Bloggers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 13 Februari 2013

A'isyah dah 6 bulan!


Ya Allah..alhamdulillah...A'isyah dah 6 bulan. rase kejap sangat. Dalam kepala wa rase cam semalam je wa azan kat telinga A'syah.

Semalam wa balik dari tganu. A'isyah hepy je. seolah-olah die tahu yang die dah berusia 6 bulan. Asyik main-main, pastu cam asyik nak cakap je dengan orang sekliling. Seronok tengok A'isyah gelak, pastu dengan gelagatnya yang comel.

Bila wa renung mata A'isyah dalam kegirangan wa rase semacam. Ya Allah, apa la yang gua dah buat sampai Allah beri gua bayi yang seindah A'isyah ni. Rase macam tak layak sangat gua jadi bapa bayi sedang tersenyum manja ni.

Serius wa cakap. wa tak tau nak didik die jadi aset islam yang terbaik. Memang gua harap sangat bayi ini bakal menggoncangkan dunia dengan quran, tapi wa tak tau nak bimbing die macam mana. Dalam hati wa sentiasa berdebar-debar, semoga Allah dengarlah doa gua untuk jadikan bayi ini sehebat Saidatina Aishah.

Nurul A'isyah Laila, jom tadah tangan , cakap kat Allah, syukur pada-Mu kerna sentiasa menjaga A'syah sampai 6 bulan ni.

Gusti Lengan VS mreckry

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails