Baiti Jannati




Tidak semestinya bila kita bercuti bersama keluarga, itu dipanggil quality time. Seharusnya setiap waktu bersama keluarga , itulah yang dipanggil quality time. Kita tidak sedar yang mana sebenarnya waktu bersama keluarga kita adalah terlalu sedikit.

Dek kerana kita terlalu sibuk menghabiskan masa yang kononnya di atas tiket mencari rezeki. Benar, kerja itu membuahkan gaji atau pendapatan. Namun harus diingat yang mana kasih sayang bersama keluarga , adalah rezeki. Adakah kita kerja untuk cari rezeki? Atau kita memang suka dan minat pekerjaan kita.

Andai diberi pilihan untuk selalu bersama keluarga atau kerja yang banyak tapi duit pun banyak, mana yang dililih?

Aku?

Family first. Tapi ada cita-cita dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Hidup bukan kerana fikir tentang makan dan minum sahaja. Malah hidup  adalah tugas dengan Maha Pencipta.


Masa berlalu bagaikan nyalaan api. Rasanya baru semalam aku menoleh sabak bernam, tempat pertemuan aku dan Nono. Rasa bagaikan baru tadi aku duduk sembang dengannya di Mc Donald  Equine. Cepat sangat masa berlalu. Dari hidup berdua, kemudian bertiga, seterusnya berempat, dan hari ini kami telah berlima. Rasanya tidur sebilik pun dah mulai rasa agak sempit. Kiri dan kanan diapit si manja manja yang comel.

Hari ini adalah ulang tahun perkahwinan aku dan isteriku. Tahun ini merupakan tahun ketujuh rumahtangga kami. Syukur alhamdulillah, Ar-rahman beri kami kebahagian tanpa putus dan lelah. Malah kurniaanya sangat tidak terperi.

Pemberian-Nya bermula dari isteriku yang tercinta, hinggalah anak kecilku yang ketiga. Semuanya sempurna.

Buat isteriku yang tercinta, terima kasih kerna menjadi istri solehah therbaik buat diriku dan anak-anak. Dirimu amat istiméwa buat kami. Dan terima kasih membahagiakan kami.

So tahun ni punya aniversary, kita pergi holiday!!

Biar gambar ini menjadi simpanan di sini untuk tatapan masa hadapan.











Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong