Bloggers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 17 Mac 2012

Miskin ke kita kalau evry month kita sumbang rm 10 pada mereka?


Jom support depa!

Nama AkaunMAAHAD TAHFIZ AN-NUR
No Akaun562478123076
Emailsupport@tahfizannur.com
Tel013-3990239


Meh kita kenali MAAHAD TAHFIZ AN-NUR


1.0 MUQADDIMAH
Usaha-usaha untuk melaksanakan sistem Pendidikan Islam yang syumul berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah memerlukan kesepaduan dan kerjasama semua lapisan masyarakat samada pemimpin agama, pemimpin negara, ahli ekonomi serta para cendekiawan ke arah menyokong cita-cita dan semangat perjuangan Islam.
Pada Januari 2007, AJK Pentadbiran dan Pengurusan Maahad Tahfiz An-Nur (MaTan) telah menyusun peranan dan fungsi bagi merangka sistem pengajian yang cekap ke arah melahirkan sebuah Pusat Pengajian Islam yang terbaik dari aspek pengajian dengan mengambil kira pandangan daripada penasihat-penasihat yang dilantik. Di samping itu, MaTan juga telah merangka sisten pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz Al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya melalui teknik pengajian "Talaqqi dan Musyafahah" serta "Tarannum" yang kurang dititik beratkan dalam kebanyakan sistem pendidikan moden.
Bermula dengan keperihatinan inilah terbinanya MaTan dengan harapan akan lahir generasi Al-Quran di celah-celah kemerosotan akhlak dan nilai di kalangan remaja masa kini sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh Rasulullah SAW pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan pelbagai pihak.

2.0 MATLAMAT MAAHAD TAHFIZ AN-NUR
  • Melahirkan generai Ulama' dan Hafiz Al-Quran yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al-Quran.
  • Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh bermandiri dalam menghadapi arus modenisasi.
  • Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
  • Menjadi pusat penghayatan Al-Quran yang bersepadu.
  • Ke arah membentuk generasi Al-Quran yang syumul.

3.0 OBJEKTIF
  • Membasmi buta Al-Quran di kalangan kanak-kanak sebelum baligh.
  • Melahirkan pelajar yang dapat menamatkan hafazan dalam masa 3 tahun.
  • Melahirkan para Hafiz yang serba boleh.
  • Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah Rasulullah SAW yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)

4.0 SEJARAH RINGKAS
Pada Januari tahun 2008 AJK Pentadbiran dan Pengurusan Maahad Tahfiz An-Nur (MaTan) telah memutuskan untuk menubuhkan pusat pengajian berkenaan serta menyusun peranan tugas dan fungsi bagi merangka sistem pengajian cekap ke arah melahirkan sebuah sekolah tahfiz yang terbaik dari aspek pengajian dengan mengambil kira pandangan daripada penasihat-penasihat yang dilantik. Di samping itu, MaTan juga merangka sistem pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz AL-Quran dan ilmu-ilm yang berkaitan dengannya, di mana ianya amat kurang dititik beratkan dalam kebanyakan sistem pendidikan moden.

5.0 MAKLUMAT MAAHAD
Nama MaahadMaahad Tahfiz An-Nur
AlamatNo 21, Jalan 11,
Desa Subang Permai,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Emailsupport@tahfizannur.com
No Telefon013-3990239
Tarikh Bermula Operasi1 Januari 2008

6.0 KURIKULUM
Kurikulum Maahad Tahfiz An-Nur adalah mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada sebelah pagi para pelajar dipertuntukkan masa untuk pelajaran Hafazan dan Agama, manakala pada sebelah petang pula para pelajar akan mempelajari subjek akademik mengikut sukatan matapelajaran yang ditetapkan oleh KPM. Ini bermakna di samping para pelajar menghafaz Al-Quran, mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti pendidikan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM selaras dengan kehendak KPM.
Berkut adalah jadual waktu pengajian:

JADUAL WAKTU HAFAZAN
JAM
6.30-
7.30am
7.30-
8.30am
8.00-
10.00am
10.00-
10.30am
10.30-
12.30am
12.30-
2.00pm
8.00-
11.00pm
HARI
ISININ
H
I
N
G
G
A
JUMAAT
HAFAZAN
AL-QURAN
(BARU)
REHAT/
SARAPAN
PENGULANGAN
HAFAZAN
(LAMA)
MINUM
PAGI
QIRAAT
&
TAJWID
REHAT
HAFAZAN
BARU &
LAMA

JADUAL WAKTU AKADEMIK
WAKTU
2.00-
3.45pm
3.45-
4.15pm
4.15-
4.45pm
4.45-
5.15pm
5.15-
6.00pm
6.00-
6.45pm
HARI
ISNINB.MELAYUSAINSRB.INGGERISPENDIDIKAN ISLAMRIADHAH
SELASAMATEMATIKB.ARABEB.MELAYUSAINS 
RABUB.INGGERISPENDIDIKAN ISLAMHMATEMATIKB.ARABRIADHAH
KHAMISB.MELAYUSAINSAB.INGGERISPENDIDIKAN ISLAM 
JUMAATMATEMATIKB,ARABTB.MELAYUSAINSRIADHAH

Sihat juga motor gua ni

motor wa berpotensi di modified begini

Yes motor dah siap untuk di bawa travel ke Melaka esok. Hampir seminggu tersadai, akhirnya hari ni dia bergerak segar bagaikan ikan jerung membelah laut.

Rasa puas, hepy. Kalu tidak camno la gua nak pi kelas sok.. Mulanya wa bercadang nak beli tiket je tadi nak balik melaka. Tapi wa nekad, doa pada Allah, pastu terus tolak ke kedai motor. Berat beb motor gua. Bukan motor kecik, macam tolak kereta je.

Tak sampai suku jalan, terserempak member gua. Alhamdulillah, dia towing gua sampai ke kedai.

Siap motor gua di repair dengan harga yang sangat murah. Alhamdulillah.

So esok pepagi gua akan travel ke Melaka . Gua akan gerak seawal pagi. Lebih kurang pukul 5 a.m la. Actually memang setiap dua minggu sekali gua akan ke melaka untuk attend kelas gua kat sana. Cuma minggu ni agak cuak sikit sebab motor gua buat hal sikit.

Haruslah bersemangat ke kelas esok..!

Khamis, 15 Mac 2012

#Thursdey@spontenous#

Lame tak tulis pasal spontan. Bile tengok sebut spontan teringat siri komidi spontan yang afdlin buat dulu kat astro warna. Sekarang ade lagi ke?

Ok, satu hari tu wa solat maghrib kat masjid. Setel solat, tetiba ada jenazah  di usung. Terharu gua tengok imam yang kendalikan solat jenazah tu dengan tertib. Dia minta adakan 3 saf, lepas tu dia brief sikit pasal jenazah tu jenazah lelaki.

Lepas setel solat jenazah, Imam pun doa. Gua aminkan je. Lepas doa dia cakap pada jemaah," apa tuan-tuan pandang pada jenazah?"

Makmum kat belakang jawab ," Baik"

Wa tersentuh ketika ayat tu. Sebab, bayangkan kita jadi imam solat jenazah ayah kita sendiri. Pasti akan terkeluar ayat ini," apa tuan-tuan pandang pada ayah saya.........?

Agak-agak kalau lu jadi imam solat jenazah parents lu, berapa laama lu nak doa depan jenazah?

Itu yang gua terbayang secara spontan masa tu...

Selasa, 13 Mac 2012

Guna jari pun boleh...


Wa baru jumpe benda ni kat FB.

Bagus juga orang yang post pasal ni. Gua sebelum ni tak pernah dengar atau belajar kaedah ni. Sebelum biasa kita tengok orang guna tasbih yang macam rantai tu. Lepas tu yang advance dorang guna tasbih digital. Tapi kaedah ni wa rasa cam lagi feel plak.

Mengikut hadith ni, inilah kaedah yang Nabi muhammad s.a.w guna untuk berzikir. Cuba la try, memang feel. Guna jari pun boleh.

Isnin, 12 Mac 2012

Kenapa tetiba terjebak dengan badminton?


Sekarang ni tiap-tiap minggu, wa akan ade satu hari main badminton. Ni bebudak opis gua la yang ajak. Dorang memang setiap minggu booking court untuk main badminton.

Actually dewan yang dorang booking tu betul-betul depan umah gua. Cam tak patut pula wa tak join.

Best juga main badminton ni. Bila wa smash je terasa yang wa ni macam Lin Dan ek. Kenapa ek. Dulu masa kecik-kecik memang wa aktif main badminton depan rumah. Sekadar depan rumah je la. Tu pun ber net kan selipar jepun atau kalau lagi advance letak basikal.

Kalau kereta lalu mesti selalu kena alih basikal tu...huhu...

Gusti Lengan VS mreckry

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails