Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

dunia asing


Dunia asing yang terasing..samada di asingkan atau aku terasa asing di dunia ni..Sangsi dengan perasaan sendiri.

Aku pernah adukan benda ini pada sang kekasih. Dan dia setia mendengar. Dan dia memang Yang Maha Mendengar. Akan sentiasa dengar setiap keluhan ku. Siapa yang tak nak bahagi dan di senangi. Namun segala macam semua yang tak kena dengan sepasang mata ni.

Dalam hati terdetik juga , ah, mereka lupakah siapa aku ini yang suka hulurkan tangan di kala mereka meminta.

Tapi , siapa aku untuk kata itu semua. Dan tak malukah aku pada kekasihku yang maha Penyayang bila aku berkata begitu.

Biarlah diri ini terasing, tapi sangat mesra dengan kekasih yang benar-benar kekasih...

0 buah fikiran!!!: