Menulis Bukan Kerna Nama

Ahad, 3 Ogos 2008

Pendekar melayu

Tanpa silat bangsa melayu sudah lama tergadai. Mungkin orang akan menjengkel kenyataan itu. tetapi jika kita imbau kembali sejarah orang melayu, mereka menganggap silat adalah pakaian mereka.

Dato' Meor Abdul Rahman.
Salah seorang pendekar ulung di zaman 70'an. Sehingga kini ilmu persilatan beliau masih terus berkembang. Beliau juga memartabatkan ilmu persilatan melayu di peringkat antarabangsa. Persatuan Pusaka Gayong adalah hasil titik peluh beliau.

Tuan Guru Omar Din.
Soerang lagi pendekar melayu yang sehingga kini menjadi ikon dunia persilatan Malaysia hari ini. Persatuan Seni Silat Lincah merupakan antara persatuan silat yang kukuh di tanah air. Ramai anak murid beliau telah menjuarai pertandingan di peringkat dunia.

Selain daripada mereka, ramai lagi nama pendekar melayu yang masih hidup atau mati tersenarai sebagai pejuang silat melayu. Seharusnya kita berbangga dengan warisan kita. Memang tidak salah kita belajar seni mempertahankan diri yang lain. Tetapi jangan biarkan warisan kita jadi barang lapuk di rumah usang.
Share:

0 comments: