Kalau kata bukan selalu untuk menyertai program soliditari ini, maka itu aku bohong. Memang tidak pernah sekali aku pergi ke program tersebut.
Namun semalam, ia cuma kebetulan sahaja dan memang niat aku untuk lepak bersama anak-anak di masjid besi. Anak-anak aku memang suka main-main di sana. Rupanya semalam ada program Pray 4Rohingya. Ahli panel yang di tampilkan menarik perhatian aku. Ia seperti tertera di poster yang aku upkan di atas. Bukan senang nak tengok dua parti besar iaitu PAS dan UMNO berada disatu pentas. Atas sebab mereka berada di satu pentas, maka aku mengheret anak aku ke kancah forum tersebut.
Aku amat tertarik dengan Ketua Pemuda PAS. Analogi dan hujah yang di pakai , sangat bernas. Betul katanya, saudara seislam kita di rohingya kita sedang teruk disiksa, namun kita yang seislam dengan mereka sedang sibuk leka dengan hiburan. Dan antara point yang paling penting, kita perlu jaga nikmat agama di negara kita. Ya, nikmat agama. Nikmat yang orang kita seolah tidak diambil endah.
Aku cuma berkesempatan mendengar Pembentangan dari Ketua Pemuda Pas itu sahaja. Anak dah mula merengek nak balik. Suka benar aku dengan kaedah penyampaian beliau. Penuh dengan kesederhanaan. Namun ada ketegasan. Ia benar-benar mengimbau cara penyampaian Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron Din. Penyampaian tidak perlu keras-keras. Tapi cukup dengan Dalil dari quran dan hadith nabi S.A.W. Cukup dengan analogi simple untuk mengajak audion berfikir. Tegas di atas perkara yang wajib ditekan. Itulah cara mereka.
Rindu pula untuk mendengar syarahan dari guruku itu.
Macam kenal je yang topi merah kan |