Menulis Bukan Kerna Nama

Isnin, 22 Februari 2010

Tersingkir awal

Beckham tiru gaya aku

Hidup hujung minggu penuh dengan bola.

Sabtu lepas dengan suke-sukenya dan rasa agak bengong kau dan member aku masuk futsal karnival putrajaya.

Serius gila,team mate ada pula yang tak cukup.

Call Zack, dia cakap," aku on da way ni dari LCCT. Korang main dulu, nanti aku sampai."

Aku tanya shah," adik ko mana?

" Adik aku malam tadi nak main, tapi pagi tadi aku kejut dia kata dia dia nak tido," jawapan yang betu-betul menaikkan semangat kami sepasukan.

Kitorang turun cukup-cukup. Secara mengejut kitorang telah melantik amed menguruskan Zizou. Lantas amed pun dengan bersungguh-sunguh pergi cek jadual game kami. Memang mamat ni beri komitmen yang begitu jitu.

"Pasukan Zizo dan KBB FC sila ke gelanggang A . Perlawanan anda akan bermula sebentar lagi."

Abe tanya aku," kenapa dia sebut zizo?"

Aku pun menjawab,"Pelat kot orang yang announced tu. Cam petanda tak elok je ni. Dah player tak cukup ni. Sub kita amed je pula tu."

Masa nak masuk gelanggang, Azim selaku ayam tambatan team aku tanya," tadi masa nak pergi mak aku tanya nak keluar pergi mana?"

"Dah tu kau bagi tau ke kita masuk tournement futsal?" tanyaku balik.

"A'ah, ni kalau kalah kite terus balik ke," Azim tanya lagi pada aku.

Aku pun menjawab, " dah namanya kalah mati. Kalah balik le ."

"Adus, kalau balik awal ni mau segan ngan mak aku," keluhan azim yang boleh dikira membakar semangat kami untuk berjuang mati-matian.

Perlawanan kami dengan KBB FC bagaikan buku bertemu ruas. Babak separuh masa pertama, kami di asak bertalu-talu. Sambil aku menjaga gol aku terdengar cakap-cakap dari luar," nasib team Zizou ni ada keeper baik. Kalau tak dah lama kena dah Zizou ni."

Aku menjeling ke arah penyokong yang berkata sedemikian sambil meleparkan senyuman mesra.

Abe dan azim cuba melacarkan serangan yang hebat. Abe membawa bola dan berjaya melepasi seorang pemain KBB FC dengan skill silang Christiano Ronaldo. Sambil mengerling ke arah penjaga gol lawan, Abe membuat hantaran silang yang agak melencong ke arah Azim.

Sedar dengan hantaran abe, Azim dilihat tidak mahu melepaskan peluang keemasan. Lalu Azim melompat dengan jarak yang agak tinggi dan membuat satu tendangan basikal yang amat menakjubkan.

Hebat sekali bola yang terhasil dari tendangan basikal azim. Putarannya membuatkan penjaga gol tergamam.

Pang! aduh terkena bucu palang pula. Sayang sekali bola tu tak masuk dan mengigit jaring gol. Jika tidak sudah pasti gol itu akan diiktiraf sebagai gol terbaik di Asia.

Sejam setengah selepas kejadian itu.

Azim call aku," tadi mak aku tanya, kau pergi ke main bola? Awal sangat balik. Biasa sampai dua jam kau pergi baru balik. Aku jawab kat mak aku, Pengadil tertingal wisel. Game tadi cancel."

Aku hanya tergelak sambil membaca surat khabar metro .

Rasanya korang fahamkan result game tadi. Tak payah cakap korang boleh tahu.

Alamak, maggi aku sudah kembang.

-: Kenapa Man U kalah dengan evertone?:-
Share:

8 comments:

enyheartsdiamond berkata...

my name is khan sangat3 best!

Mr feckry berkata...

dah lame tak layan citer hindustan

cikTi berkata...

xminat sukan2,.

meggi kalo kembang x sedap nk makan

Mr feckry berkata...

megi kembang tak sedap? a'ah

embun d tengah malam berkata...

tak ajak aku...memang la kalah..hahaha

~W..S..R..~ berkata...

tak cakap resultnya pun.. alah.. cakap aje lah berapa...

Mr feckry berkata...

Embun:last minit punye gol.. tak bajet la..

Mr feckry berkata...

Wsr: teka la berapa.