Bengkel Tekpi Hybrid 2017


Bertarikh 16 Disember 2017 , aku menyertai Bengkel Tekpi lagi bersama Pendekar Muda Amy Cocos.

Penyertaan kali ini adalah kerana minat aku yang amat sangat pada seni permainan tekpi. Tambahan pula ingin menambahkan lagi pengetahuan tentang tekpi di samping berkumpul dengan ahli yang mempunyai minat yang sama dengan aku. Bukan mudah untuk bersama orang yang semuanya minat main tekpi.

Betul ramai yang minat bersilat. Tapi tidak ramai yang minat kepada seni permainan senjata tekpi.



Kali ini lokasinya di Bandar Bukit Mahkota. Empunya gelanggang kali ini merupakan guru silat. Pernah beraksi bersama Amy di pentas Akademi Silat Pendekar Muda di dalam episod silat pulut. Guru itu adalah Pak Man Kampa. Pak Man ni sangat humble dan low profile. Murah dengan senyuman. Tagline dia adalah 'ada rezeki kita kongsi, ada ilmu kita beri'. Beliau sangat mahir di dalam silat pulut. Manakala aliran yang dibawa adalah silat minangkabau.

Masa bengkel , aku bawa sekali iyadh. Pak Man suka dengan telatah iyadh yang asyik bersilat dan pandai main tekpi.

Sempat Pak Man kata, " nanti dah besar sikit, bawa datang kat Pak Man, belajar silat."


Menariknya bengkel kali ini, aku diperkenalkan permainan tekpi hybrid. Dalam pada masa yang sama aku juga sempat menimba ilmu permainan kayu selengan. Segala asas tekpi dapat dipertajamkan juga bila cikgu shaari ayah kepada pendekar muda  amy membuat ulangkaji bersama aku.



Penyertaan kali ini melibatkan hampir 20 orang yang terdiri dari serata Malaysia. Terkejut bila ada peserta yang mengenalkan diri mereka dari Pahang dan Kedah. Walaupun mereka hadir dengan berlatangbelakang pelbagai aliran silat, namun kami semua hadir dengan satu tujuan, iaitu minat dengan seni tekpi.


Apa yang menarik tekpi ini?

Dulu aku suka tengok ninja turtle. Paling minat rafile. Sebab dia suka pusing-pusing tekpinya. Betul , tekpi nampak menarik jika pemainnya pada memusingkannya dengan penuh bergaya. Tapi harus diingat, bukan mudah memusingkan tekpi.Silap haribulan , jatuh tertimpa atas kaki. Kalau kena, pasti bengkak seminggu. Berat tekpi ni ada yang mencecah 2kg bagi sebelah. Sempat juga malam tu aku beli pada Cikgu Shaari tekpi yang 2kg. Memang lenguh bila menggunakannya. Masa baru dapat , nak lambung tekpi pun payah. Sebab kata orang, dia belum serasi lagi. Sekarang ini, aku ada tujuh batang tekpi. Minat punya pasal.

Alhamdulillah, sekarang bagi aku untuk main tekpi 2kg sudah tidak menjadi masalah. Apa tidaknya, hampir setiap hari berlatih. Insyallah, dalam hati ini sebenarnya teringin sangat mahu menulis buku tentang silat. Rasanya aku mahu mengetengahkan tentang silat dan amalan kuno kebatinan.

Bangsa Melayu tidak asing dengan silat. Manakala silat pula tidak asing dengan ilmu kebatinan.

Akan tetapi, agama sering dikaitkan dengan panghalang kaharmonian ilmu kebatinan. Namun, hakikatnya satu ketika dahulu kebatinan ini adalah ilmu agama yang membentu individu itu berakhlak. Tapi sekarang mengapa dan bagaimana boleh jadi tersimpang dan khurafat.

Insyallah, ada rezeki dan diizinkan Allah , ia akan terhasil jua.

Ok. Akhir sekali aku letak sekali clip aku main tekpi sebagai kenang kenangan.




Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

1 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Komik Hong Kong

Flasher bodoh!

Telur separuh masak