Penang

Aku dan geng aku sambut Krismas di Penang. Satu percutian yang best tapi penat. Ini sebab Arif yang kene kerja hari jumaat. Jadi semua kene ikut balik.

Tempat jatuh lagi di kenang. Kami berkumpul di kedai yang akmi gelarkan Jumbo. Kekal panggil kedai ni tempat jatuh. Mungkin dia terkenang yang dia pernah jatuh kat longkang tepi kedai ni.


Tujuan utama kami ke Penang sebab nak pergi kenduri kahwin kakak si Penang. Sambil tu boleh lepak dengan si mamat penang ni. Sampai di kenduri tu semua dah tak ingat apa selain makan.

Dah puas lepak dengan Penang , sebelum gerak ambil gambar dulu.
Permandangan di emapngan yang aku pun tak tahu apa namanya sempat membuat aku n da geng berehat. Cantik tempat tu. Sebab tu Lina ambil kesempatan jadi model kamera aku .

Aku paling minat dengan Chow Kuew teow. Penang punya memang layan beb. Aku dan Lina order Udang sepinggan. Kat KL punya langsung tak boleh lawan.


Amid bawa kami lalu jalan yang memang danger la. Macam Initial-D punya jalan pula aku rasa. Jalan tu membawa kami ke batu Feringgi.

Ini dia solo fighter. Beriadah di Batu Feringgi.

Keluar dari Pulau kami menaiki feri. Rupanya memang kebiasaan orang di sini bawa kereta naik feri. Kereta aku pun sama naik feri.

Best juga pergi Penang tapi yang tak bestnya pasal Pasambur. Aku kene charge mahal beb. padahal aku ambil sama saja dengan Abe ambil.

Anyway, aku pun tak tahu bila lagi dapat aku pergi Penang lagi. Tapi rasa macam nak pergi lagi. mungkin lepas ni aku nak stay 2-3 hari kat sana baru puas.

Penat berjalan hilang lepas aku tidur 15 jam....
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong