Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Kelebihan Mengajar dan menuntut ilmu khasnya ilmu al- quran

1)  Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.

2)  Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih          mulia dari membaca  Al-Quran.

3)  Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para nabi           ‘alaihimussalaam.

4)  Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak      iaitu disukai ramai.

5)  Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu        di dunia.

6)  Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.

7)  Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat            keredoan dari Allah Ta’ala.

8)  Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu
cuma bezanya ianya bukan nabi.

9)  Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang t…

In Dream I Walk With You - 2

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًايَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ الله لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga (Riwayat Muslim, Sahih)
Syaikh Muhammad bin Shalih bin Ishaq hafidzahullah berkata,”Di antara sebab yang membantu kita untuk tetap bersemangat menuntut ilmu adalah mengadakan perjalanan dari negerinya ke negeri yang lain dengan maksud untuk bertemu dengan para ulama Rabbani, mengambil ilmu langsung dari mereka, duduk dengan meraka dan mengambil faidah dari mereka.
Menempuh perjalanan yang tidaklah jauh, cuma sekadar melepasi syarat untuk seseorang itu boleh menjamak qasarkan solatnya. Itulah jarak perjalanan aku bagi mencari sesuatu yang aku sendiri tidak menyangka.Telah aku katakan di dalam part 1, di mana aku ini bukan pelajar lepasan Darussyfa' Bangi.
Habis tu, belajar di mana? Ada lagi ke Darussyifa' selain di Bangi? Pasti ada yang bertanya seperti itu. Dan , ada juga …

In Dream I walk with you - 1

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din...
Satu susuk nama yang sangat berharga buat diri aku. Sehingga hari ini, aku merasakan diri aku ini tidak layak langsung untuk menjadi muridnya. Namun, perancangan Allah adalah segalanya terbaik.
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Ketika sedang hangat berita permergian susuk tubuh yang hebat ini, waktu itu aku di pantry office. Terdengar aku akan satu perbualan, "Arwah banyak ubah zul." Seakan terkedu yang teramat sangat.
Ya, tepat sekali pertemuan aku dengan dia yang ditakdirkan Allah telah membawa perubahan besar untuk diri aku. Dari seorang manusia yang pernah qasarkan solat maghrib jadi 2 rakaat hingga sekarang menjadi seorang yang tahu Solat maghrib itu tidak boleh diqasarkan cuma boleh dijamakkan sahaja.
Segala kenangan berkisar Alm…