Sabtu, 26 November 2016

Bawa iyadh bertemu pendekar muda Amy

November 26, 2016

Kebetulan Amy, juara pendekar Muda di tu alhijrah membuka gelanggang baru. Aku angkut anaka-anak ke sana. Iyadh memang sukan tengaok clip Amy Cocos main tekpi. Tercengang iyadh tengok. Selama ni dia tengok Amy Cocos main tekpi dekat TV Dan hand phone papanya. Ni depan mata. 

Bukan main seronok dia semalam.

Nasib baru umur dua tahun. Kalau tidak mesti merengek-rengek nak belajar silat  dengan pendekar Amy Cocos.

Seronok semalam, Amy Cocos memperkenalkan silibus silat  kalimah serumpun jati. Asalnya aku datang sekadar ingin memeriahkan saja, dan untuk  beli tekpi untuk  anak  buah. Terjebak juha akhirnya. Lama juga tak  berlatih silat. Sekali training dengan Anak Muda, terasa dah tua  pula.

Melihat pendekar Amy Cocos memulakan kerjayanya sebagai tenaga pengajar, rasa kagum dengan usaha Anak Muda ini. Semoga berjaya aku doakan. Nanti iyadh umur 7 tahun akan Ku hantar  untuk  dia berguru dengan lebih serious .

Lepas sesi latihan, kami ziarah ke rumah Cikgu shaari, ayah pendekar Muda Amy Cocos. Nak ambil  tekpi hadif  Anak buah  Ku. Terpandang satu tekpi jenis  betina. Memang payah nak cari. Kalau bukan tukang buat sendiri, memang tak jumpa. Iyadh pula yang main tekpi tu. Puasa aku membodek Cikgu shaari, akhirnya sudi  untuk jual pada Ku. Memang lama aku mencari. Murah je Cikgu jual. 

Iyadh pegang tekpi tu tak nak lepas-lepas.haha.

Insyaallah, nanti iyadh papa akan didik pandai tekpi Dan hafiz Qur'an. Semoga jadi seperti Pahlawan seperti di zaman nabi.