Berlawan di Alam Ghaib - Sihir Bomoh Siam : Part 2


Berat kaki melangkah malam itu. Amalan bacaan Surah Al-Fatihah 7 berkumat kamit dibibir. Seakan dapat rasakan pesakit yang bakal dihadapi ini bukan mudah.

Tn. Hj. Hassan memperlawa untuk berkereta dengannya ke rumah. Tidaklah jauh antara surau al-Mizan itu dengan rumahnya. Lebih kurang dalam 5 minit sahaja sudah sampai. 

Tiba di hadapan rumah Hj. Hassan, ada sebuah van Heachace yang boleh diduduki oleh 9 penumpang dalamnya. Di dalamnya pula ada dua atau tiga orang pemuda yang wajahnya agak ketakutan. Bisik hati saya pada malam itu, " pasti kawan-kawan anak Hj. Hassan ni. Kemana mereka ini dengan van panjang ini?"

"Assalamualaikum! dari mana ramai-ramai ni dengan van panjang ni?" tanya saya pada pemuda-pemuda tu.

"Kami tadi ke hutan Ulu Bendul, saja mandi air terjun, berkhemah. Sekali dengan Ajib kami ke sana." Balas salah seorang pemuda. 

Ingin tahu lagi berkenaan dengan Ajib anak Hj. Hassan dari kawan-kawannya. "Dah tu kenapa semua duduk dalam van? Tak masuk rumah?"

"Ajib Ustaz? Dia mengamuk kat dalam tu. Dah macam bomoh siam dah kami tengok. Menjerit sana-sini," ujar kawan si Ajib anak Hj. Hassan.

Hj. Hassan mempelawa saya ke dalam rumah untuk melihat anaknya yang sedang kerasukan. Melangkah sahaj ke dalam rumah, terasa semacam tidak kena diri ini. Bulu roma seakan menegak dan hati mula bergetar. Seakan sedar, ada iblis yang sedang mengamuk di dalam rumah itu.

"Subahannallah!" tersentak melihat keadaan anak Hj. Hassan.

Dengan keadaan kakinya bertongkat satu seperti orang bersilat membuka bunga langkah gerak burung helang, manakala tangannya menerkap ke dada seolah-olah seorang sami yang sedang bertafakur, dan matanya pula tertutup rapat pejamnya. Di pinggangnya berlilit seolah kain tuala berwarna kuning, dan di dahinya pula diikat juga dengan selembar kain yang kekuningan.

"Macam bomoh siam!" bisik hati saya.

"Assalamualaikum! Ajib, kenapa macam ni?" saya cuba mulakan perbualan dengan Ajib.

"Keluar!!!!!!!Arrrgghhh!!!Keluar kau jahanam!!!!!" jerakahnya kepada saya dengan membuka mata seperti biji saga merah warnanya.

Diriwayatkan dalam banyak kitab hadis muktabar antaranya dalam Sahih al-Bukhari. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ البَارِحَةَ - أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا - لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلاَةَ، فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي المَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ، فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ: رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لاَ يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي "، قَالَ رَوْحٌ: «فَرَدَّهُ خَاسِئًا»

Maksudnya: Sesungguhnya Ifrit daripada bangsa jin telah menggangguku semalam untuk memutuskan solatku. Maka Allah berikan aku kelebihan untuk mengatasinya. Kemudian, aku hendak mengikatnya di salah satu tiang masjid sehingga waktu subuh dan kalian semua dapat melihatnya. Lalu aku teringat perkataan Nabi Sulaiman AS, “Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku”. Rauh berkata: Kemudian Baginda SAW mengusirnya dalam keadaan hina.[1]

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam kitab yang sama Imam al-Bukhari mendatangkan matan yang sedikit berbeza, iaitu:

فَذَعَتُّهُ وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ أُوثِقَهُ إِلَى سَارِيَةٍ حَتَّى تُصْبِحُوا

Maksudnya: Maka aku mencekiknya dan mengikatnya di tiang sehingga waktu subuh.[2]

Kemudian, Imam al-Bukhari menyebutkan bahawa al-Nadr bin Syumail menyebutkan “فَذَعَتُّهُ” bermaksud mencekik.[3] Manakala Imam Muslim menyebutkan bahawa dalam riwayat yang dikemukakan oleh Imam Ibn Abi Syaibah dengan menggunakan lafaz “فَدَعَتُّهُ” berbeza dengan riwayat daripada jalur al-Nadr bin Syumail.

Imam al-Nawawi menjelaskan maksud kalimah “فَدَعَتُّهُ” ialah menolak dengan kuat.[4] Kedua-dua lafaz ini menurut Imam al-Nawawi adalah sahih.[5]

Syeikh Musa Syahin Lasyin menyebutkan bahawa hadis ini menunjukkan wujudnya gangguan daripada syaitan ketika solat dilaksanakan.[

Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong