Isnin, 3 Jun 2013

Sport '13


Piala Pusingan Tug of War kekal di tangan AG
Lame betul tak post kat blog, agaknye orang dah kureng blogging . Ramai yang tertumpu kat FB je. Tapi kengkadang gua rasa blog ni ade kelebihan tersendiri.
Post kali ni wa nak post pasal wa main tarik tali lagi and lagi untuk tahun '13 ni. Tiap-tiap tahun sukan mesti lain sinetronnya. Biasala, sedangkan pasir di pantai boleh berubah inikan pula kita manusia yang comel-comel ni.

Beb, AG tug of war champ buat kali kedua berturut-turut. Sangat membanggakan. Bayangkanlah masa sebelum final, semua kontinjen tumpu kat kitorang. Hanya point tarik tali je bakal jadi penentu johan keseluruhan kejohan. Team gua Accountant General (AG) tie dengan Housing (BPP). Our big bos pun turun nak bak support moral kat kami. Tapi kami dalam hati ni, kami rasa tekanan yang amat gile la. Macam tengah kena hempap dengan bangunan AG yang 9 tingkat tu je.

Team Housing memang sangat obvious dengan kami. rata-rata berat depa jauh lagi berat dari kami. Tapi gua sangat yakin, atlit tug of war perlu fit dan strenght, bukan bergantung pada fizikal yang berat. Kami guna kelebihan fitness kami.

Gua cuba motivate team gua, seingat gua, gua cakap cam ni," team bpp tu kuat dan berat. Kita ni semua kecik-kecik, bos-bos semua harap sangat kat kita untuk menang, kalau kita menang maknanya kita bawa AG jadi johan Pesta Sukan Perbendaharaan '13. Luorang semua tertekankan? Kita serah pada Allah, kita tak ada tenaga, kita cuak, kiter tertekan, tak sape yang boleh tolong kita, hanya Allah..team! bulat hati yang Allah akan bantu kita!"

Alhamdulillah dalam kami turun dengan laungan Allahuakbar, akhirnya team kami menang final tu dan kemenangan kami telah membawa AG champ keseluruhan untuk Pesta Sukan Kewangan '13!


Piala Pusingan Johan Keseluruhan PSP

team tug of war

piala-piala yang AG menang
Game untuk Pesta Sukan Perbendaharaan da habis. Lepas ni tumpuan gua on November plak. Pesukan Kementerian Kewangan pula. Game ni lagi besar. Lagi mencabar. Jumpa lawan pun yang power-power.

Tahun gua akan giat bersenam dan ke gym. Nak jadi atlit balik.  So far everything is ok. Diet gua pun menjadi walaupun gua tak masuk zon diet yang ganas. Result masih positif.

Stop dulu la pasal sukan. nanti cerita lagi.            

Tiada ulasan: