Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lets try Tabata workout

Apa itu TABATA?

Sebelum ini, memang tidak pernah dengar tentang TABATA. Saja search workout clip dekat youtube. Sekali  tengok cara latihan TABATA, memang sangat mengujakan. Cuba try search kat youtube clip Jordan Yeoh. Banyak yang boleh belajar pasal TABATA workout system ni.

Jordan Yeoh

Aku pun cuba ikut clip Jordan Yeoh untuk bas workout. Serius, memang penat gila . Walaupun hanya setakat 3 minit satu set. Tapi rasa macam dah lari 10km je rasanya. Terbaik kaedah ni.

Ok, basicly kaedah ini menggunakan system 8:20:10

Whats that?

8 set Exercise : 20 second workout duration : 10 seconds rest

Nampak mudahkan. Tapi buat dulu baru tau la. Semalam aku cuba follow clip Jprdan Yeoh. Ikut saja semua kaedah abs workoutnya. 8 set exercise tu, setiap set ada cara workoutnya tersediri. Untuk abs memang terbaik. Pagi ni, aku mencuba  chest workout dengan kaedah TABATA. Memang lencun habis la. Rasanya sangat sesuai untuk reduce lemak di badan aku ni. Cuma kalau untuk prosess build up muscle pada aku, ia tidak sesuai.

Tahu tak TABATA datang dari mana? Japan. Founder kaedah ni namanya Dr. Izumi Tabata. Sebab tu system ni di panggil TABATA.

Lets do it!



0 buah fikiran!!!:

Tekpi- dari mana kau datang? -part 1


Tekpi merupakan antara senjata Melayu yang agak bitara kerana dikendalikan sepasang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan kanan dan kiri secara serentak namun dalam keadaan yang berbeza dalam sesuatu masa. Ia digunakan bagi tujuan pertahanan diri dan diikuti dengan serangan balas silih berganti sama seperti senjata Melayu yang lain sesuai dengan gagasan seni pertahanan diri dalam persilatan Melayu yang berperanan untuk pertahanan diri, keluarga dan masyarakat demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. 

Tekpi adalah sejenis senjata yang tumpul, tidak boleh digunakan untuk menghiris, memotong, memangkas dan menyucuk atau menikam. Kaedah penggunaanya hampir menyamai gabungan penggunaan pedang Melayu atau sundang, pisau dan parang lading dalam persilatan Melayu.

Tekpi adalah sejenis senjata orang Melayu yang diperbuat daripada logam keras. Ia mempunyai lima unsur buatan yang hampir menyerupai pedang Melayu atau sundang dan keris iaitu bilah, sampir, hulu dan kepala hulu. Bilahnya dipanggil tekpi di mana panjangnya antara 49cm (15 in) hingga 65cm (20 in) bergantung pada kesesuaian panjang ukuran dari genggaman tangan ke siku pemakainya. Keratan rentas bilah tekpi sama ada berbentuk segi enam atau bulat berukuran garispusat sekitar antara 1cm hingga 2cm. Panjang hulu tekpi sekitar 10cm yang diperbuat daripada logam sambungan kepada bilah tekpi. Bagi tujuan keselesaan, lazimnya hulu tekpi dibalut dengan bahan lain seperti kayu, gading, kulit haiwan, getah, kain, benang atau tali dan sebagainya.

 Hujung atau kepala hulu tekpi berbentuk buntilan yang dipanggil mata lalat dan ada juga yang memanggilnya bunga lawang. Buntilan kepala hulu juga kadangkala diperbuat daripada sekeru logam bagi tujuan sebagai pengunci kepada balutan hulu khususnya jika diperbuat daripada kayu atau gading. Sampir berkedudukan antara hulu dan bilah tekpi. Ia berbentuk cabang huruf ‘U’ seakan seperti tanduk lembu atau kerbau yang diperbuat daripada logam di mana dasar cabang tersebut berada di antara pangkal hulu dan pangkal bilah tekpi sementara kedua-dua cabang sampir berkeadaan selari dengan bilah tekpi. Ukuran cabang sampir adalah sekitar antara 8cm hingga 10cm iaitu bersesuaian dengan kelebaran tapak tangan pemakai bagi memudahkan pengendalian. 

