Aktiviti terakhir di Ba MOF |
Kali ni agak kerja gila aku buat. Hari kerja, pulun pada Politeknik. Hari weekend pulun pada Dar-al hikmah. Sebenarnya aku cuba cabar diri sendiri. Nak cuba jadi macam Ust Haron Din. Belajar dua benda dalam satu masa. Kira kali ni aku memang kena guna kedua-dua belah otak aku. Boleh atau, aku mesti boleh.
Kerja?
Walaupun jauh disudut hati aku kata , yes! boleh rehat kerja, tapi sebenarnya rasa sedih juga nak tinggalkan meja, office, kawan2 pejabat dan gym kesayangan aku. Sebab yang aku pasti , bila aku balik 2021 nanti pasti banyak yang berubah. Pasti ada kawan yang akan.bertukar.Dan pasti ada yang aku tak jumpa lagi. Nak buat macam mana, lumrah hidup pasti ada datang dan pergi. Aku pasti akan rindu semua kenangan aku kat BPOPA dan BA MOF. Insyaallah panjang umur jumpa lagi. Lagi pun aku bukan bertukar. Cuma bercuti. Tapi cuti yang panjang.
Ok. Life must be go on. Tahun ni harapnya akan banyak tuah yang akan aku kecapi. Dan harus diingat, cabaran pasti lebih banyak. Biar sejarah dulu2 aku belajar dijadikan pengalaman. Ingat, we have a mission. Must be come back with double gun.
Family, aku faham , pasti banyak sacrifiec yang akan jadi. Tapi macamana pun aku percaya, Allah ada dengan aku. My soulmate also, pengorbanannya terlalu tinggi. I'll love them forever and ever.
So mrfeckry, are you ready to take the challange? Yes I'm ready!