Iyadh dah masuk Pasti


Pejam celik, pejam celik Mohd Iyadh Nuruddin anak aku yang kedua ni dah masuk PASTI macam kakak dia. Rasa kejap sahaja masa berlalu. Kalau sebelum ni , dia dihantar ke taska di office aku. Pergi dan balik aku dari office biasanya dialah teman. Kadang-kadang kami nyanyi sama-sama atas motor.


Iyadh memang hero. Aku dah agak. Hari pertama persekolahannya, dia takkan menangis. Sebab , di taska lamanya iyadh biasa dengan persekitaran yang ramai budak. So, dia lebih berani. Tambahan pula, Aisyah  Laila kakaknya boleh guide dia di sekolah.

Alhamdulillah, sampai hari ini semua ok. Iyadh pun seronok saja ke sekolah. Semoga anak-anakku ini menjadi generasi al-qur'an seperti yang diharapkan.

Biar gambar-gambar ini menjadi menjadi kenang-kenangan hari pertama iyadh di Pasti Anak Soleh!









Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong