Hari ini hampir semua peminat bola sepak Malaysia mengutuk Helmi Eliza. Ketua jurulatih sendiri mengutuk Helmi seperti budak sekolah. Dia dipersalahkan kerana Malaysai tewas.
Aku amat mengerti perasaan pemain ini. Aku juga pernah dipersalahkan dahulu semasa pasukan aku tewas. Kadang-kadang Penjaga gol sreing didatangi persaan gugup. Mungkin tekanan ketika bermain. Kesilapan yang simple pun boleh terjadi.
Semua ini pasti akan di alami oleh penjaga gol tidak kira tinggi mana peringkat permainannya. Penjaga Gol adalah penentu samada pasukannya menang atau tidak. Sebab itu tekanan yang mereka hadapi terlalu tinggi.
Apapun mereka masih berpeluang mara ke peringkat seterusnya. Aku akan terus menyokong Harimau Malaya!