Blk sekolah hari jumaat A'isyah bgtau mama cikgu kurung iyadh dlm store...dan disuruh pakai skaf... Luluh hati mama dgr...bile ditanya cikgu kte dh sebulan perhati iyadh, die xbaca doa dan bacaan dlm solat...ye mama faham cikgu...tp bg mama tempoh sebulan tu iyadh masih dlm proses nk sesuaikan diri dan sgt bersyukur sbb xde mslh nak kesekolah...terima kasih la cikgu sbb niat nak mengajar tu.... Tp sebagai mama, hati ni tetap rs marah dan xbleh terima kejadian tu...kurung iyadh dlm store...iyadh br 4 tahun dan xpndai bgtau mama pape...Alhamdulillah kakak die ade...harap iyadh kuat ye dan mama tabah...
Luahan mama Iyandh Nuruddin
Terkedu, geram , rasa nak tampar balik cikgu yang kurung iyadh tu, semua ada. Tapi aku diamkan dulu. Bukan sebab aku tidak berani untuk semua itu. Akan tetapi aku harus memikirkan kesan setiap tindakan yang aku ambil. Biar tindakan yang aku ambil itu, paling penting tidak menjejaskan prestasi pembelajaran iyadh.
Mungkin ini teguran dari Allah s.w.t untuk aku kembali merapatkan hubungan kepada-Nya, mengingatkan aku tentang anugerah Allah dan supaya tidak mengambil mudah di dalam pembesaran anak-anak. Peringatan juga buat diri ini supaya tidak melepaskan segalanya pada pihak sekolah . Allah nak beritahu pada aku yang Ibubapa adalah guru utama anak-anak.
Allah, aku mula terlepas padang semua ini. Yup..mula terlepas pandang semua ini. Maafkan aku Allah, sesungguhnya hamba-Mu yang hina ini sangat lemah di dalam menguruskan anugerah-Mu
Masih teringat lagi akan guran senda guruku dikala aku membawa iayadh kepadanya. Sempat juga aku mohon dia doakan supaya iyadh menjadi seorang yang alim seperti dia. Semoga Allah menunjukkan keberkahan doa guru ini suatu hari nanti
Masa berganti masa, tahun bersilih ganti. Aku perlu sedar akan tanggungjawab ku sebenarnya berat. Sebab tanggungjawab itu dari Allah. Allah yang beri nikmat ini pada aku untuk aku menghargai.
Benar, jika di tanya pada aku apakah perasaan aku terhadap kaedah yang digunapakai untuk menghukum iyadh, jawapannya sudah pasti aku terlalu kecewa. Tidak mahu mengulang akan situasi iaydh, apa yang boleh aku katakan, Iyadh seorang anak yang tabah. Walaubagai mana penerimaan persekitarannya terhadap batang tubuh iyadh, dari cahaya matanya, pasti akan kelihatan seperti lelaki yang tabah.
Dunia tidak akan memahami diri kita, malah tidak sesiap yang akan faham akan isi hati kita. Allah sahaja yang tahu akan isi hati kita. Tiada guna kita meluahkan kepada manusia mahupun menjelaskan perasaan kita pada mereka. Kerana mereka hanya akan menjawa ,"oh begitu..."