We are the champ!

Tahun ni, perlepasan trainning hampir 5 minggu.

Latihan yang teruk bagai nak gila. Ramai yang tak tahan dan tarik diri.

Friendly dengan team yang power2 macam PDRM.

Kena maki, kena hamun! banyak drama untuk tahun ni.

Penghargaan dan pengharapan yang terlalu tinggi sampai menjadi satu tekanan buat semua player tahun ni. Namun segalanya berjaya.

MOF, kami tak mampu nak jadi Menteri Kewangan untuk lu, kami tak mampu nak buat bajet belanjawan negara untuk lu, kami tak mampu nak naikkan ekonomi negara untuk lu, kami tidak pakar dalam itu semua. Tapi hari ni, kami beri emas untuk lu MOF dalam acara tug of war Pesta Sukan Kementerian Kewangan ke 37.

Team, kita champ!!!!!!

Lets the pic tell us da story.

Ya Allah, bantu lah kami untuk mencapai kemenangan

Sedia untuk bertempur!

Kumpul tenaga

Team Final, BSN vs MOF

Perlawanan bermula!

Owh! Tergelincir!

Gaya tarikan yang jujur dan ikhlas

Takkan ku biarkan panji MOF jatuh rebah menyembah bumi!

MOF, gold medal ini untuk lu!
PSKK dah sampai ke pnghujungnya. Wa ada banyak sejarah dalam sukan PSKK ini. Tahun ini , adalah tahun ke 3 wa join.

 Dan alhamdulillah, tak pernah sekali pun wa gagal dalam misi. Itu semua kuasa Allah.

Kemenangan hari ini bukan lah penghujung untuk segalanya, tapi adalah permulaan untuk hari yang datang. Jangan terlalu bangga dan mendabik dada. Kemenangan ini adalah anugerah dari Allah. Mari kita ucap syukur. Tanpa bantuan-Nya, kita takkan mampu di tahap ini.

Allah berikan apa yang kita hajatkan. Jangan kita lupa untuk bersyukur. Kerana di sebalik hajat yang termakbul, Allah mahu lihat, adakah kita tergolong dalam golongan hamba-Nya yang bersyukur.

Team, kerja kita sudah habis kali ini. Segala kenangan, sudah menjadi satu sejarah dalam hidup setiap player yang main tadi. Semoga kita dapat bermain bersama lagi. Dan ayuh kita teruskan usaha untuk mencipta kejayaan yang akan datang.

Tahniah pada teamate, coach Azmi, manager yang sangat wa tabik, dan members yang support. Tak lupa bos2 yang izinkan wa join game ini. Tanpa perlepasan dan keizinan lu orang hari ini wa takkan dapat pingat emas untuk MOF.

Semua ini hanya Allah saja yang mampu balas...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

2 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Dendang anak

Ada apa sama KEBAL