Langkau ke kandungan utama

Oh mat Ganja


Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan dia, dia story kat gua.

"Zul, kau tau ada member aku kantoi ganja. Kena tuduh pengedar." kata fabb dalam memulakan ceritanya.

"Camner plak dia boleh kena tuduh camtu, bahaya bro. Kena gantung nanti."tambah gua dengan penuh semangat.

"Mamat ni la, dia datang rumah member dia, bebudak rumah tu tengah layan. Memang banyak giler ganja kat rumah tu. Ada yang tengah packing, ada tengah layan. Tetiba, polis datang rush. Semua kantoi positif ganja. Member aku sorang je yang negatif," story fabb.

Fabb tambah lagi," Sebab dia tak hisap, jadi result air kencing member aku tu negatif. Polis pun tuduh dia pengedar. Tadi aku jumpa adik dia, adiknya kata dia sekarang ni tengah fight kat court untuk tukar hukuman gantung jadi penjara je."

"Peh hancur siut hidup member ko tu," itu je yang mampu keluar dari mulut gua.

See, lu orang tengok. Bahaya tak. Kalau lu orang kat tempat mamat tu, apa lu orang nak buat bagi membuktikan yang lu orang bukan pengedar.

Mamat tu cuma nak jumpa kawan je . Alih-alih kena tangkap dan di tuduh pengedar dadah.

Jangan ingat ganja ni boy je yang layan tau. Dorang tu memang ramai la. Tapi gurl pun sama saja sebenarnya. Gua juga pernah lepak dengan gurl ramai-ramai sambil dorang melayan ganja ni.

Tapi gua tak terjebak. Pasal iman gua ingat kt lagi kat mak bapa gua kot masa tu.Hahaha..(bongkaknya).

Okla story ni, gua biar dulu, sebab gua mau makan . Maggi gua sudah kembang.

Ulasan

LORD ZARA 札拉 berkata…
huwaa~

cam anak murid aku nyanyi dalam kelas~

T____T

dah le ajar tajuk dadah~

=[
Mr feckry berkata…
die nyanyi lagu ape

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…