Sesetengah ibu ayah, mereka menghadapi kegusaran bila anak menangis tengah malam . Apatah lagi kalau meraung-raung. "Stres!" Itulah ungkapan yang sering mereka luahkan apabila ibu dan ayah baru sahaja mahu menemui kenyenayak tidur, anak menangis sambil meraung.
Kebiasaannya anak-anak ini mahu buang air ataupun mahu minum susu. Namun ada yang luar biasanya.
Apa yang luar biasanya?
Bila anak menangis seolah-olah nampak imbasan yang tidak patut dinampanya. Dalam bahasa mudah untuk kita semua , mereka nampak hantu. Selalunya dalam situasi itu, anak-anak akan menangis ketakutan. Ada yang sampai menggigil. Jadi apakah cara yang paling baik dan pantas bagi menangani masalah ini. Ada juga kes, ibu dan ayah juga menjadi takut bila berhadapan dengan masalah ini.
Hah, jadi macam mana nak buat?
Aku dengan cara solusi yang pernah di ajar oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.
Pertama, mesti hafaz surah An-nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas. Rasanya semua ramai yang hafaz dan baik dari segi bacaan. Namun bila berhadapan dengan situasi begini, persoalannya adakah bacaan kita pada ketika itu akan sebaik seperti biasa? Di sini penentunya, samada berkesan atau tidak bacaan kita.
Rata-rata yang berkongsi masalah ini, mengatakan mereka sudah letih membacanya. Tapi bak kata raong putih, " but to no avail."
Jadi, bagaimana cara terbaik untuk menghadapi masalah ini?
1- Baca 3 surah tersebut dengan keadaan tenang.
2- Baca dengan penuh yakin dan harap Allah bantu.
3- Baca dengan tone yang sedap, contohnya merdu dan sedap di dengan. Sebab bayi lebih cepat tertarik dengan keindahan. Kalau baca dengan nada yang menakutkan, memang iblis lari. Tapi bayi pun akan takut dengan tone bacaan kita.
Selalulah baca Al-Quran dengan baik depan anak-anak. Supaya nanti Anak akan kenal bacaan kita. Alangkah ruginya kalau kita baca Al-Quran dalam keadaan silap.
Tags:
syifa