Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Hadiah ke ni?-Talaqqi dengan sheikh arab

Selama ini, memang tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk bertalaqqi Quran dengan sheikh arab. Tapi minggu lepas ianya berlaku di kelas talaqqi quran aku Masjid Besi.

Masa datang kelas sabtu lepas, aku dah perasan yang duduk di barisan belakang rasa orang arab ni. Aku pun bersalam dengan dia. Dalam hati," mungkin pak arab ni datang melancong kot kat sini, saja nak dengar orang belajar quran."

Tidak sangka rupanya, bila ustaz salehudin perkenalkan pak arab tu sebenarnya guru di mesir. Sheikh Kamil namanya. Ustaz Salehudin pun cakap," hari ni yang lelaki semua bertalaqqi dengan sheikh Kamil. Perempuan pula dengan saya." Berderau terus darah aku ni. Teringat aku akan perbualan dengan Ust Redza salah seorang guru quran yang menceritakan pengalamannya bertalaqqi dengan Sheikh Arab.

Alhamdulillah, walaupun ada teguran tentang bacaan ku, aku berjaya bertalaqqi dengan sheikh Kamil sehingga lapan muka surat. Biasanya talaqqi cuma 5 muka sahaja, mungkin sebab serono…

MC? Dinner BPOPA

Dinner Akaun Awam BPOPA..27.September 2016 punye cerita

Every single year akan ada pengalaman menarik. Tahun ini, nama aku di canang-canang untuk jadi pengacara majlis.

Menggeletar? Tidak berapa rasanya. Sebab aku dah biasa berdiri di stage untuk sesi  bacaan doa. Namun untuk menjadi MC, ia merupakan pengalaman baru bagi aku. Yup, sebelum ini aku memang selalu jadi MC , tapi dalam slot keagamaan. Dan ia memang minat aku. Tapi kali ini majlis yang memang bukan dan tak ada kene mengena dengan keagamaan.

Ianya satu event yang akau kategorikan sebagai hiburan .

Fuh, lari chanel aku ni. Nak jadi Aznil ke? Nak jadi Zizan?

Lantaklah, aku buat macam aku saja. Memang aku pernah berkursus dengan Aznil Nawawi. Apa yang aku tau. Aku buat. Sumbang ke tidak , biaq pi la.

Alhamdulillah, ia berjaya dan fun. Aku tak gugup, malah seronok. Segala jalan lancar. feedbac yang aku terima pun ok. Audiance berpuas hati dengan sepanjang pengendallian aku masa majlis tu berlangsung.

Lets pic tell the story..







BAGAIMANA PENDIDIKAN LUQMANUL HAKIM...

Kisah Luqmanul Hakim diabadikan Allah SWT dalam al-Qur'an dalam surah Luqman dari ayat 12-19. Luqman merupakan seorang yang soleh pada zamannya. Keistimewaan luqman yang disebutkan dalam al-Qur'an adalah kerana Allah memberikan hikmah (kebijaksanaan), terutamanya perkara yang berkait dengan metode pendidikan kepada anaknya.

Adapun metode pendidikan Luqman yang diabadikan Allah SWT dalam al-Qur'an lebih menekankan kepada 4 aspek pendidikan di antaranya adalah:

1. PENDIDIKAN AQIDAH.
Luqman menyedari bahawa pendidikan aqidah merupakan pendidikan asas yang pertama yang wajib diajarkan kepada anaknya sebelum pendidikan yang lainnya. Luqman memperkenalkan Allah kepada anaknya dengan memahami ciptaan-Nya dan tidak menyekutukanNya. Allah SWT berfirman dalam Surah Luqman, ayat 13:

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat k…