Kerja di Kebun Sg Pulai


Aku baru saja sampai dari Batu Pahat. Biasalah, kerja petik sawit. Kali ini hasil di kebumnku bertambah sikit dari yang lepas-lepas. Di kebun Sg Pulai aku dan abah ambil masa sampai dua hari nak habiskan.
Aku kagum dengan abah. Sebab tak ramai orang sebaya dengan dia boleh petik kelapa sawit lagi. Tapi itulah abah yang tenaganya tak pernah kunjung habis. Aku dan abah berganti-ganti memetik sawit di Sg Pulai.
Gambar ini di ambil sebelah petang selepas petik sawit di kebun Sg Pulai. Hari ini harga sawit jatuh lagi. Dulu sebelum pilihanraya harga sawit 70sen. Sekarang dah tinggal 50 sen saja. Ada khabar angin yang mengatakan nak turun lagi sampai 35 sen.

Aduh...makin miskinlah golongan petani macam ni. Agaknya sampai bila golongan petani dapat rasa manisnya kesenangan.

Sebelum balik aku sempat ambil gambar ni. Ladang nenas. Tapi ni bukan aku punya. Orang kampung aku yang punya. Aku suka lihat pokok nenas ni melaut. Nampak macam rezeki tuan punya kebun ni juga melaut.

Hari ini sehari berhujan, esok lusa siapakan tahu....
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong