Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ada apa sama KEBAL

Gambar sekadar hiasan - mereka tidak kebal pun

Pernah dengar cerita tentera british jumpa kiyai Salleh setinggi pokok kelapa?
Ahmad Indera , perluru bertukar jadi air,
Rashid Maidin menepis tembakan tentera British dengan sehelai daun..
Bruce Lee tumbang dengan pukulan Mahaguru Meor Abdul Rahman,

Cerita ni rasanya akan jadi satu cerita dogengan untuk generasi akan datang. Sama macam waktu masa kecil dulu, diceritakan tentang mitos Hang Tuah, Malim Dewa, Merong Mahawangsa, Mak Lampir, Wali Songo dan lain-lain. Zaman aku kecil sendiri ia diceritakan bagai cerita dongeng. Kalau zaman anak-anak aku umur 20 tahun , mungkin nama-nama yang disebut tadi akan jadi bahan komik. Bukan tujuan menulis ini untuk mendewa-dewakan mereka. Namun, di hati ini rasa ingin nak tahu serba sedikit pasal meraka. Hebat meraka ni dek kerana ilmu. Siapa waris ilmu itu , akan jadi hebat juga la mereka.

Zaman aku menaip ini, bidang penyelidikan ilmu, diambil berat. Mana tidaknya, kalau silap...dapat gelaran syirik , sesat, bida'ah.

Nama yang disebut tu, mahir dalam ilmu berani.Ilmu guna untuk pertahan diri, keluarga , bangsa dan agama. Persoalan yang ingin perlu diungkit, mengapa ilmu ni di zaman serba canggih ini,ia diketepikan secara hina dan di labelkan haram.  Dua amalan yang aku ambil sebagai contoh.



  1. Surah An An'am Ayat 103
  2. Surah Al-Baqaroh Ayat 249
  3. Surah Mariam dan Surah Asy-Syura ayat
  4. Surah Al-Baqaroh Ayat 165

Jujurnya kedua amalan ini dikutip dari google. Zaman sekarang info mudah cari.  Nak ilmu apa , taip saja, sheikh google akan beri. Sahih atau tidak, tu kene selidik pada pakar.

Back to story amalan atas ni. Ini antara amalan silat gayong. Dan antara amalan Kiyai Salleh Batu Pahat. Kalau ditanya pada generasi sekarang, pasti mereka akan tanya, doa begini datang dari mana, apa sanadnya guna ayat ini, apa kaitannya ayat ini, kenapa tak doa dalam bahasa melayu , bahasa yang mudah untuk dijiwai ketika berdoa. Rata-rata akan cakap begitu.

Cuba perhati ayat-ayat tu, adakah ia yang menyesatkan?

Mengapa beramal dengan amalan ini, zaman ini di , dianggap sesat..dan syirik? Ada yang jawab, pembawakan salah..sebab nanti ade jin datang damping pada pengamalnya..

Baik, aku ada pandangan tersendiri dengan perkara ini.

Segala yang bersandarkan Al-quran adalah betul. Namun ia jadi salah, apabila ambil separuh, ignore separuh. Guna ayat quran untuk kebal, tapi cuma ayat itu saja yang dibacanya, surah-surah lain tidak dibaca, hukum-hakam quran pun tidak diikut. Sebab itu , pembawakan jadi salah. Bagi memurnikan amalan-amalan ini,perlu baca dan mengaji al-quran sepenuhnya, hidup ikut syariat islam yang di ajar oleh Rasulullah s.a.w, bila beramal dengan ayat quran, baca dimulut, hati doa pada Allah. Insyaallah, yang datang bukan jin atau iblis, tapi Allah bantu untuk kita selesaikan urusan.

Nak kebal, Allah bagi. Tidak perlu untuk jin jadi orang tengah. Kita doa Allah bagi terus. Kalau doa , tapi Allah tak bagi, check balik hubungan kita dengan Allah.

Jika ingin beramal dengan amalan, perlu berguru. Sebab, adab belajar adalah dengan guru. Boleh rujuk jika ada kemusykilan. Silap baca, guru boleh betulkan. Nak ambil info dari sheikh google , boleh dan tidak salah. Tapi perlu disusuli dengan merujuk pada yang tahu. Selagi tidak terlepas dari ajaran islam, ia tidak menjadi masalah untuk di gunapakai.

Terdetik cerita begini dek kerana, zaman sekarang ramai kena tembak masa baw kereta.

0 buah fikiran!!!:

Abah



Lama tak jumpa abah. 

Last, masa ramadhan. Kat melaka masa tu. Bila aku tengok muka abah, aku teringat melaka, teringat ibu. Yep, ibu dah tak ada. Aku masih punya abah. Jauh sudut hati aku nak sangat jaga abah aku. Umurnya dah tua , dan makin uzur. Angah jaga ok . InsyaAllah everything is ok.

Abah dah beli telefon baru. Lagi canggih dari telefon aku. Saja aku main telefon dia. Dia minta letak gambar ibu. Dia keluarkan beg sandangnya , ada album umrah kami. Dalam tu rupanya selain dari gambar kenangan umrah kami, dia masukkan juga gambar ibu masa muda. Rindu dia pada ibu.


Aku jumpa gambar ni. Gambar masa ibu muda. Tak ada wanita yang cantik macam ibu. Aku suka sangat tengok gambar ni. Dulu aku jarang tengok album or gambar ibu yang lama-lama. Bukan abah je yang rindu kat ibu. Semua anak-anaknya rindu kat ibu. Bagi kami adik beradik, raya tak bererti tanpa ibu. Abahj jadi tidak terurus sejak ibu. Tiada sebaik-baik peneman untuk seorang lelaki, selain istrinya sahaja. 

Bila aku lihat abah, aku risau yang aku akan jadi macam dia. Satu ketika dulu abah pada mata aku sangat hebat. Namun usia dan keuzurannya telah mamah kehebatannya.

Lumrah hidup, tiada yang kekal. Hanya Allah yang kekal. Nabi s.a.w pernah sebut , muda mu sebelum tua mu. Itu yang aku padandang abah dan life aku. Aku rasa makin takut dengan life yang akan datang. Aku tahu akan ada banyak cabaran dan dugaan yang Allah akan beri pada aku. Satu hari, aku pasti akan sakit, miskin sedih, dan susah. 

Moga aku akan terus istiqomah dalam mengadu dan bergantung pada Allah. Kalau aku leka, pasti aku akan tewas dan tergolong dalam golongan yang rugi.



0 buah fikiran!!!:

Penin de raya

Pening sampai ke malam.Office buat open house n dept. aku incharge makanan. Kene pula aku jaga stall buah. Itu takpe ,masalahnya..stall aku sebelah stall kambing golek.

Tak tahulah macamana aku boleh jadi seperti singa membaham kambing..

Raya dan kambing seperti aur dan tebing.

0 buah fikiran!!!:

Try again


Sedang lepak-lepak, aku terimbau akan minat lama aku. Agak lama juga aku tinggalkan. Dulu sangat serius dan fokus dalam bidang tu.

Gym, dulu aku dan gym memang tak boleh pisah. Ia bagaikan rumah kedua bagi aku. Kadang-kadang rumah hanya jadi tempat tidur saja. Selebihnya banyak masa di gym. Jauh di sudut hati aku, aku memasang niat untuk ada gym sendiri. Namun sampai sekarang masih tak mampu untuk itu , kerana faktor kewangan. Tak mengapa, insyaallah satu hari nanti Allah akan kabulkan hajat aku tu. 

Apa yang dalam fikiran aku, ia bukan seperti gym biasa. 

Ada beberapa ciri perlu ada dalam gym aku. Peralatan Gym pada aku, jika banyak memang sangat best, tapi aku nak gym yang ada nilai Agama dan bangsa. Perlu ada ruang solat, hiasan yang islami, aku impikan gym akau yang banyak frame ayat-ayat suci. Dan setiap zon gym aku, aku nak letakkan nak nama-nama perang islam. Supaya, orang yang datang tu rasa macam dia masuk muzium kesenian islam, sambil bersukan. Pengenalan sains solat, penggunaan quran dari sudut kesihatan, akan aku penuhi ruang dinding gym itu dengan pengetahuan itu semua. 

Bayangkan ruang kosong tu aku letak peralatan gym
Nilai bangsa yang sangat di sanjungi, aku akan sediakan sudut gelanggang silat di gym itu. Aktivit silat akan mewarnainya. Pembelajaran ilmu perang Melayu akan ku terapkan dengan permainan gendang dan alunan tradisional. Geleri busana melayu tradisional juga. 

zon pendekar


Adakah semua ini akan jadi kenyataan. Dan aku ingin sangat tagline pay as you wish itu digunapakai. Kerana, aku nak promote islam , melayu, sihat. 

Aku dah bosan dengan tagline no pain no gain...dan seada dengannya. Aku impikan seorang body bulider yang lengkap dengan ciri islami dan melayu..

0 buah fikiran!!!:

Festival Pendekar Cilik


Menarik!

Macam nak pergi bawa iyadh ke sana je. Iyadh suka sangat kalau ada silat-silat ni. Ada pertandingan Berbusana Silat. Tengkolok dah ada. Haha..

Tengok iyadh yang minat sangat silat ni, teringat aku zaman kecik-kecik dulu. Join juga silat. Abang aku yang ajar. Lepas tu, ikut juga dia pergi belajar dengan macam-macam cikgu silat kat melaka. Best zaman tu. Buat persembahan kat orang ramai. Silat kat depan pengantin. Setakat tu je la, masuk pertandingan tak pernah pun. Last sekali buat persembahan, masa baru masuk kerja dulu kat Institut Perakauanan Negara.

Last Perform silat

 Tapi ok la, ada juga la basic silat. Tahu la sikit kalau nak berpencak tu. Kan Hang Tuah kata, takkan melayu hilang di dunia..

Nanti iyadh ni aku nak influence die main silat sepuas-puasnya la, tapi mesti hapal quran juga.

Muhammad Iyadh Nuruddin

0 buah fikiran!!!:

Eid Mubarak 2016/1437H

*TAQOBBALALLAHU MINNA WA MINKUM*
_Semoga Allah menerima amalku & amal kamu semua.

Selamat menyambut idulfitri
Mohon dimaafkan segala salah dan silap kami..... Moga2 redho allah milik kita semua....

Daripada
Zulfikri , Nurhazwani, A'isyah Laila, Iyadh Nuruddin dan ,Uwais Hafizuddin

Raya tahun ni, tema Purple. Lama.dah tak pakai baju purple. Bila scrol kat facebook, sekali banyak da yang pakai purple. Masa jalan raya pun banyak yang pakai baju purple. Tahun ni kat terengganu ada ketupat sate..haha..terkenang zaman kecik dulu tolong ibu isi beras ketupat..

0 buah fikiran!!!:

Sudah mau raya 2016



Mesti ramai yang dah kat kampung dah. Aku kat opis lagi ni. Petang ni baru grak ke terengganu. Family semua dah tunggu dah tu. Tak sabar nak jumpa isteri dan anak-anak.

Kalau raya mesti teringat zaman dulu-dulukan. Sebab tu lagu raya, semua suka dengar lagu yang lama-lama. Bile dengar je lagu cama dendang perantau, aku ingat Noja surau aku yang dah tak berapa muda tu pun comfirm akan termenung dalam 3 second.

Dan sudah tentu aku rindu ibu. Betul la, raya tanpa ibu tu...bukan raya la jawabnya. Dulu beli kuih, beli lemang, nak bawa balik rumah. Teman ibu pi pasar beli daging..yang paling win sekali masa zaman aku masak ketupat guna kayu api kat belakang rumah. Win beb time tu. Lauk raya, aduh...jangan cerita la..orang melaka memang suka masak macam-macam jenis lauk raya. Perlu ke aku list down lauk-lauknya? My mom memang win dia punya rempah rendang. Sampai aku pernah jual kat ofis rempah rendang dia. Paling sedih sebulan selepas die meninggal, ramai tanya nak rempah rendang dia. Sedihnya, ilmu tu aku warisi. Padahal, dulu ingredient die, aku yang preparekan. Nampak tahap ikhlas aku tolong ibu time tu, cume secebis kulit bawang je ikhlasnya. Rindu dengan kelam kabutnya dapur untuk siapkan lauk raya..wow..rindu semua tu.

Rindu kat arwah Hjh Jariah binti Said..semoga doa-doaku untuk beliau , Allah makbul..Selamat hari raya semua, semoga ibadah di bulan ramadhan kita allah terima.




0 buah fikiran!!!:

Universiti Ramadhan



Lagi tiga hari , ramadhan akan melabuhkan tirai.

Pada aku ramadhan , sebuah Universiti.

Universiti Ramadhan- Ilmu di cipta oleh Allah dan tenaga pengajar oleh Nabi Muhammad s.a.w

Lagi 3 hari je graduatian of Ramadhan Univercity akan berlangsung. Siapa yang berjaya, mereka akan membawa pulang Certeficate of Taqwa. Siapa yang gagal, ia hanya dapat ilmu sahaja (puasa saja tapi tak dapat ganjaran).

Aku akan rindu la, saat belajar di universiti ramadhan. Kat sana aku diajar bangun pukul 3 pagi. Sebab, ada silibus Qiyammulail, sahur, tilawah , infaq. Tak pernahkan sebelum ni cari tabung masjid pukul 4 pagi. Sebab ape ? Sebab nak cari Al-qadr. Semua orang tahu akan kelebihan Al-qadr. Tapi tak ramai yang usaha cari. Aku taknak menyesal lagi . Cukup tahun lepas aku dah menyesal. Alhamdulillah, target tahun ni untuk bacaan quran tercapai walaupun masih tidak melebihi dari tahun lepas. Rindu juga suasana berbuka dan sahur di masjid. Meriah, sangat meriah.

Dan paling aku rindu, penghibur telinga aku, bacaan ahli tadarus dan juga imam terawih. Mereka menghiburkan aku, dapat la aku meredakan rinduku pada keluarga di kampung.

Tak pasti tahun depan akan jumpa lagi atau tidak ramadhan ini. Benar kata salafusoleh, ramadhan bagaikan kekasih. Dia datang memberi cintanya dan pergi meninggalkan kesan yang sangat mendalam bagi orang yang benar-benar merasai.

Ramadhan , aku tak tahu kita akan bertemu lagi atau tidak..

Malam 27 ramadhan 1437H di masjidil Haram

0 buah fikiran!!!: