Ust. Abdul Syed Kadir Aljofre tadi ade story pasal satu kisah menarik, kisah seorang yang sangat tekun menimba ilmu Allah. Gua balik rumah seacrh kat tenet pasal citer tu.
Kisah Imam Baki.
Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi menyamar sebagai pengemis untuk mendengar ilmu dari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah.
Ini adalah kisah lain, termasuk kisah yang unik lagi menarik, yang terjadi pada diri seorang alim daerah Maghribi, dari kalangan ulama yang melakukan perjalanan dari Maghribi Aqsha ke arah timur.
Seorang alim daerah Maghribi ini merantau ke timur untuk menemui salah seorang Imam dan mengambil ilmu darinya. Namun, semasa ia sampai kepadanya, ia mendapatinya sedang di isolasi dan di halang , tidak boleh menemui manusia.
Maka, dia mencari taktik dan cara unik, sehingga dia boleh bertemu dengannya dan mengambil ilmu darinya. Cara yang mungkin tak pernah dibayangkan, kalau seandainya itu tidak terjadi. Dan, sejarah adalah bapanya keajaiban dan keunikan.
Terkandung di dalam Al-Manhajul Ahmad fi Tarajim Ashhabil Imam Ahmad, karya Al-Ulaimi, I: 177; dan dalam Ikhtisarun Nablusi li Thabaqatil Hanabilah, karya Ibnu Ya’la, hal.79, tentang biografi Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi.
Terkandung di dalam Al-Manhajul Ahmad fi Tarajim Ashhabil Imam Ahmad, karya Al-Ulaimi, I: 177; dan dalam Ikhtisarun Nablusi li Thabaqatil Hanabilah, karya Ibnu Ya’la, hal.79, tentang biografi Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi.
Dia adalah Abu Abdurrahman Baqi bin Makhlad Al-Andalusi Al-Hafidz, lahir tahun 201 H. Dia melakukan perjalanan ke Baghdad dengan kedua kakinya. Keinginan besarnya adalah bertemu dengan imam Ahmad bin Hanbal dan mengambil ilmu darinya.
Dikisahkan darinya, bahawa ia berkata, ‘Ketika aku hampir tiba di Baghdad, aku mendengar berita ujian yang menimpa Ahmad bin Hanbal. Dan, ia pun dilarang berkumpul dan mendengarkan ilmu dari beliau.
Aku sangat sedih kerananya, lalu aku pun memilih tempat untuk singgah. Setelah aku letakkan barang aku bawa di bilik yang aku sewa di sebuah penginapan, maka aku tidak melakukan apapun selain pergi ke masjid jami’ yang besar. Aku ingin duduk bersama halaqah-halaqah yang ada, dan mendengarkan apa yang mereka bicarakan.
Aku masuk ke sebuah halaqah yang mulia, ternyata ada seorang lelaki yang menghuraikan keadaan para perawi, dia men-dha’if-kannya dan menguatkan mereka.
Aku bertanya kepada orang yang berada hampir denganku, ‘Siapa dia?’ Dia menjawab, ‘Yahya bin Ma’in.’ Maka, aku melihat celah yang terbuka berhampirannya.
Aku bergegas dekat kepadanya, lalu berkata, ‘Wahai Abu Zakariya, semoga Allah merahmatimu. Aku adalah seorang lelaki perantau, yang negerinya jauh. Aku ingin bertanya, mohon jangan menghampakanku.’
Dia berkata kepadaku, ‘Katakanlah.’ Maka, aku bertanya kepadanya tentang sebaagian ahli hadits yang aku temui. Dia mengesahkan baik sebahagian dari mereka, dan mengesahkann cacat sebahagian yang lainnya.
Di akhir pertanyaan, aku bertanya kepadanya tentang Hisyam bin Ammar, aku sendiri banyak mengambil ilmu darinya. Yahya berkata, ‘Abul Walid Hisyam bin Ammar, ahli solat dari Damaskus, tsiqah bahakan di atas tsiqah. Dan, kalau pun di balik pakaiannya terdapat kesombongan atau dia membawa kesombongan, maka itu tidak berpengaruh apa pun terhadapnya, kerana kebaikan dan kemuliannya.’
Maka, orang-orang yang berada di halaqah berteriak, ‘Cukup bagimu, semoga Allah merahmatimu, yang lainnya juga ada pertanyaan.’
Akupun berkata sambil berdiri, ‘ Aku bertanya kepadamu tentang seorang lelaki, Ahmad bin Hanbal?’ Maka, Yahya bin Ma’in memandangku hairan, dia berkata kepadaku, ‘Orang seperti kita menceritakan Ahmad bin Hanbal? Dia adalah Imam kaum muslimin, orang terbaik dan termulia dari mereka.’
Aku pun keluar mencari rumah Ahmad bin Hanbal. Kemudian,ada orang menunjukkan padaku. Aku mengetuk pintu rumahnya. Dia pun keluar dan membuka pintu. Dia melihat lelaki yang belum dikenalinya.
Aku berkata, ‘Wahai Abu Abdillah, inilah seorang lelaki perantau, yang negerinya jauh. Ini adalah pertama kali kedatanganku di negeri ini. Aku pencari hadits dan pengumpul sunnah. Aku tidak melakukan perjalanan, kecuali hanya kepadamu.’
Dia berkata kepadaku, ‘Masuklah lorong itu, dan jangan sampai dilihat oleh seorang pun.’
Dia bertanya kepadaku, ‘Di mana negerimu?’ Aku menjawab, ‘Daerah Maghribi yang jauh.’ Dia bertanya kepadaku, ‘Afrika?’ Aku menjawab, ‘Lebih jauh lagi. Aku menyeberangi lautan untuk tiba di Afrika. Negeriku Andalusia.’ Dia berkata, ‘Negerimu benar-benar jauh.
Tidak ada sesuatu yang lebih aku sukai daripada membantu orang sepertimu dengan baik, untuk mewujudkan keinginannya. Walaubagaimanapun, semasa ini aku sedang menghadapi ujian dengan sesuatu yang mungkin kamu telah mendengarkannya.’
Aku berkata, ‘Benar, aku telah mendengarkannya, semasa aku berjalan ingin menemuimu dan hampir tiba di sini.’
Aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Abu Abdillah, ini adalah kedatanganku yang pertama kali. Aku adalah orang yang tidak di kenali di kalangan kamu semua. Jika anda berkenan, aku akan datang setiap hari dengan menyamar sebagai pengemis.
Di depan pintu, aku akan mengucapkan apa yang sering diucapkan para pengemis. Lalu, anda keluar ke tempat ini. Seandainya anda tidak menyampaikan setiap hari kecuali hanya satu hadits saja, maka itu sudah cukup bagiku.’
Dia menjawab, ‘Ya, dengan syarat kamu jangan muncul di halaqah-halaqah, dan tidak pula kepada para ahli hadits.’ Aku menjawab, ‘Aku janji.’
Pada hari berikutnya, aku mengambil ranting pohon dengan tanganku, kemudian mengikat kepalaku dengan kain. Kertas dan tinta aku sembunyikan di balik lengan bajuku. Lalu, aku mendatanginya pintunya sambil teriak, ‘Pahala, semoga Allah merahmati kalian.’
Begitulah yang diteriakkan oleh para pengemis di sana. Maka, dia keluar kepadaku dan menutup pintu. Dia menyampaikan dua, tiga hadits atau lebih kepadaku.
Aku terus melakukan perkara itu sehingga orang yang menimpakan ujian kepadanya telah mati. Setelah itu, kepemimpinan di ambil alih oleh orang yang berpegang kepada madzhab ahlus sunnah.
Maka, Ahmad bin Hanbal kembali muncul, namanya naik harum. Dia dihormati di mata manusia, ketokohannya terkenal, orang-orang berduyun-duyun mendatanginya. Dan, dia semakin mengetahui kesabaranku yang sebenarnya.
Jika aku mendatangi halaqahnya, dia melapangkannya untukku dan mendekatkanku kepada dirinya. Dia berkata kepada para ahli hadits, ‘Orang ini berhak lulus sebagai pencari ilmu.’
Kemudian, dia menceritakan kisahku bersamanya. Dia menyampaikan hadits kepadaku, membacakannya untukku, dan aku membacakannya kepadanya.
Suatu ketika, aku jatuh sakit. Aku berusaha untuk segera sembuh. Imam Ahmad bin Hanbal mencariku, kerana aku tidak hadir di majlisnya. Dia bertanya tentang diriku, dan ada yang memberi tahu perihal sakitku kepadanya.
Maka, dia terus berdiri, berjalan untuk menjengukku bersama orang ramai. Semasa itu, aku terlentang di bilik yang aku sewa, beralaskan tikar, berselimut kain dan buku-buku yang ada di kepalaku.
Aku mendengar suara orang ramai di penginapanku. Aku mendengar mereka berkata, ‘Dia di sana. Lihatlah ini imam kaum muslimin datang.’ Pemilik penginapan pun datang kepadaku dengan tergopoh-gopoh. Dia berkata kepadaku, ‘Wahai Abu Abdirrahman, ini Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal, imam kaum muslimin datang menjengukmu.’
Imam Ahmad segera masuk. Dia duduk di sisi kepalaku. Bilik tersebut penuh sesak dengan orang-orang sampai tidak muat. Sebahagian dari mereka berada di luar bilik dengan berdiri, sementara tergenggam pena di tangan mereka. Imam Ahmad tidak mengatakan kepadaku melebihi dari kata-kata ini.
Dia berkata, ‘Wahai Abu Abdirrahman, berbahagialah dengan pahala Allah. Engkau telah menjalani hari-hari sihat, yang tidak ada sakit padanya. Dan, engkau sekarang sedang menjalani hari-hari sakit, yang tidak ada sihat padanya.
Semoga Allah meninggikanmu kepada keselamatan, dan mengusapkan kesembuhan kepadamu dengan tangan kanan-Nya.’ Aku melihat pena-pena menulis lafaz yang Imam Ahmad ucapkan.
Kemudian, dia keluar meninggalkanku. Maka, penghuni penginapan berbondong-bondong mndatangiku, mengasihiku, dan melayaniku kerana kepentingan agama dan ingin mendapatkan pahala dari Allah.
Ada yang membawakan alas tidur, ada yang membawakan selimut dan makanan-makanan yang lazat. Dalam merawat diriku yang sedang sakit, mereka lebih perhatian daripada keluargaku, seandainya kau berada di tengah-tengah mereka. Hal itu kerana aku telah di jenguk oleh seorang lelaki solih.
Baqi bin Makhlad wafat pada yahun 276 H. di Andalusia. Semoga Allah merahamatinya.Kisah Muslim