Betul la beb


Baru gua tau kenapa orang komplen pasal azan yang kes kat pantai dalam tu.

Tadi masa gua pergi solat jumaat, gua memang ngantuk tahap gaban. Bak kata orang, iblis bergayut-gayut kat bulu mata gua ni. Siap setan tu letak selimut bagi gua tidur.

Tapi, bila khatib baca khutbah tu dengan nada yang lantang dan kuat, mata gua terus cerah. Walau ngantuk tapi terus cerah beb.  Sampai kesudah habis solat jumaat pun cerah.Agaknya setan-setan yang bergayut kat bulu mata gua yang tak lentik ni terbakar dengan dakwah khatib tu.

Sama la dengan azan, setan akan kepanasan bila dengar azan kuat-kuat. Sebab tu kalau takut atau di ganggu syaitan, azan la kuat. Pasti lari iblis tu.

Iblis dan syaitan akan panas bila dakwah atau seruan agama di laungkan. Tapi macam mana pula orang yang macam cacing kepanasa bila dengar azan je dia marah, bila di ajak solat je dia tak nak dan marah, malah ada yang cakap ," aku tak sembahyang!."

Macam mana beb, kita ni kena selalu fikir, apa akan jadi pada kita lepas kita hembus nafas yang terakhir, apa nasib kita lepas mati. Yang tunggu kita adalah pembalasan dari Allah. Bukan tunggu nasib untuk jelmaan yang akan datang beb.

Gua setuju azan itu di laungkan kuat-kuat, sedangkan yang bukan Islam boleh terjaga, tak akan yang islam tak boleh bangun dari tidur?


:-gua cari gambar jin, nak tempek. Seram pula gua tengok. Gambar jin kazama pun jadi le.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

7 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Israel laknatullah

Band Rimba Bara

Dendang anak