Semakin hari gua rasa makin tak cukup masa.
Lumrah ke? Ah...ke gua yang banyak kerja. Since gua masuk office ni, gua asyik rasa macam tak dapat buat macam-macam. Barang rumah pun tak nyempat-nyempat nak pergi beli. Nak usha prabot dengan barang letrik. Gua ingat buat masa sekarang ni, beli mana yang perlu je. Maklumlah, gua bukannya millioneir, cukup untuk sesuap dua orang punya mulut.
Gua kesian kat abah gua. Dah jauh dengan dia ni, macam mana la dengan dia. Ibu gua cakap, abah akan discharge dari hospital jumaat ni. Sape la yang nak angkat dia masuk dan keluar kereta. Bila fikir pasal abah, gua mesti rasa sebak. Nak cerita pasal apa dia buat gua, gua rasa kalau gua bagi selaut wang emas pun belum tentu dapat bayar harga pengorbanan dia kat gua.
Nono wife gua, sayang gila gua kat dia. Hajat di hati nak bawa pi honeymoon kat sabah. Tapi terpaksa tunda ke bulan 4 di atas sebab yang tertentu.
Nasib minggu lepas sempat gua bawa dia jalan-jalan pi genting. Dapat juga gua rehat berdua dengan dia.
Sayang gila gua dekat nono. Gua memang sangat beruntung dapat wife macam dia. Sangat memahami gua. Ya la, dengan situasi family gua menghadapi masalah pasal abah gua. Dia sentiasa bertolak ansur.
Pada gua nono dah tak perlu risau, di akhirat nanti dia akan tergolong dalam golongan isteri soleha. Sebab itu restu dan doa gua untuknya.
-:tertarik tengok dinar emas negeri kelantan..