Buli

Gua tengah tengok cerita buli arahan afdlin shauki.

Seyes, pada gua best citer ni. Sebab telah mengimbau satu peristiwa yang memang tak boleh blah.

Dulu masa kat hostel bangi, gua tengah tunggu member gua, saiful nama dia. Gua panggil epul. Hostel kami tingkap dia bertentangan dengan hostel awek. Dekat gila . Garis pemisah cuma gelanggang badminton je. So kalau kaum balak berlengging dan menebeng di balkoni, maka nampak la awek tengah berdengkor kat bilik.

One dey, gua tengah tunggu member gua epul ni. Nak pergi buat ape gua tak ingat dah. Lama giler gua tunggu. Sekali gua pergi cari dia kat bilik. Sampai bilik cantik je gua tengok epul tengah berborak dengan seorang awek ni.

Epul pula tengah berdiri dan cuma pakai boxer. Tu je yang ada kat badan dia. Awek tu pula layan je. Sambil terkinja-kinja epul tu borak dengan awek tu.

Gua datang kat epul, gua tarik terus boxer die. Menjerit epul dan awek tu.Menjerit epul kerana boxernye terlondeh. Menjerit awek tu....gua pun tak tahu.

Gua blah cepat-cepat, dalam hati gua terpikir, " epul pakai boxer je kan?"
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

19 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong