Menulis Bukan Kerna Nama

Rabu, 19 September 2007

Kenapa semakin kurang


Masjid rumah Allah.Gambar di atas menunjukkan ramai orang yang mengimarahkan masjid. Tetapi mungkin ianya tidak berlaku di tempat kita. Aku baru balik dari masjid. Selesaikan solat sunat terawih. Malam ni dah malam ke 8. Nampaknya jemaah makin berkurangan.
Aku teringat jenaka Ustaz Akhil Hayy;
Malam ramadhan pertama,
Jemaah berpusu-pusu ke masjid. Keadaan di Masjid sesak,sehingga ada jemaah yang terpaksa solat di atas longkang-longkang kecil.
Malam kedua,
Masjid menjadi semakin sesak, Tok Siak terpaksa meminta jemaah untuk sedekahkan sejadah bagi menampung jemaah yang kian bertambah.
Malam ketiga,
Keaadaan masjid menjadi sedikit lenggang. Susutan jemaah ke masjid sudah bermula.
Malam ke-4
Jemaah yang menunaikan sunat terawih hanya tinggal empat baris.
Dan malam seterusnya mungkin tinggal imam, bilal,dan Tok siak....
Bila dengar,kita ketawa. Tapi bila dah habis ketawa baru kita perasan, kita gelakkan diri sendiri.
Share:

2 comments:

HLiza berkata...

Lama dah along tak terawih..kat rumah buat sendiri pun dah lama tak buat..kerja2 rumah membataskan masa.

panjang langkah berkata...

ok..nanti kita semayang sama ok..