Setiap penulisan ada bacaan. Tak kiralah apa yang di tulis. Tapi setiap senario yang terpalit di blog aku ini pasti tanda memori untuk aku. Hari ni tak sama dengan hari pertama aku menulis blog, dan hari ini tak sama seperti hari posting ke 100 aku. Setiap 100 posting aku memjamin 1001 kenangan.
Pelik, kenapa aku harus terkenang dan teringat pasal cerita dan kenangan lama. Agaknya sebab itu aku suka dengan sejarah. Kata Ramli Sarip dalam lagunya," sejarah mengajar kita,". Tapi adakah aku berlajar dari sejarah hidupku?
Esok takkan sama dengan hari semalam. Apa yang aku buat hari ini itulah penentu persamaan esok dan semalam. Sempena hari raya Depavali yang baru je lepas..aku nak minta maaf kat semua yang membaca blog ni, yang tersiar gambar..terkutuk posting..dan yang terasa jika membaca.
Samy and Vellu..i'm really sorry..
Aku memohon jari dari Bukit Antarabangsa hingga ke Pulau Gadong...sebab dalam pulau mesti ada bukit..hahaha..