Menulis Bukan Kerna Nama

Ahad, 26 Oktober 2008

Sedih tapi bangga


Walaupun sedih aku tidak kecewa dengan keputusan Final Pesta Bola Merdeka. Sungguhpun kalah tapi bermaruah. Kalah dengan sepakan penalti bukan sesuatu yang teruk. Aku masih ingat lagi kekalahan Italy dengan France 10 tahun dahulu. Siapa yang akan menjangka akan tewan dalam penalti.

Hafiz Zamani Nisbah tidak harus dikecam. Biasalah David Beckham pun pernah gagal sempurnakan penalti. Penalti adalah pelawanan emosi antara penjaga gol dan pemain. Aku juga berpengalaman dalam menggagalkan sepakan penalti.

Bagi seorang penjaga gol sepakan penalti adalah ujian kelas satu baginya. Bacaan arah mana bola akan di sepak bukan melalui pandangan mata, tetapi hati.

Apapun tahniah buat Malaysia sungguhpun kalah tetapi semangat dan permainan kita tetap menang.
Share:

0 comments: