Menulis Bukan Kerna Nama

Selasa, 22 Disember 2009

Sedih

Sejak dua menjak ni, aku asyik dengar berita orang meninggal je, ahad lepas sepupu aku punya anak telah pulang ke rahmatullah.

Hari ni pula, nono punya cousin pula yang meninggal.

Al-fatiha buat mereka. Semoga mereka di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Abah ada cakap," kalau ahli keluarga atau orang terdekat dengan kita meninggal, masa nak kebumikan jenazah tu buat 7 kepul tanah. Kemudian setiap kepulan itu dibacakan surah al-qadr. Lepas tu di letakkan di sekeliling jenazah tu bila dah di masukkan ke dalam liang lahad."

Aku bertanya," kenapa abah suruh buat macam tu?"

Abah jawab," nanti bila malaikat datang tanya soalan kubur, dan jenazah tu tak dapat jawab kepulan tanah tadi akan melindungi jenazah tu bila malaikat nak pukul."

Sejuknya air-cond kat office ni. Sampai ke tulang sumsum.
Share:

3 comments:

Aminah berkata...

yup...kene kepul2kn tnh....letak kt tepi myt..

Embun berkata...

al fatihah

Mr feckry berkata...

aminah lu pun tau ek