Cepat betul masa jalan. Rasa kejap sangat dah sampai minggu ke 2 puasa ni. Gua masih dalam debaran menanti kelahiran baby gua yang di due datekan oleh doktor pada 11 ogos ni.
Anytime je sekarang ni.
Insya Allah , malam ni malam nuzul quran. Jom kita power2kan diri dengan quran. Dengar orang ngaji ke, baca tafsir ke, baca quran ke, atau belajar quran ke, jom and jom . Kalau bleh lah biar sampai 'muntah' la orang kata. Fadhilat besar beb. Rugi tak rebut.
Kelmarin gua pi kursus Dr Rubiah Mudhirah program Ustazah Pilihan kat Astro tu. Di tanya audian, berapa ramai anda semua check Al-fatiha dan syahadah anak-anak setiap hari?
Beb tak sampai 2% dari 150 org yang ade kat dewan tu yang angkat tangan( termasuk wa, tapi wa tak ada anak lagi)
Nanti wa ade anak wa nak azam, setiap hari nak tasmith bacaan quran die..