Di hujung kedua-dua cabang sampir berbentuk lentikan seperti kiasan kepala ular atau naga sebagaimana lazimnya terdapat pada sundang atau pedang Melayu dan senjata Melayu yang lain. Gambaran ular dan naga sering diterapkan pada persenjataan Melayu seperti sundang, keris, parang, lela atau meriam, terakul dan sebagainya sebagai kiasan kepada perwatakan orang Melayu yang pemalu dan tidak suka bermusuhan tetapi amat merbahaya jika diganggu. Oleh itu reka bentuk tekpi adalah seiring dengan peranannya untuk disesuaikan dengan ergonomic dan anatomy orang Melayu serta adat dan peradaban bangsa Melayu.

Mengenai persejarahan tekpi, Wikipedia mengatakan tekpi berasal dari India dan China. Ini mungkin kerana melihatkan kepada bentuk tekpi yang hampir menyerupai trisula iaitu lambang kesucian bagi kepercayaan Hindu dan Buddha. Namun begitu, trisula adalah berbentuk seperti cokmar dan jika ia dijadikan senjata, rupanya lebih kepada seperti lembing yang mempunyai tiga bilah. 

Oleh sebab peranan trisula dan tekpi tersangat berbeza dan tiada perkaitan antara keduanya dari sudut persejarahan, maka dicadangkan bahawa reka bentuk dan peranan tekpi tidak berasal dari India mahupun China tetapi dicipta dan dikembangkan oleh orang Melayu dan usulnya dari Alam Melayu.

Pandangan dari Tuan Mastor@Kiyai Luhur.

0 buah fikiran!!!:

Bengkel Seni Tekpi Bersama Juara Akademi Silat Pendekar Muda

Sebelum ini  Aku hanya pernah belajar tekpi secara rasmi dengan abang Aku. Itu  pun sekadar asas yang sangat asas  sahaja. Selebihnya aku  belajar melalui YouTube.

Hari ini, Aku berkesempatan untuk sertai bengkel seni  tekpi yang dianjurkan oleh pemenang program Akademi silat pendekar Muda , Ahmad Syahmi Shaari.

Cikgu shaari ayah kepada Ahmad syAhmi telah banyak membuka mata Ku tentang seni tekpi yang sebenar.

Baru aku benar-benar faham, kenapa orang gelar  tekpi itu  raja senjata. Banyak rahsia didalam perwatakan tekpi itu  tersendiri. Setiap  susuk tekpi, ada bahayanya.  Patutlah Dari kecil Aku minat dengan senjata ini  . Rasa macam nak buat lanjutan belajar dengan Cikgu shaari. Insyaallah ,ada ruang dan waktu akan ku  pergi jua. Jom usha kenangan-kenangan di bengkel.

Bersama dengan tenaga Pengajar Seni Silat Kalimah Serumpun Jati


Penerangan dari Pendekar Muda Syahmi

Tekpi Latihan, minat beli terus

Latihan Jurus Tekpi
Latihan Combat

Belajar Drill Tekpi Dengan Betul

Peserta Bengkel
Beli Tekpi Yang dipesan oleh Angah


Kembali bersilat?

Haha, lama sudah Aku tinggalkan dunia itu. Tapi, sebab tekpi, Aku bersilat kembali.

Terima kasih Cikgu shaari dan pendekar Muda Amy at as ilmu Dan perkongsian tentang  tekpi yang dicurahkan . Sehari bersama tekpi. Tidak rasa jemu langsung. Seronok sampai tidak mahu lepaskan tekpi. Kepada yang berminat dengan seni tekpi, insyaallah Pendekar Muda Syahmi akan meneruskan tekpi tournya ke seluruh Malaysia. Nantikan saja kehadirannya di tempat anda.

Buat guru dan rakan peserta bengkel, semoga bertemu lagi, insyaallah.


0 buah fikiran!!!:

Ngaji dengan Geng DS Putrajaya

Ustaz tengah khusuk tasmik

Akhirnya semalam , Allah beri kesempatan untuk hadir ke kelas quran geng Darussyifa' Putrajaya. Gurunya sudah semestinya Al Fadhil Ust Hj Mohd Redza Ahmad,

Kelas ni dah masuk minggu ke 3 sebenarnya. Namun aku baru semalam dapat join. Seronok , dapat ilmu baru , antaranya  huruf muqothoah. Ha..camtu la ko ejanya dalam rumi. Sedikit sebanyak banyak refresh balik ilmu tajweed aku yang dah lama lupa. Ustaz Redza mulakan kelas dengan penerangan tentang hukum hakam tajweed. Kemudian baru la, seorang demi seorang di jemput mengalunkan bacaan quran masing-masing.

