Ahad, 4 Mac 2012

Kejap je hujung minggu ni


Mungkin sebab gua penuhkan masa gua kat kelas ahad ni kot. Tu yang rasa cam kejap je masa berlalu. Tak sabar nak tunggu bulan 7 ni. Belaja habis, nono pun habis belajar time tu. Pastu insyaallah, bini gua pula bersalin time tu.

Huhu. Semakin hari makin cepat masa berlalu. Bile balik melaka untuk ke kelas, gua mesti comfirmkan gua akan singgah kat rumah ibu dan abah gua. Rindu nak tengok dorang. Beb, sayu je bile wa tengok ketuaan memamah usia mereka. Tak kekal kita kat dunia. Dulu dorang pun macam gua, gagah je kudrat. Tapi, bila di hujung usia, segalanya mereka tak larat.

Paling sedih bile orang cakap," ibu sorang boleh jaga 10 anak, 10 anak belum tentu boleh jaga ibu sorang."

Semoga Allah beri gua kudrat untuk sentiasa membantu mereka.

1 ulasan:

nono berkata...

isk..isk..rndu nk blk t'ganu...