
Filem ini membuat aku terkenang zaman aku ketika SPM. Dan aku hampir menitiskan airmata apabila menonton filem kami adalah kerana aku juga mempunyai sahabat seperti Abu dahulu dan dia juga telah arwah...
Biarlah aku simpan kisah sahabat aku itu..
Kerana itulah apabila aku berhadapan dengan detik perpisahan aku akan sangat-sangat terasa.
Pagi tadi aku terima surat lapor diri untuk kerja ku. Aku di minta untuk melaporkan diri di Jabatan Akauntan Negara di Putrajaya 3 November ini.
Dari Melaka ke Putrajaya!!!!!