Alhamdulillah. Perjuangan dari 2014 hingga ke 2018. Berjaya juga proses beli rumah. Lama kot. Baru la dapat buat sikit ubahsuai rumah ni.
Family kami sudah ada rumah. Cuma fasa penempatan barang-barang dan hiasan dalaman masih belum lagi dapat dilakukan serte merta dek kerana kekangan masa. Ada masa dan ofcoz ongkosnya, akan di upgrade dari masa semasa. Setakat ni aku dan nono masih tidak bercadang untuk menetap terus di sini. Cuma untuk rumah holiday kami. Sebab kerja masih di Putrajaya.
Bila tengok rumah ni, terkenang-kenang masa menyirap dengam SPNB. Haha. Itu semua pengalaman hidup. Betul kata mak nono, " bukan senang nak senang".
Setakat ni rumah ni jadi pit stop aku untuk urusan aku di Port Dickson.
Luaran
Dalamnya
Ok. Port Dickson.
Apa aku buat di sana? Haha. Actually di sana ada misi besar untuk aku. Misi jalan amanah dan mengejar cita-cita. Harapnya perjalananku Allah lindung. Fisabilillah itu buka mudah. Pengorbanan itu karibmu.