tahun, aku join . Tapi tahun ni majlis khatam quran rasa macam majlis graduasi pula. Lawak je rasanya. Seronok tadarus tahun. Banyak ilmu quran yang dapat aku belajar tahun ni . Semoga tahun depan Allah beri lagi peluang ni. Geng-geng yan…

Redha Illahi

"Saya nak tanya, siapa yang dalam surau ni, die comfirm syurga?" sunyi surau. Masing-masing memandang antara satu sama lain. 
"Ok, berat kot soalan tadi. Saya ringankan sedikit soalannya. Siapa yang dalam surau ni dia tak buat dosa dari waktu sahur, hingga ke saat ini? " audian surau masing-masing kelu senyap.
MC pun teruskan berkata," tuan-tuan, kalau kita sendiri tak boleh comfirmkan diri kita ni masuk syurga ke tidak, kalau kita ni tak sedar dah buat dosa ke tidak, agak-agak la lepas padang mahsyar nanti kita ni nak ke mana?"
Itu persoalan yang MC tu timbulkan ketika ditugaskan jadi pengacara majlis. Betul, mana kita nak pergi kalau syurga tu bukan milik kita. Sudah tentu satu saja tempat yang tinggal untuk kita. iaitu NERAKA. Kita nak syurga. Betul kita nak syurga, tapi bagaimana. Redha Allah. Andai Allah redha dengan kita, kita comfirm syurga. Macam mana kita nak dapat redha tu?
Itu persoalan yang MC tu bangkitkan ketika program Mencari Redha Ilahi tadi.

Rindu kat dey all ni.

Masuk minggu ni,dah 2 minggu tak jumpa nono, aisyah, iyadh dengan uwais. Rindu kat dorang. Family kan, kalau tak jumpa mesti rindu. Kesian dekat nono. Tengah pantang, tapi masih kena tengok-tengokkan aisyah dengan iyadh. Rindu nak tengok iyadh bersilat. Suka betul dia bersilat, haha ada juga waris aku sorang ni. Takpe, raya nanti aku hadiahkan tengkolak pendekar Kat die. Baru lagi naik semangat silat. Biar pandai berlawan macam sahabat2 nabi s.a.w. Berjuang untuk agama. Aisyah, nak baju raya warna pink katanye. Cari jubah aisyah warna pink la motor aku kena kunci solex dengan budak angau kat bangi gateway..Semalam masa nak lelapkan mata kat masjid besi, aku dengar baby nangis. Hebat ayahnya..sambil cari al qadr , iktikaf di masjid sambil jaga baby. Semoga Allah bagilah mereka al qadr tu. Tak ramai yang boleh buat macam tu. Ramai juga aku tengok family sama2 iktikaf di masjid semalam. Hebat mereka ni. Bawa anak kecil tido di masjid. Si ayah dan emak bertadarus sama, anak berlari2 main …

Motorkukaukunci!!

Semalam yang hangat,
Nak pergi bangi gateway. Nak cari baju raya Uwais. Naik motor. Kalau aku pergi naik kereta , comfirm sesak punya. Pasti ramai yang setujuan dengan aku rasanya. Perjalanan lancar, walau dibasahi hujan rintik-rintik. Suhu bumi pun cool je rasanya.
Sampai bangi gateway, mudah saja park motor. Naik motorkan. Masuk dalam bangi gateway, tawaf sekali, terus grab dua baju. Baju aisyah dan baju uwais. Wow! mudahkan. Setttle payment, aku terus gerak keluar, pergi kat motor. letak barang, pakai helmat, start motor, everything is ok. But when i tried to strat that motor, tayar tersekat. " Aik,? pehal pulak ni," bicara hati membuak didada ku.
"Adui, siapa pula solex kata tayar depan motor aku ni," berkata hati lagi diri ni.
Aku tanya security, tak tahu jawabnya. Ku tanya seorang lagi security, dia kata, " kami tak lock motor encik, encik park kat tempat yang betul. Semua ok.."
Wah, kacau ni . Dah tu siapa pula yang kunci ni. Security tu kat mungk…

Menikmati kelazatan kemewahan

Iftar Ramadhan @ Marriott...

Wow, terkejut aku, member aku ajak. Ada bank sponsor. Dengan mamainya aku pi. Gile punye banyak makanan kat situ. Boleh dikatakan semua yang terlintas memang ade. Penuh perut malam tadi. Hampir aku jadi ular sawa. Tak pernah kot rasa makanan mewah sangat macam. Rasa gigil nak makan pun ada. Bukan tak biasa makan program berbuka puasa yang best-best. Tapi kali superb punye best.

Sampai rase, patut la ustaz-ustaz ni tak galak buka puasa kat hotel. Sebab takut terlena dek mewahnya makanan kat situ. Tapi den orang sponsor. Belasah je lah. Aku tak cerita akan secara detailnya sedapnya makanan tu. Apa yang boleh kata, aku masih kenyang hingga ke tengah hari ni.

Nikmat, sungguh nikmat makan...durian pun ade. Aku dengan geng aku merancang, macam mana nak makan kekal sampai pukul 10.  Nasi , emmm...tak sentuh pun.. cume makan menu yang jarang nampak je. Pastu air minum due gelas kecil je.

Memang sampai pukul 10 masih menyuap malam tadi.


Wajah Menanti azan Berkumand…

Tadarus Atau Tidur Terussss

Antara yang paling aku suka waktu ramadhan ni adalah Program tadarus. Sebab boleh check balik bacaan quran aku untuk satu quran. Semak beramai-ramai. Antara telatah tadarus adalah bile bacaan sendiri kena tegur dengan geng . Macam-macam perangainya. Group yang setakat ni aku maintain , dekat surau Al-mizan. Sini kebanyakkannya berprofil tinggi dalam kerjaya dorang. Hah, sekali di tegur mau garu kepala dorang ni. Termasuk la aku sekali.

Paling menarik tahun ni tadarus kat Surau Al-Mizan, kami di bimbing oleh Imam-Imam terawih yang hafiz quran. Dan paling manis sekali , guru Quran aku Ust Rashid pun join sekali. Rase terharu kali ni Allah temukan kami dalam halaqah tadarus ni.

Aku memang respect kat die sebab , dia banyak ajar aku tentang pembacaan quran. Dari aku merangkak, hingga sekarang alhamdulillah , tak kelam kabut bacaannya. Target tahun harap la sangat aku dapat khatam 3x bacaan quran sendirian .

Sebab nak pahala sampai kat abah dah ibu aku. Ayuh, quran ku! sahabatku!

Muhammad Uwais Hafizuddin putera ke 3

Alhamdulillah, nono selamat lahirkan anak kami yang ke 3. Sempat juga aku masuk dalam labour room. Setakat ni hanya Aisyah anak aku yang pertama je yang aku tak dapat sambut masa die bersalin.

Great experience !

Lelaki harus ade pengalaman sambut isteri bersalin. Kenapa? Sendiri mau ingat la. Kali ni agak lawak sikit nurse yang handle wife aku. Dah macam aku pulak yang bidannya. Agaknye die tengok aku relax je tengok darah banyak-banyak kot. Tapi dalam cool aku tu, doa sentiasa kat bibir. Mohon Allah mudahkan nono bersalin. So Alhamdulillah....Lahirlah Muhammada Uwais Hafizuddin.

Semoga jadi hafiz Quran ye wahai anakku.

Melaka....my hometown

Lame juga tak balik Melaka. Bila lalu kat jalan-jalan aku membesar ni..banyak kenangan flashback balik. Jalan naik basikal pergi sekolah, jalan main dengan kawan-kawan. Banyak, memang banyak. Tak boleh kira. Rasa rindu dengan semua tu. Tapi rasenya dah tak ramai kawan aku kat melaka ni. Semua dah hijrah kat tempat cari rezeki kot cam aku la.

Paling deep punye perasaan , teringat kat ibu. Fuh...melaka ni rasa kosong la sekarang tanpa ibu aku.
Menziarahi kubur ibu , lepaskan rindu. Minta Allah untuk ibu bahagia di alamnye sekarang. Aku terkenang dengan celoteh ibu, masakan ibu. Comfirm menu sedap-sedap punya...dalam hati selalu cakap..andai la ibu ade..Ibu..semoga bahagia di tempat baru tu ye. Adik akan sentiasa doa ..