Bahaya suka post gambar kat media sosial

5 Sebab Jangan Kerap 'Post' Gambar Bayi Di Media Sosial. Awas Penyakit 'Ain (Mata Jahat)!
❗❗❗❗❗❗❗❗❗

Kita memang biasa kongsi gambar bayi dalam sosial media sama ada di facebook atau instagram. Sebenarnya rasa seronok dan bahagia bila dapat tunjuk pada semua kawan-kawan tentang kehadiran bayi dalam hidup kita.

Tetapi tahukah anda sebenarnya perbuatan berkongsi gambar bayi terutama yang baru lahir ke laman sosial boleh mengundang bahaya kepada kebahagiaan yang dikecapi. Rupanya ada sebab mengapa orang tua-tua tak benarkan kita menunjukkan gambar anak yang baru lahir kepada tatapan umum. 

Dibimbangi akan memakan diri kerana ada mata jahat yang sedang memerhati. Itulah penyakit 'ain.

1. Apakah penyakit 'ain?

Penyakit 'ain adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkatan padanya, kerana sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar). (HR Ahmad)
Dari Ibu Abbas r.s, Nabi s.a.w bersabda: 'Ain (mata jahat) itu benar-benar ada, jika seandainya ada sesuatu yang mendahulu qadar, maka akan didahului oleh 'ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah. (Hadis Riwayat Muslim).
Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari 'ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar) (HR Ibnu Majah).

2. Jenis-jenis 'ain

Ibnu Qoyyim mengatakan bahawa penyakit 'ain ada dua jenis iaitu
a. 'Ain insi ('ain berunsur manusia)
b. 'Ain jinni ('ain berunsur jin)

Diriwayatkan dengan shahih dari Ummu Salamah bahwa Nabi s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak perempuan di rumahnya yang wajahnya kelihatan kusam. Baginda berkata,”Ruqyah budak perempuan ini, dia terkena ‘ain. (Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim,Al-Hakim,Abu Nu’aim dan Al-Isma’ili dalam Mustakhroj-nya serta Ath-Thobroni)
Al-Husain bin Mas’ud Al-Farro berkata :Adapun sabda beliau “sa’fatun(kusam) bermakna “Nadzrotun” (terkena ‘ain dari unsur jin).

3. Tanda-tanda bayi terkena 'ain

Bayi baru lahir dan anak-anak kecil sangat mudah terkena penyakit 'ain apatah lagi sekiranya anak tersebut mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak lain seperti terlalu comel, montel, sihat, ceria dan lain-lain yang boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Sekiranya anak anda ada tanda-tanda berikut, dia kemungkinan terkena penyakit 'ain.
a. Bayi menangis tanpa sebab tak berhenti-henti.
b. Mengalami kekejangan tanpa sebab yang jelas.
c. Tidak mahu menyusu susu ibu tanpa sebarang punca yang pasti.
d. Keadaan badan yang kurus kering

Aisyah r.a berkata: "Suatu ketika Nabi masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda berkata, "Mengapa bayi kamu menangis? Kenapa tidak dibacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit 'ain?

4. Cara mengelakkan anak dari penyakit 'ain

a. Elakkan anak daripada bahaya 'ain dengan kerap membacakan ruqyah-ruqyah (bacaan) yang diajarkan dalam Islam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi s.a.w memohon perlindungan Allah untuk Hasan dan Husain dengan doa yang bermaksud:
Aku berlindung kepada Allah untuk kalian berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat. (HR Abu Daud)

b. Janganlah keterlaluan menunjukkan kelebihan menakjubkan yang dimiliki oleh anak-anak anda kerana dibimbangi akan mengundang rasa iri hati atau kedengkian orang yang melihatnya.

c. Hendaklah ibu bapa tidak berlebihan menceritakan kelebihan atau kebaikan anaknya yang tidak dimiliki oleh anak orang lain sehingga boleh mengundang rasa iri hati dan dengki sesiapa sahaja yang mendengarnya, kemudian berusaha melihatnya

Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong