Huuu..hari yang sangat meletihkan. Aku berasa sangat pelik sekarang. Perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur sekarang semakin jauh rasanya. Satu ketika dulu, perjalanannya hanya mengambil masa kira-kira dalam 90 minit. Tetapi hari ini, perjalanannya mengambil masa hingga 3 jam 30 minit. Kalau di ukur jaraknya masih sama.
Aku sempat tidur dibuai mimpi ketika aku di dalam bas. Aku terfikir, masalah ini adalah disebabkan belakunya kesesakan di highway dan juga kesesakan belaku ketika di plaza tol. Mengapa jadi begini? Sepanjang jalan raya itu aku lihat, ada saja jalan yang sedang dibaiki. Persoalannya, perkara ini aku lihat sejak sepuluh tahun yang lepas. Adakah pengguna highway terlalu lasak ataupun kualiti highway itu perlu di persoalkan? Jika masalah highway adalah puncanya, apa kurangkah jurutera-jurutera yang pakar didalam bidang ini untuk mnyelesaikan masalah ini.
Hairan juga aku dengan masalah ini, mungkin peruntukan tidak cukup. Mungkin juga rakyat malaysia kurang membayar cukai..haa..tak logik..atau aku mungkin berhak fikir tentang ini, sebabnya aku belum pernah membayar cukai...