Cis ! rasa macam ada rama-rama dalam perut pula rasanya. Walaupun aku selalu tasmik bacaan quran di masjid bosi, namun bila bertukar guru ni, gementar tetap ada.

Aisyah dan Iyadh pun aku bawa sama. Dorang seronok la , dapat main kat surau. Tak nangis langsung. Semoga mereka pun dapat berkat hadir kelas Quran.

Antara geng DS Putrajaya
Semoga semua istiqomah dalam kelas quran ni. Dan semoga Allah sentiasa beri ruang pada kami untuk hadir di semua kelas.

0 buah fikiran!!!:

Diet? Kerana Allah? Pernah Ke?



Diet, untuk apa? Lemak di badan dah banyak? Rasa macam dah ada double chin? Naik tangga sudah mula mengah?

Pendek kata diet fizikal dah mula di tarik kembali keupayaan dan kesegarannya.

Lepas syawal ini, adalam musim orang berdiet. Sebab , masa raya makan terlalu banyak. Seolah-olah membalas dendam. Bila badan rasa berat, perut mula ke depan, baru perasan, " ah makan banyak aku ni. Masa ramdhan hari tu slim dah."

Yup, masa ramadhan. Perut kempis. Badan slim. Kadang-kadang kita waktu bulan ramadhan kita hampir tak sedar yang badan dah slim. Masa tu kita sibuk dengan ibadah malam dan ibadah siang. Sibuk dengan quran dan tazkirah. Tup- tup orang tegur, " nampak slim la kau ni ." Allah bagi slim tanpa kita sedar. Masa tu tak fikir pun , apa kaedah terbaik untuk turunkan berat badan. Sedar-sedar saja dah kurus.

Hari ini bagaimana?

Tercari-cari kaedah terbaik untuk kurus? makanan tambahan untuk turunkan berat badan? Cuba refresh balik ibrah ramadhan. Formula kurus ada di sana.

Sebenarnya, bila kita leka dengan kelazatan ibadah , kita akan lupa dengan kelazatan makanan. Mungkin makan hanya untuk sekadar tenaga. Takut, tidak boleh fokus untuk ibadah, jadi kita berhati-hati untuk makan dengan semberono. Cuba kita flashback balik masa kita beriya-iya nak cari lailatul Qadr. Masa buka, kita makan pun pilih yang kurang lemak. Kalau lemak, nanti masa terawih takut mengantuk. Kuantiti makanan pun tidak diambil banyak. Dengan harapan kita boleh buat solat sunat banyak. Air pun tidak minum, sebab risau nanti bila kita bertadarus Quran , suara dapat dikeluarkan dengan merdu.

Beza dengan selepas syawalkan. Lepas syawal kita berdiet untuk nampak cantik sahaja. Berusaha keras bagai nak gila. Namun hasilnya kadang-kadang zero.

Jadi berdietlah dengan kaedah ibadah. Kita dah buat masa ramadhan. Insya-Allah kita mampu untuk bawa ibrah ramadhan di bulan-bulan lain.

Makan kabohidrat untuk sekadar dapat tenaga, supaya dapat buat solat dengan tenang.

Pilih makanan yang kurang lemak dan minyak, supaya badan sentiasa cergas untuk solat.

Kurangkan gula dan ais dalam minuman, supaya suara tidak serak bila melantunkan suara ketika memabaca Al-quran.

Sedar atau pun tidak, kaedah diet inilah yang ahli bina badan gunakan untuk solidkan otot-otot dibadan mereka. Cuma targetnya mungkin lain.

Apa lagi? Mari jadi ahli bina badan dan bina rohani!

0 buah fikiran!!!:

Ingat Dah Baik Sangat Ke?



*JANGAN MERASA DIRI BAIK...*

*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.*

*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.*

*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.*

*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.*

*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.*

*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.*

*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah*.

*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap masa kita menolong orang lain.*

*JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.*
Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah  saat *HATI* kita *IKHLAS* melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.
Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
Selalu letak diri kita dalam keadaan *" aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain "* untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya.
Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan *REDHA Allah*. Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.
Hanya Allah yang akan terus beri kita *PETUNJUK* serta *JALAN KEBENARAN.*

Semoga Allah bantu kita dari sifat keji. Dunia ini hanya sekejap sahaja. Kita usaha untuk waktu yang sementara. Demi hidup kita di masa akan lama nanti. Ampuni dasa ku Allah..

0 buah fikiran!!!:

Dosa hempas besi di gym

Orang nak main gym die pun nak main gym.

Tapi bila kau tukar weight, besi tu campak-campak pula. Kalau setakat bayar RM 2 , jangan rasa gym tu ko punye.

Aku sangat elergic dengan budak2 yang main gym, lepas tu hempas2 barang dalam gym. Kalau dia owner gym tu tak apa la juga. Dah  tau tu gym komuniti, ramai yang nak guna ...berhemah la sikit.

Setiap kali aku  dengar besi di hempas , Aku macam dengar-dengar je  jeritan besi tu.

Come brother, adab main besi kena ada.

0 buah fikiran!!!:

3 Permata



Nurul A'isyah Laila

Muhammad Iyadh Nurruddin

Muhammad Uwais Hafizzuddin

3 Permata, 3 Bintang hati. 3 Cahaya mata.

(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Ke mana akan aku pandu tiga bintang hati ini. Jauh disudut hati ini. Adakah mampu untuk aku jadi seperti ibu dan abah aku yang berjaya mendidik anak? Sedar tetap sedar, mereka ini aku yang akan pandu, dengan bantuan Allah. Mereka ini amanah Allah yang di beri pada aku. Dan aku kan di tanya di akhirat kelak tentang mereka.

Kalau tanya, apa impian aku tentang mereka nanti? Aku tidak mahu menetapkan hala tuju mereka. Cuma aku berharap mereka semua jadi hafiz quran. Biar apa yang mereka mahu jadi, hafiz quran syarat mereka. Ya Allah, teguh dan tetapkanlah matlamat ku ini. Sesungguhnya aku ini hamba yang sangat lemah. Aku tidak mampu untuk apa saja. Keinginan  tetap keinginan, tetapi kudrat itu belum tentu dapat bergerak tanpa kau bantu ya Allah.

What you give you get back. 

Selalu dengan words ni kan. Aku dalam secara sedar dan tidak sedar dah makin lupa akan words ni. Apa yang aku buat pada anak, anak akan buat pada aku. Apa yang aku buat, anak akan ikut. Ya Allah, aku perlu perbaiki hubungan aku dengan Allah, supaya anak-anak aku akan sesntiasa berhubung dengan Allah. Jika aku sayang mereka, aku kena buat demi mereka. Dan antara yang aku hampir lupa akan tentang nasihat Luqman al hakim.

Beberapa nasihat Luqman dalam mendidik anak, dirakamkan dengan jelas dalam satu surah, iaitu Surah Luqman. Antaranya:

Firman Allah (Surah Luqman, 13):
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

FirmanNYA lagi (Surah Luqman, 17-18):
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ
إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri

Wahai anak-anakku..aku tidak tahu samada akan satu hari nanti kamu akan lihat tulisan papamu ini atau tidak. Namun andai Allah takdirkan untuk kamu melihat tulisan ini, maka kamu ambil ia pesanan ku untuk kamu semua.

Wahai anak-anak ku,

Jadilah kamu berguna untuk agama. Sebab kita hidup untuk Agama, dan Agama yang menentukan hidup kita. Jika alpa dengan agama, maka kita sebenarnya sedang di dalam kancah kesusahan.

Wahai, anak-anak ku,

Jadikanlah Allah itu segalannya buat kamu. Dia teman, tempat mengadu rayu, tempat melahirkan rasa kegembiraan. Kerana Allah sahaja yang memahami diri kita. Tiada yang sembunyi dari pengetahuan Allah. Jika susah, cari Allah. Jika gembira cari Allah. 

Wahai, anak-anak ku,

Maafkan papa kalau kamu sedang berada di dalam kegagalan. Kerana kecuaian papa dalam mendidik kamu, kamu semua amanah yang Allah beri pada papa. Dan apa yang terjadi pada kamu, papa akan disoal di hadapan Allah kelak. Hidup di dunia ini banyak cabaran dan ujian. Kerna itulah tujuan kita di jadikan. Panduan kita Al-quran dan sunnah. Pegang ia wahai anak-anak ku. Pasti akan berjaya.

Wahai, anak-anak ku,

Jika kamu membaca tulisan ini dan kamu masih belum menamatkan hafazan 30 juzuk al-quran, papa minta maaf.

 Kerna itu silap papa. 

0 buah fikiran!!!:

Teringin sangat..ha buat sendiri terus

Akibat keinginan yang tinggi..nafsu membuak-buak, bergejolak sana dan sini, aku teguhkan tekad untuk masak asam pedas sendiri.

Research and develop.

Aku kaji kaedah dan  perincian ingridientnya . Kat internet banyak resepinya. Pelbagai variasi. Kalau boleh aku nak buat cam ibu buat dulu.Akhirnya aku decide guna perencah asam pedas adabi.

Maka tertulis la hari ni , mrfeckry masak asam pedas ayam yang pertama dalam hidupnya.


Masak Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.

Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.

Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul sebati.Tambahkan air secukupnya.

Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. 

Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.

Nota
Kuah asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.

Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya

Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam.

0 buah fikiran!!!:

Sanah Helwah and Stay Soleha Nurul A'isyah Laila


Besday Aisyah yang ke 4.

Sudah besar dah anak papa ni. Tahun ni sambut besdey dengan kawan-kawan kat sekolah. Meriah, sebab sekolah PASTI a'isyah buat sambut besdey dengan sambut hari raya.

Semoga A'isyah jadi anak soleha ye.

Nanti, teruskan belajar quran dan bidang agama.

Seronok tengok budak-budak ni berlari. Parents dorang pun support. Sama-sama join program tu. Mana taknya excited anak sambut besdey. Mama a'isyah pun ade juga.

Lets picture tell the story!

Kek A'isyah

Pengetua Pasti bagi ucap aluan

mama and all the parents

0 buah fikiran!!!:

Syawal sudah berhujung


Syukur, tahun ni Allah beri kesempatan untuk puasa 6 hari di bulan syawal. Tahun ini aku mengambil pendekatan untuk tidak tergesa-gesa untuk menghabiskan puasa 6 ini secara sekali gus. Memangdangkan memang trend gomen, open office yang sana sini, bila hari tu ade open house maka keesokan harinya aku akan puasa.

Belasah puas-puas, kemudian cuci balik perut. Rasa macam sebulan syawal aku puasa. Alhamdulillah selesai,

Namun, aku agak perasan sesuatu.

Tahap ibadah aku dah macam menurun grafnya. Bulan puasa bukan main pulun, tapi raya rasa lemau dan malas. Huhu, bahaya ni. Setiap kali teringat perkara ni, mesti akan berazam untuk perbaik tahap ibadah. Tapi , kandas juga akirnya.

Come on, teruskan semangat, jangan macam ni. Lawan hawa nafsu, lawan hasutan iblis. Semangat berdakwah perlu terus dipertingkatkan. Jangan biarkan menurun sahaja. Kena bawa semangat ramadhan untuk bulan-bulan yang bukan puasa ni. Ya Allah, istiqomahkan lah diri ini untuk berdiri kukuh di jalan dakwah. Jangan biarkan diri ini terbiar lemas dengan dengan esakan nafsu dan iblis.

Suatu paling ketara adalah bacaan quranku.

Seperti ada yang terkurang bila aku membaca Al-quran. Masa ramadhan  aku baca quran seoalah berbual dengan seorang sahabat. Tapi hari ini, aku seperti hilang akan perasaan itu.

Kenapa ni...Aku takut akan hilang semangat. Mungkin sebab ini , orang rindukan ramadhan. Sebab masa tu, ibadah jadi manis. Bila ramadhan hilang, kengkadang ibadah boleh jatuh dengan rasa keterpaksaan.




0 buah fikiran!!!:

Good my Pendekar Muda



Setelah hampir 4 bulan, anak lelaki sulungku duduk rumah, hari ni merupakan hari pertamanya masuk Taska. 

Memang nampak macam awal, baru 2 tahun. Sebelum ini dia duduk dengan pengasuh. 
Kisah A'isyah mengamuk tak nak masuk ke sekolah, sama juga terjadi pada iyadh. Pada mula masa aku bersembang dengan guru taska, dia tampak ok. Main dengan kerusi, susun-susun meja. Bila dia nampak aku macam nak bergerak ke pintu, di mula memeluk kakiku. Haha, menangis juga akhirnya Iyadh. Rasa kasihan pada dia , memang ada. Tapi itulah lumrah. Semua kena tempuh. Iyadh pun perlu tempuh. 

Tidak ada apa yang boleh di harapkan, cuma sekadar doa pada Allah. Insyaallah, sehari dua nanti dia akan ok. 

Iyadh kan Pendekar Muda! Kena berani.

0 buah fikiran!!!: