Selasa, 13 Disember 2011

Adoyai..tutup plak gym ari ni

Wa dengan apis tadi punya la semangat nak pegy gym. Siap buat jadual dah, hari ni nak workout ape. Apis siap dah lompat-lompat dah macam kanak-kanak keriangan mase nak gerak pi gym.

Aleh-aleh, sampai gym , kami ternampak satu notis. Notisnye macam notis sita kedai. Tengok dekat punya dekat, la gym tutup rupanya. Muka member gua apis sudah mula kemrahan. Wa rasa die nak jadi hulk dah sebab geram gym tutup hari ni. Wa tau, kesan gym tutup pada dia. Bila gym tutup, ia kan membataskan usaha dia untuk menjadi setough gua. Haha..

Last2, dari nak bakar lemak kat gym, jadi tambah lemak kat cafe.

Lately ni wa dah mula konsisten gym. Dah mula nak maintain 4 kali seminggu. Memandang minggu wa agak kelapangan, rasanya tak apa kalau hari ni gua tak ke gym. Kat rumah pun boleh workout.

Satu saranan yang gua dapat dari seseorang, kita minat dapat badan cantik dan tough. Apa kata, kita badan, dari segi jasmani dan rohani. Jasmani, badan kita cantik. Rohani, hati kita bersih. Kaedah sama. Tapi cara berbeza.

Fikir-fikirkan la...

Tiada ulasan: